Dah tengok ke iklan raya PKNS 2010? For me that is the best so far. Bermula dengan sepasang suami isteri kat kampung membuat persiapa hari raya dan menanti kepulangan anak tersayang.
Selepas itu bapanya telah menelefon anak lelakinya tetapi telefon tersebut tidak dijawab kerana anaknya sekeluarga sibuk membuat persiapan raya di kota.
Ayahnya sungguh sedih dengan hal ini. Dan mengambil keputusan untuk ke kota bersama dengan isterinya.
Sampai di rumah anaknya, mereka diberitahu oleh jiran yang anaknya sekeluarga sudah berpindah. Memang sedih rasa hati mereka kerana tidak tahu mengenainya. Lalu jiran tersebut memberi alamat rumah baru.
Sampai di rumah baru anaknya, cucu mereka memanggil bapa dan emaknya.
Sementara menunggu, bapa tersebut terpandang rumah yang besar kat luar sana dan.....
teringat kisah lama bapa dan anak tersebut menaiki motor lalu anaknya sungguh happy apabila ternampak rumah yang besar.
Sementara itu, cucu mereka bertanyakan emak dan bapanya "mak atuk nak tidur kat mana?"
Mendengar pertanyaan daripada cucu mereka, kedua-duanya merasa sangat sedih dan kecil hati.
Serba salah dengan pertanyaan itu, si anak meminta maaf kepada ayahnya dan ibunya kerana selama ini mereka dia tak dapat beraya kat kampung kerana leka menyiapkan rumah yang besar itu untuk kedua ibu-bapa dia. Dia meminta ampun ke atas perbuatannya.
NAK TAHU LEBIH LANJUT JOM LAYAN YOUTUBE PKNS.
14 comments:
bro, tak penah lagi ada can nak tengok iklan ni...bila la dapat tengok..ermm
tapi tak elok gak tindakan dia tu, sebab demi rumah yg besar, melupakan mak bapak di kampung..kalo lah mak bapak tu xde dah, xcapai gak hajat..ibu bapa ni, nak diingati, bukan harta yg melimpah ruah.. mak DJ sokmo cakap gitu, nak tengok anak2 gembira, anak2 ingat mak ayah, harta semua tu dah xpenting lagi.. :D
anyway, TV3 nyer iklan dah tolak tepi, Petronas lak xbest iklan dia tahun ni, yang ni kira okelah..tapi yang oke sikit rasanya yang adik Haziq balik raya kampung dia tanya, kenapa kita balik raya kat sini, bapak dia jawab "Masa atok dengan nenek ada, ayah tak pernah balik" ..Sayu sangatt rasa di hati
mmg superb la..
sesuwai la dengan PKNS..
Salam...
Ni 1st time blogwalking into your blog....
tercakap omputih pulak....
Iklan2 camni la yg baguih ....
ade nilai2 keluarga.... kan ke haghi ghaye tu bermaksud kite berkumpoi sanak sedaghe....
Jemput ke blog awok yg tak sebeghape ...
Umor Kite
memang best iklan ni... sesuai untuk tatapan umum :)
memang best menyentuh perasaan.. cuba tengok yg Director's Cut punya version... panjang sikit..
kumanx -iklan Raya Maxis 2010
memang syahdu giler..
dah disiarkan kat tv...?belum tengok lah...
dahlia: setuju benar, cara tidak menghalalkan tujuan
dkosonglapan: selamat datang, kunjungi lagi ya
siti murni: rasanya dah kot, saya tengok pun dalam youtube
dah tengok dan memang menarik iklan ni
x dpt tgk lagi iklan ni. tapi bagus juga ada iklan mcm tu. leh sedarkan kita semua :D
best la iklan ni,
ada msj yang bnyak,
=)
orait.....n terus je register as your follower n letak your blog as one of my friends blog.... ok kan???..
Rasa sebak pulak dah..teringatkan kampung halaman..
Post a Comment