Pages

Saturday, September 4, 2010

Iklan Raya TV3 2010 Dikecam Hebat Kerana Unsur Christmas: Sinari Lebaran

Pernah tak anda tengok iklan hari raya TV3 2010 yang terbaru? Ianya sudah dikecam hebat kerana ada unsur-unsur krismas. Tajuk iklan hari raya TV3 tu adalah Sinari Lebaran, Keindahan Dalam Kemeriahan. Oklah sedikit ringkasan.

Iklan tu bermula dengan dengan seorang budak sedang membaca buku di dalam sebuah rumah.

Adalah gambar sebuah beca dalam buku tu. Tiba-tiba buku itu mengeluarkan sinaran dan bersinarlah gambar beca tu. Sinaran itu macam magik le keluar ke luar rumah dan muncul le seorang pakcik berkopiah mengajak budak itu naik beca boleh terbang tu....

Budak itu naik beca dan di dalamnya terdapat ramai lagi kanak-kanak yang diangkut oleh pakcik tu untuk dibawa berjalan-jalan.. opssss, bukan jalan terbang ya....Budak-budak memang suka le, kalau aku pun suka boleh terbang.....

Dan seterusnya mereka dibawa di suatu tempat yang asing dan indah. Memang penuh dengan imiginasi macam pelita keluar melalui kelopak bunga, bahulu yang diterbangkan dan macam-macam lagi.

Akhirnya mereka gembira untuk menyambut hari raya secara futuristic tetapi mempunyai elemen-elemen kerjasama dan juga kuih muih yang tradisional.

Ramai di laman facebook tak setuju dengan iklan ni dan sesetengah daripada mereka mengesyorkan agar iklan ni dikeluarkan. Bukannya apa taakut rosak akidah lebih-lebih lagi dengan raya aidilfitri.

Memanglah tak dinafikan yang banyak unsur-unsur yang tak masuk akal atau logik dalam TV sekarang tapi rasanya tak perlu le ditambah oleh masyarakat Islam. Apa pandangan anda semua.


UPDATE: VIDEO IKLAN HARI RAYA TV3 TELAH DITARIK BALIK

54 comments:

Zikri Husaini said...

banyak sangat lampunya... memang macam krismas lah..

ardinihumaira said...

malam tadi tergamam tgk iklan ni.. sape la yang punya idea

Relevan said...

Memang sebijik macam santa Claus nak membawa hadiah naik pedati siap terbang bercahaya lagi..

APa punya iklan gini..

hans said...

yups
tahu xper

meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih

P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....

Nina Nurziana said...

haah.. mmg mcm christmas.. huhu

Hairil Rizal said...

Banyak lagi cara lain utk buat iklan raya. Takkan lah ketandusan idea sangat diorang nie...

eelobor said...

tak mencerminkan aidil fitri

velasrizal said...

melampau btol imiginasi diorg ni..

-atiQah- said...

mak kite mula2 tengok pun terus pggl suruh tgk sama..
mak cakap tiru org putih, selalunya krismas je yg mcm tu..
xnampak ciri2 hari raya langsung..

Qib said...

haaa..

memang la,. apapasal la mesia ni
macam ni.. islam laaaa

Cikgu Dahlia said...

tv3 dah tarik iklan ni dari akaun FB mereka

sahromnasrudin said...

inilah namanya kalau 1MALAYSIA silap ditafsirkan

Miss FZ said...

huhu.pernah tengok sekali je kot iklan ni..tu pun tak berape perasan. lepas baca entri ni baru ingat balik iklan ni.

CIKGU NAMAN said...

adui..kenapalah kena ada unsur² sebegitu

NAZ said...

budak kecil tengok pun akan tertanya iklan apa lah ni

darkbatman said...

confuse kan iklan cmne.. ak bru je nk wt en3 bro..

hazman aka species1980 said...

harap2x kes nie akan kuar suratkhabar mahupun tabloid

Unknown said...

baru tngok iklan nie..thx sharing..

Faisal said...

wah sampai mcm tu sekali..

Faizul said...

era 'selepas yasmin tiada'

Anonymous said...

sapa la pny idea ni..pihak t'tggi x cek ke...?!n sape pengarah iklan ni...

Suliana said...

tu la, 1st time tgk dah terfikir mcm iklan krismas plak, tk sangka jadi isu. ape punya design la ni. harus kena potong bonus team tu. takkan org atasan lepas jek.. apa daa...

babyblogger said...

unsur2 iluminati dan freemason (sama juga macam dalam AJL dulu, jika saudara ingat).. skrg ni Aidilfitri kita dicemari oleh TV3.

