Jom kita tengok prestasi emas KFH bagi bulan Jun 2011. Sepanjang bulan Jun 2011, harga jualan emas berlegar pada jajaran RM152.40-156.38. Ini disebabkan oleh ketidakstabilan harga matawang USD berbanding dengan matawang-matawang lain di dunia, harga minyak mentah dunia, keadaan ekonomi dunia yang masih tidak stabil dan juga hutang negara-negara eropah.
Harga jualan emas KFH turun 0.9% sepanjang Jun 2011, RM153.97 pada awal bulan berbanding dengan RM152.52 untuk satu gram pada akhir bulan Jun 2011.
Walaubagaimana pun, jika kita lihat prestasi sepanjang tahun 2011 sehingga Jun, harga jualan emas KFH naik 6.5%. Emas memerlukan masa untuk meningkat dan ianya lebih sesuai kepada mereka yang jenis pelabur jangka masa panjang.
Tetapi kena ingat, keuntungan pelaburan dalam emas perlu mengambil kira spread (perbezaan harga jualan dan belian). So keuntungan sebenar adalah 0.87% bagi tempoh 6 bulan. Ini disebabkan pada hari pertama kita beli, harganya sudah jatuh sebanyak 4.33%. Sebab itulah salah satu daripada benda yang pelabur tengok apabila membeli emas ialah spread yang paling rendah. Apa-apa pun, kita tunggu untuk mengetahui prestasi sebenar dalam beberapa tahun akan datang.
Untuk mengetahui harga emas KFH harian, jom tengok SINI!!.
4 comments:
wah
turun banyak tu...
0.9%
Kisah Joyah Dan Bedah
mintak2 akhir tahun emas naik..
Jatuh 0.9%..namapun pelaburan kan. Ada masa naik, ada masa jatuh but harap2 ia tidak la jatuh bnyk!
Graf ni plot sendiri ke, nikko?
Post a Comment