Pages

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia vs Taiwan: Perlawanan Bola Sepak Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 (29 Jun 2011)

Update: Perlawanan kedua (3 Julai 2011)

Keputusan terkini @semasa Malaysia vs Taiwan: Perlawanan Bola Sepak Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 (29 Jun 2011)
MALAYSIA 2-1 TAIWAN (Gol pertama) (Gol kedua)
  • 94": Permainan tamat dengan Malaysia 2-1 Taiwan

  • 93": Hantaran cantik oleh Kunanlah dari sebelah kanan pintu gol gagal ditanduk oleh Abdul Hadi dan Baddrol juga gagal menyepak bola

  • 92": Sepakan penjuru untuk Malaysia ditanduk melepasi palang gol

  • 90": 4 minit masa tambahan diberi sebelum berakhirnya perlawanan

  • 84": Tinggal 6 minit lagi permainan, Malaysia perlu mendapat satu lagi gol kerana Taiwan mempunyai kelebihan, jika mereka menang 1-0 di Taiwan, sudah cukup untuk meneruskan ke pusingan kedua

  • 81": Shakir dibawa masuk menggantikan Safiq Rahim

  • 80": Sepakan pemain Taiwan dari luar kotak penalti sedikit melepasi palang gol di mana Sarbinee sudah tertewas

  • 76": Taiwan mendapat gol pertama setelah hantaran dari sebelah kanan pintu gol dapat dirembat baik setelah Po Liang Chen tidak dijaga. Malaysia perlu berhati-hati kerana Taiwan sudah memperoleh satu gol di tempat lawan

  • 75": Tinggal 15 minit lagi permainan, Malaysia mengasak dan menggandakan serangan untuk mendapat satu lagi gol

  • 62": Hantaran cantik Amirulhadi dari sebelah kiri pintu gol dan tidak dapat disempurnakan oleh Baddrol, sedikit tergelincir dan gagal menyentuk bola

  • 59": Sepakan tinggi oleh Baddrol melepasi pintu gol Taiwan

  • 54": Pemain pertahanan Malaysia, Aidil Zafuan menanduk cantik bola dari sepakan sudut oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim dan Gol! Gol! Malaysia 2-0 Taiwan (gol kedua)

  • 51": Abdul Hadi mendapat bola di mana beliau tidak dikawal tetapi penjaga garisan mengangkat bendera, offside. Apabila ulangan, ianya tidak menampakkan Abdul Hadi berada dalam kedudukan offside

  • 46": Separuh masa kedua bermula dengan pertukaran, Safee Sali dikeluarkan dan Fakri Saarani dibawa masuk. Malaysia sememangnya ingin mendapat beberapa gol lagi bagi membawa ke Taiwan Ahad nanti

  • 45": Permainan separuh masa tamat dengan Malaysia 1-0 Taiwan. (Jom tengok jaringan Safiq Rahim @youtube)

  • 43": Percubaan jarak jauh oleh pemain pertahanan Malaysia, Aidil sedikit tersasar di atas palang

  • 40": Safee Sali diusung keluar akibat kecederaan ringan

  • 38": Setelah mendapat gol pertama, Malaysia menggandakan serangan untuk mendapat gol kedua. Malaysia menguasai permainan pada 15 minit terdahulu

  • 28": Malaysia mendapat gol pertama setelah kapten pasukan Malaysia, Safiq Rahim menjaringkan gol setelah mendapat hantaran superb oleh Kunanlan. (Jaringan @youtube)

    Malaysia juga mendapat semangat setelah Abdul Hadi dibawa masuk, berlaku pertukaran taktikal dengan tiga penyerang di atas, Safee Sali, Baddrol dan Abdul Hadi. Amirulhadi pula ditukar from bahagian sayap kanak ke bahagian pertahanan kanan

  • 27": Helmi dibawa keluar dan Abdul Hadi dibawa masuk

  • 22": Sepakan percuma kapten Taiwan terkena "benteng" Malaysia. Pada malam ini, Amirulhadi dan Safee Sali tidak banyak mendapat bola dan bahagian tengah banyak digerakkan oleh Kunanlan

