Pages

Tuesday, June 14, 2011

Jalan-Jalan Ke Pusat Sains Negara Semasa Cuti Sekolah

Semasa cuti sekolah baru-baru ini, kami sekeluarga pi jalan-jalan ke Pusat Sains Negara @Bukit Kiara Kuala Lumpur. Ianya berdekatan dengan Suruhanjaya Sekuriti @Securities Comission. By the way, dalam entri ni banyak gambar so sabar ajalah.

Bila nak sampai tu, tengok betul-betul signboard kat pokok tu then ambil selekoh kanan untuk parking. Baik tebang le pokok tu or kerat ranting-ranting, confuse orang pula.

Ni le parking space yang disediakan. Tak payah bayar @free aja. By the way, ada juga orang parking kat tepi-tepi jalan kat Pusat Sains Negara @National Science Centre.

From tempat parking tu kena jalan atas jambatan. Lebih kurang 5 ke 10 minit le jalan-jalan. Sambil-sambil jalan tu bolehlah tengok kereta kat jalanraya tu.

Masa pergi hari tu ada pameran dinosour.

So belilah tiket untuk satu keluarga @RM25. By the way, ianya sehingga 12 Jun 2011 so sekarang ni dah habis. Kalau tak nak beli tiket, banyak juga benda lain mengenai sains dan teknologi yang kita boleh tengok.

Actually itu pun dah cukup sebab banyak benda yang boleh kita tengok dan kalau setakat 1 or 2 jam sudah memadai.

Yang ni ada akuarium untuk kita "beramah mesra" dengan ikan-ikan. Memang benda alah ni untuk kita merasai sendiri dengan meletakkan tangan dan membiarkan ikan-ikan "menggigit manja". Macam fish spa le tapi yang tu untuk kaki. Tak sakit punya gigitan ikan, letak aja tangan banyak ikan akan datang.

Sebelum masuk dalam Pusat Sains Negara tu, ada akuarium yang besar macam Aquaria le. Memang pengunjung sungguh tertarik ngan benda alah ni.

Tengok Afiqah tu takut-takut aja, maklumlah ikan tu sangat le besar.

Teruja betul tengok alat muzik yang besar tu. Kita letak tangan in between benda alah tu then ianya mengeluarkan muzik.

Danish pula begitu asyik melihat bola-bola yang terapung setelah menekan butang.

Ni pun sama, ianya menunjukkan reaksi tekanan ke atas pergerakan bola. Bagus untuk menanam minat anak-anak mengenai sains.

Afiqah apa lagi bila tengok piano gergasi terus membuka kasut dan bermain-main. Memang suruh berhenti banyak kali nak juga bermain. Bila kita berjalan atas benda ni, ianya mengeluarkan buny-bunyi yang berbeza.

Ini bolehlah exercise sikit. dengan tenaga yang kita hasilkan dapat mengerakkan kereta.

Inilah antara dinasour yang besar dan mengeluarkan bunyi dan pergerakan. Sekali lagi Afiqah begitu takut dengan monster tu, manalah tahu kot-kot dinasour tu bergerak.

Untuk anak-anak disediakan playground. Ada dua, yang bawah 3 tahun dan 3 tahun ke atas. Mainlah puas-puas, tak perlu bayar since ianya termasuk ngan tiket pameran dinasour tu.

Ni ialah mesin untuk kita mengawal pergerakan dan memunggut bola.

Nak letak kat sini gambar dinasour banyak sangat so dua cukuplah. Lebih daripada 40 jenis species yang dipamerkan. Entahlah apa nama benda alah ni.

Yang ni pula haiwan bertanduk. Dalam bilik tu suasana yang malap dan mengeluarkan bunyi. Danish dan Afiqah tak nak masuk sebab takut. So kalau bosan-bosan hujung minggu nanti, bolehlah pi ke Pusat Sains Negara, macam-macam ada.

14 comments:

CIKGU NAMAN said...

dh pegi jgk masa dinos ada..memang best utk aktiviti keluarga ke tempat tu...

Myvitrd said...

Dah masuk 3 kali dekat situ.. sebab bawa saudara mara

Geng Borak said...

gud idea bro.. aku pun selalu lalu aje, tak pernah masuk.. hehehee.. main atas piano tu, orang besar leh gak ke? kekekeke

Siapa Ada Lagi Bantal Busuk??!! | Baik Mengaku. Ha...

ainhany said...

alangkah bestnya zaman kanak2kan..mcm2 boleh cuba. Bebas mencuba dan mengenali sains dalam kaedah belajar dari pengalaman...Nanti bolehlaa minta anak2 buat karangan pula.

p/s : tak amik ke seekor dua dinasour bawa balik???

hazman aka species1980 said...

bagus la bro....bawak anak2x tempat berinformasi camnie...kadang2 kita yang tinggal kat lembah kelang pun tak penah sampai kat sini....

sahromnasrudin said...

bagus bwk anak2 tmpat mcm nie...dr bawak ke shopping complex, baik ke sini kanm

Mak lagenda said...

mesti anak2 mak pun sonok klu mai sini!

nairaariaa said...

kat bukit damansara kan?huu...best tgk bebudak nie happy dapat cuti2 kat pusat sains negara=)

Ayie said...

lama dah tak poie keluar ngan family.. =.=''

babybugmum said...

aishh..dlu2 masa form4 je penah dtg cni..tu pn rombongan sekolah :)

intan.maisarah said...

last pergi masa tingkatan 2
hihih

velasrizal said...

tu namanya t-rex..yg cam badak tu rhinosaurus

Unknown said...

bestnya....

Anonymous said...

dah lama fiq tak pergi pusat sains negara.