Pages

Tuesday, June 7, 2011

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Kemboja 7 Jun 2011

Update: Malaysia 0-1 Kemboja
  • Keputusan tamat permainan dengan Malaysia kalah 0-1 kepada Kemboja. Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia lebih menguasai permainan dan pada 20 minit terakhir pemain-pemain terpaksa bermain dalam keadaan padang basah, becak dan bertakung dengan air akibat hujan. Kemboja yang bermain 10 orang pada 10 minit terakhir dapat bertahan daripada dibolosi. Malaysia perlu mempertingkatkan permainan bagi memberi persediaan kepada skuad Olimpik untuk perlawanan yang sebenar.

  • Setelah separuh masa pertama tamat, Kemboja mendahului dengan 1-0 di mana gol dijaringkan seawal minit ke-10. Boleh dikatakan permainan banyak dikuasai oleh Kemboja dengan banyak serangan yang dilakukan dan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi banyak menyelamatkan keadaan.

    Malaysia pula mempunyai beberapa peluang tetapi sepakan lemah dan juga hantaran yang tidak tepat gagal menghasilkan sebarang gol. Malaysia perlu memperbaiki dari segi hantaran dan juga sepakan agar dapat menghasilkan gol. Malaysia mendapat 3 kad kuning akibat kekasaran. Sama-samalah kita tunggu keputusan separuh masa kedua antara Malaysia vs Kemboja.


Perlawanan persahabatan antara Malaysia vs Kemboja berlangsung pada hari ini, 7 Jun 2011 pada pukul 5.00 petang (waktu Malaysia) disiarkan secara langsung melalui Astro Arena channel 801.

Semoga Malaysia dapat membawa balik kemenangan vs Kemboja. Antara pemain-pemain skuad Olimpik Malaysia yang dijangka menarik perhatian adalah penjaga gol, Khairul Fahmi yang terlepas bermain di mana Kelantan menang 3-0 menentang Terengganu dalam Liga Super semalam.

Di samping itu, pemain-pemain lain adalah Mohd Muslim Ahmad, Wan Zack Haikal, Izzaq Faris dan Mahali Jasuli. Sama-samalah kita nantikan keputusan perlawanan persahabatan Malaysia vs Kemboja nanti.

3 comments:

Syuxer said...

sudah ketinggalan bro...hukhuk...0-1

faiz said...

laaa...akhirnya kalah gak malaysia..

KiD said...

hmmmm dengan kemboja pun tak lepas.. haiyaaaaa