Pages

Sunday, June 12, 2011

Jom Makan Nasi Goreng Kampung di Otak-Otak Place @1 Utama

Baru-baru ini masa pi 1 Utama singgah di Otak-Otak Place. By the way alamatnya adalah Lot LG-311B, One Utama Shopping Mall, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor dan nombor telefon: 03-7727 4181. Jom kita tengok apa yang menarik.

Yang ni adalah nasi goreng kampung @RM10.90. Not bad nasinya memang sedap, ada kepak ayam goreng dan telur goreng mata. Tapi tak berapa suka telur sebab saya suka yang garing tetapi ayam tu memang puas hati, rasa rempah dan ianya baru lepas masak, bukan seperti di tempat lain yang sejuk.

Keropok memang ranggup dan boleh rasa ikannya tetapi tak 100% masak, yalah kat tepi-tepi tu mentah. Secara keseluruhan saya bagi rating of 7.4 out of 10.

Spaghetti @12.90 ni, spaghettinya memang just nice tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Sosnya just biasa-biasa aja but Afiqah memang suka benar benda alah ni. Tak terlalu pedas dan sos tomota yang tak terlalu masam. Rasanya masak kat rumah lagi sedap so 6.9 out of 10 ajalah.

Yang ni pula nasi dengan ayam masak masam manis (sweet and sour) @RM9.90. Ayamnya memang quite lembut dan of course rasa masam dan manis le, tetapi nasi sangat menghampakan, macam pulut aja, menghilangkan selera dan tak berkuah sangat. So 6.4 out of 10 ajalah.

Yang ni air milo ais @RM4.00 dan air cincau @RM3.00. Milo ais yang jenis tabur. Danish tak berapa suka, sebab baginya pelik kot. Tapi kalau eyriqazz memang suka benar dengan yang tabur-tabur ni. So bagi 7.1 ajalah dan cincau memang jenis yang potong panjang-panjang dan halus, bagus mcam ni compared with yang potong dadu tetapi tawar, takkan nak jimat gula kot? So ambil 6.5 ajalah.

Menunya memang unik macam buku sekolah sekolah rendah pula. Afiqah asyik tengok aja benda alah ni sebab pelik betul.
Semuanya RM45.89, secara keseluruhan biasa-biasa aja, sama ada nak pi lagi ke tak, entahlah.

10 comments:

hazman aka species1980 said...

gaya review tu macam agak kureng jee kan....takpe cuba restoran lain lak yea...

luahfikiran said...

SALAM,
SEDAPNYA ! LAIN KALI AJAKLAH LF DAN KELUARGA !

mamai said...

nampak macam sedap ajer...bila dah jauh dari negara sendiri, rasa rindu ngan makanan

relevan said...

Fuhh sedap !

faiz said...

nama kedai otak2...xde jual otak2 ke..

afiqazizan said...

nampak macam sedap je..kena try makan kat tempat ni nanti.

KiD said...

ada otak2 pun best gak... hehehe
'Our World, Their War'

LiFe KaMi said...

da pernah mkn kat sana, memang sedap pun walaupun harga agak mahal sikit.. ingat nk pergi lg..:)

simple said...

aku dh makan kat sini..hehehe..

siti murni said...

memang unik lah menu dia...sempoi! BTW...nasi goreng tu betul2 nampak menarik...