Pages

Wednesday, September 29, 2010

UEFA Liga Juara-Juara 2010/2011: Valencia 0-1 Manchester United

Manchester United mencatat kemenangan 1-0 ke atas Valencia di Sepanyol setelah Hernandez menjaringkan gol ada minit 85.

Pada perlawanan lain Tottenham menumpaskan Twente dengan 4-1. Gol-gol Tottenham dijaringkan oleh Van de Vaart (46'), Pavlyuchenko (penalti: 50, penalti: 64) dan Bale (85') manakala gol pelawat, Twente dijaringkan oleh Chadi (56').

PREVIOUS ENTRY
Manchester United akan berkunjung ke Valencia pada perlawanan kedua UEFA Champions League 2010/2011. Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung melalui Astro ESPN Channel 812 pada pukul 2.40 pagi (waktu malaysia), 30 September 2010.

Sebelum ini dua kelab perdana Inggeris, Arsenal dan Chelsea telah menang perlawanan kedua menentang lawan masing-masing:
  • Partizan 1-3 Arsenal

  • Chelsea 2-1 Marseille
I am sure ramai yang menantikan keputusan Man Utd vs Valencia pada pagi nanti. Mengikut telegraph.co.uk, Man Utd menghadapi sedikit masalah dengan kecederaan Rooney, Giggs dan Scholes. Walau bagaimanapun, Dimitar Berbatov akan memikul tanggungjawab sebagai penyerang yang mampu merobek pertahanan Valencia.

Mengikut cherianews, barisan kemungkinan bagi perlawanan pagi nanti adalah:

Valencia : Cesar Sanchez; Miguel, Navarro, Ricardo Costa, Mathieu; Albeda, Banega; JoaquĆ­n, Mata, Hernandez; Aduriz

Man. United : Van der Sar; O’Shea, Ferdinand, Vidic, Evra; Nani, Gibson, Fletcher, Anderson, Park; Berbatov

3 comments:

Kyuubi_85 said...

harap2 MU menang.. hihi

DKosongLapan said...

good job....menang di tempat lawan..... lepaih ni advantage kat tempat sendighi...

amirah said...

hihi,..naseb bek menang..kalau tak monyok je muka MU fan dari pagi sampai malam