  • 21": Kunanlan dilayangkan kad kuning yang mana pertama dalam permainan malam ini setelah membantes dari belakang ke atas pemain Taiwan tidak berapa jauh dari kotak penalti

  • 19": Tiba giliran Asraruddin pula membuat rembatan sama dengan Safiq, Malaysia banyak membuat percubaan liar dari jauh

  • 17": Safiq Rahim merembat liar melepasi palang dari jauh setelah penjaga gol sedikit keluar

  • 16": Satu percubaan cantik oleh Baddrol Bakhtiar tepat ke pintu gol tetapi dapat diselamatkan oleh penjaga gol walaupun tangkapan tidak begitu kemas

  • 15": 15 minit berlalu dengan permainan banyak dikuasai oleh Taiwan terutamanya di bahagian tengah

  • 10": Sepakan percuma pemain Taiwan di luar kotak penalti dapat diambil oleh seorang lagi pemain Taiwan dan merembat tepat dan dapat ditangkap kemas oleh Sarbinee

  • 8": Hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol dapat ditepis keluar oleh penjaga gol Malaysia, Sarbinee

  • 6": Malaysia menyerang dengan Kunanlan yang tidak dijaga merembat bola melepasi palang

  • 4": Satu lagi percubaan oleh pemain Taiwan tapi kali ini tersasar di atas palang gol. Malaysia perlu mengekang pemain-pemain Taiwan

  • 2": Satu percubaan yang baik oleh pemain Taiwan sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol

  • 1": Pemain Baddrol terjatuh di dalam petak penalti tetapi tidak diberi tendangan penalti, dan Baddrol juga tidak dikenakan kad kuning, seolah-olah diving

  • Sepak mula baru sahaja berlaku dengan Malaysia menggunakan jersi berwarna biru putih manakala Taiwan berwarna putih

  • Perlawanan akan dimulakan dalam masa 15 minit lagi, stay tune!!! Pengadil bagi perlawanan malam ini adalah Chaiya Alee Mahapab from Thailand

Previous Entry

Hari ini (Rabu), 29 Jun 2011 perlawanan bola sepak pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2011 akan berlangsung di antara Malaysia vs Taiwan. Ianya akan diadakan pada pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan malam ini sangat penting buat Malaysia dan perlu membawa bekal yang secukupnya sebelum perlawanan timbal balik yang akan berlangsung di Taiwan, 3 Julai 2011 (Ahad).

Siaran secara langsung @live boleh ditonton melalui Astro Arena channel 801 mulai 8.00 malam (perbincangan).

Malaysia yang berada di ranking 143 dunia manakala Taiwan pula 160, mungkin nampak tidak menghadapi masalah untuk menang di dalam kertas dan juga bermain di tempat sendiri. Apa-apa pun, Malaysia kena bermain dengan terbaik malam ini. Antara pemain-pemain yang perlu diberi perhatian malam ini adalah Safee Sali, Safiq Rahim dan juga Aidil Zafuan.

Jika Malaysia menang nanti secara aggregate setelah habis permainan di Taiwan 3 Julai 2011 nanti, Malaysia bakal menentang Singapura yang mendapat bye pusingan pertama. Apa-apa pun kita fokus untuk perlawanan malam ini, Malaysia vs Taiwan.

6 comments:

aque said...

chaiyok malaysia!!!...

insyaAllah.. malaysia akan menang...

Hakim Mahmud said...

salam bro..laju je update haha..but nper tak guna domain sendiri?hehe rasanya income blog bro ni mmg cantik

Solehah said...

nak tengok malam ni. :)

kak ina kl said...

Mintak-mintak malaysia menanglah malam nanti.

baru dpt notis dari astro..tambahan lagi RM4.00..kena bincang dgn hb

Thearah11 said...

scr agk mndadak pasukan bola sepak malaysia menjadi smkin baik dan kembali mnjadi suatu fenomena.. Smakin hmpir kita utk dpt sesuatu dan mncipta sjrh..

Anonymous said...

tahniah pada pasukan malaysia kerana menewaskan taiwan dengan kemenangan tipis..walaupun ada kelebihan satu gol apabila bertandang ke tempat lawan nanti.