Malah ada yg ugut nak report polis lagi pasal hal ni..

redfingger said...

aku sokong ngan korang semua!!!!:-)

aida said...

org yg buat iklan ni
memang x taw sensitiviti masnyarakat r....
ape la..

sah2 x kaji dulu sebelum buat iklan.. memalukan la..

x blaja kot etika ke budaya ke sblum buat iklan? ish geram..

arekymz said...

assalam.
mmg sangat x sesuai kan.
sepatut nye buat lah betol2 mengenai islam.
mcm2..

Ahmad Tajuddin said...

salam ziarah...ini salah satu usaha kristianisasi masyarakat Malaysia sekarang ....http://ata-timetochange.blogspot.com/2010/09/iklan-raya-tv3-adalah-proses.html

azzey said...

Mesej yg nak disampaikan tu tak bertepatan dgn yg sepatutnya......lampu yg terlalau byk dan imaginasi naik ke langit tu yg agak sukar diterima........nak2 dikaitkan dgn perayaan besar umat ISLAM....

Lee said...

mm..ntahlah, no komen..1st time tgk dah rase agak lain..same2 pikir la ek....

Anonymous said...

Adoi, ruginye tak tengok iklan tu. Tak dapat nak comment lebih2. ;/

saya said...

tafsiran lebih teliti berkaitan iklan tv3
http://www.cikgudahlia.com/2010/09/iklan-promo-raya-tv3-2010-yang-tersirat.html

Anonymous said...

kat rumah orang melayu dah terang benderang dgn lampu mengerlip pelbagai warna sempena berakhirnya Ramadhan dan datangnya Syawal.. itu pula budaya mana?

Anonymous said...

someone or somebody in TV3 must take responsibility so that in the future it must not happen again.
Hentikan kerosakan terhadap Islam dan umatnya. Lebih malang jikalau yang menghasilkan iklan tersebut juga seorang muslim di atas IC nya.

Anonymous said...

iklan raya paling merapu dan merosakkan akidah umat Islam.
TV3 tak memahami sensitiviti umat Islam.

Khairunnisa' said...

Bagaimana pula dengan anak-anak kecil dan orang-orang yang masih dalam kejahilannya? Ini boleh merosakkan akidah dan pemikiran generasi yang akan datang. Patutnya mereka harus mengambil kira semua aspek dan sensitiviti umat Islam di Malaysia, khasnya. Perayaan keagamaan bukan boleh dicampur adukkan. 1Malaysia tak bermakna 1 Agama, get it?

Kita tak boleh berfikiran liberal sangat.

izwan7 said...

sharinginfoz, aku mintak izin publish dlm blog aku

Sharinginfoz said...

izwan7: boleh aja

Nur Fannun said...

mcm krismas & depavali..tgk lampu pelita tu cm depavali pun..cm ne le iklan cm ni leh terlpas..xda org yg tapis ke?

Mana pergi CHATBOX & Siapa LUCKY FOLLOWER?

Anonymous said...

Aidilfitri disambut oleh umat Islam bg meraikan kemenangan/kejayaan mereka stelah berjaya menunaikan ibadah puasa selame sebulan dlm bln Ramadhan...tp iklan tersebut jauh terpesong / lari dr konsep sebenar.

Alin said...

Salam perkenalan..

Memang iklan x bermaruah langsung..semua nak duit semata2...sib baik dah dibanned...

Unknown said...

tu semua kja director bodoh... pecat je semua yg buat iklan tue..x sensitif langsung tentang adat dan agama islam,da lah masjid dia org buat sesua hati, masuk keluar ,,iklan pun x nak buat mcm nie..

patut tv3 pecat semua pekerja tue,atau kita pengguna islam boikot tv3...

Anonymous said...

iklan raya terburuk dalam sejarah.. ada unsur2 penyesatan dan menghina Islam. perkaitan masjid dan pondok buruk menggambarkan Islam itu lemah??? macamana iklan ini boleh terlepas (saya pun tak paham)kasihan, kita masih lagi dijajah rupanya oleh "mereka" yang mengambil kesempatan di atas kealpaan kita. hayati dan renung2kanlah iklan tersebut.. jgn disebabkan kealpaan kita, bangsa lain akan merosakkan akidah dan syariat kita..

SHaM said...

iklan yg plg bodoh.. da xde idea lain ke???

Anonymous said...

pada saya perkara ini bukan tidak disengajakan n pihak atasan bukan x perasan..ia mg telah dirancang..ada sesuatu yg sedang berlaku dlm negara kita..

FidO DiDo said...

Gantikan dengan iklan Petronas yg sedih2x penuh bermakna suda... x yah nak beriye2x nak happy sangat..puasa pun belom tentu cukup lagi...haish

Anonymous said...

mcamana TV3 bleh luluskan tayangan iklan mcm ni..seumur hidup saya x pernah ada hari raya aidilfitri yg berkaitan dgn beca terbang..dh macam krismas & deepavali..sungguh lah ini iklan terburuk dalam sejarah TV3..jd kn lah pengajaran..jaga lah sensitivi masyarakat terutama masyarakat islam..kita meraikan aidilfitri yg penuh makna kemenangan dan makna tersendiri, bkn seperti perayaan agama lain..

Anonymous said...

Memgang tak mengejutkan kalau kita imbas kembali paparan dlm akhbar mingguan malaysia yg lalu tentang unsur-unsur iluminati dlm AJL baru-baru ini seolah-olah ia memang dirancang rapi oleh pihak tertentu. So beware dengan unsur-unsur negatif media utama di negara ini.

Unknown said...

Apabila tidak membawa Islam ke dalam kehidupan, maka inilah jadinya...
Apabila dakwah Islamiyyah tidak di jalankan, maka inilah jadinya...

Anonymous said...

Apabila Islam tidak diaplikasikan di dalam kehidupan, maka inilah akibatnya......
Apabila dakwah Islamiyyah tidak dijalankan, maka inilah akibatnya...

Doc Holiday said...

Salam bahagia.
Maafkan saya jika saya berpendapat berpendapat rakyat Malaysia yang beragama Islam masih lemah. Setakat tarik balik dan minta maaf tidak cukup. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata, buruk padahnya.

Oleh itu, saya mencadangkan agar tuntutan yang lebih berat. Mereka yang terlibat secara langsung mesti bertanggungjawab. Pengalaman kerja saya, jika ada sedikit lalai yang menyebabkan kerugian dan meningkatkan situasi tidak senang kepada imej syarikat, lantas ada yang dipertanggungjawabkan dan diberhentikan. Mungkin TV3 perlu memanggil mereka yang terlibat secara langsung dalam iklan ini, dan kemudiannya mereka ini membuat sidang media secara langsung meminta maaf dan meletak jawatan secara berhemah. Barulah TV3 mempamirkan tanggungjawab sosial mereka terhadap negara. Rakyat perlu tahu kebenaran, siapakah mereka dibalik tadbir iklan ini dan tindakan yang lebih berat adalah perlu.

Saya berharap dan berdoa agar tekanan terhadap TV3 diberikan agar mereka benar-benar insaf tidak lagi mengulangi perkara ini.
Mohon saudara dan saudari meneruskan bantahan ini. Jangan biar umat Islam Malaysia dikaburi di negara sendiri.

Terima kasih.

Unknown said...

diorang ni tak buat preview ker sebelum live tu...agaknya kalau ada preview pun org yg review ni non-muslim kot.

hamzah ian said...

gua rasa ni just kebetulan je.. kenapa kita slalu nak kaitkan dengan kristian..

byk lagi bende yg kita buat boleh dikaitkan dgn kristian... ada satu blog tu gua tngk dia perli sape2 yg kaitkan semua benda dengan kristian.. so dia perli guna lemang yang macam cerobong piano org kristian.. tp perli je..

macam mana pula dgn saiful apek yang nyanyi lagu raya tapi melodi krismas dulu2 tu??

kenapa tak kaitkan je dgn kristian? ni semua sbb kita slalu tak puas ati dgn hasil kerja org lain..

niat tv3 baik untuk buat buat iklan raya 1malaysia tapi org lain pulak kaji kristian..

tu pendapat gua je la ok..

Anonymous said...

freemason punya kerja ni...orang yg tahu sahaja yg dapat menilai apa yg tak kena dengan iklan ni....nauzubillah.....

Anonymous said...

salam shabat2 seagamaku skalian.. sbg sorg islam, sy rasa kesal dgn masyarakat kita yg terlalu memandang ringan soal agama.. khususnya media yg mjd perantaraan kita ..bg sy dunia akhir zaman skang terlalu bnyak pkara2 pelik mcm ni timbul.. cntoh lain yg kita x sedar, mcm istilah DEEPARAYA, GONG XI RAYA.. kita smua x penah terfikir pun kan apa maksud pkataan2 yg digabungkan mcm ni.. di mana keistimewaan aidilfitri, kehebatan islam itu sndiri kalau hari kemenangan kita lepas sebulan berpuasa disamakan pula dgn deepavali atau raya cina...renung2kan lah betapa lemahnya kita sampai x sedar kita dijajah bgsa lain sedikit demi sedikit...