Bagi yang tak berkesempatan menonton buletin utama, 5 September 2010 mengenai tv3 tarik balik iklan raya 2010 bolehlah melayari youtube. Klip tersebut selama 26 saat. Kalau tak nak tengok ni le apa permohonan maaf TV3:
"TV3 manarik balik iklan hari raya Aidilfitri yang disiarkan di saluran ini sejak Jumaat lalu. Tindakan itu diambil mulai semalam setelah mengambil kira maklumbalas yang kami terima daripada penonton dan orang ramai. Kami juga memohon maaf kepada penonton yang tersinggung dengan penyiaran iklan berkenaan. Kami menghargai maklumbalas yang diterima dan langkah sedang diambil bagi mengelak perkara sama berulang."
Syabas kepada TV3 yang berani membuat kenyataan terbuka setelah menyedari kesilapan yang telah dilakukan. Apa yang penting biarlah ianya dijadikan iktibar dan diharap agar ianya tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini, sama-sama le kita maaf bermaafan antara satu sama lain.
18 comments:
elok la iklan ni ditarik awal supaya akidah anak2 kita terjaga
kes terhangat sekarang ni
Satu tindakan yang tepat sekali,semuga TV3 tidak mengulangi kecuaian dan kesilapan yang sama pada masa akan datang.Juara Lagu tempohari juga kontrovesi kerana mempromosikan Ilimuniti...Jauhkan negara kita dari unsur-unsur Ilimuniti & Freemason.
harap TV3 berhati2 la slpas nii...mmg wat slh bykk laa
la tak tau pun iklan apa coz tak sempat nak tgklah
Pelik, cara mereka nak integrasikan kaum dengan mencampuradukkan dengan agama.. huuu sungguh tak sesuai.. byk lagi cara lain..
ape pun.. bagus tv3.. minta maaf selepas membuat kesalahan dan mengusik sensitiviti umat Islam.. huu semoga ianya tak berulang.. :)
rasanya lebih elok tv3 menyuarakan maaf.. tapi anon kat blog dni cakap kita macam apa tah bila kita semua cakap terima kasih pada tv3 dah tak siarkan iklan tu... pelik lah anon tu
semalam angah ada dengar berita tiba2 angah terkejut gak tengok yg pembaca berita meminta maaf lepas tue terus angah pelik.... bila ngah try search you tube baru dapat tengok iklan tersebut baru angah paham... apa2 pun tahniah tv3
salam..kne kaji siapa dalang di sebalik semua ini????
mula2 dlm juara lagu..sekarang iklan raya..memang ada jarum2 halus yg cuba memusnahkan akidah kita..kita kene berhati-hati..
Hm.Satu pengajaran buat semua.Moga kita semua terhindar dari unsur syirik.Moga Imaan kita terpelihara dan terjaga.Amin
memang lain macam sikit iklan tue... tapi tak pe la, nasib baik TV3 tarik balik
media bawak impak besar tambah2 utk kanak2..harap next time tak jadi lagi benda macam ni. pihk tv3 macam banyak keliru skg.
Berani siar berani tanggung.
Tindakkan yang bijak ! syabas TV3..
iklan apa ea..yg pkns tu ker?
iklan paling best pun tahun nih iklan PKNS dan maxis
tapi x sebagus iklan2 hasil allahyarham Yasmin ahmad lah
apa2pun,syukur iklan tu dah ditarik balik
P/S : Berkenaan Penarikan Balik Iklan Raya TV3
harap2 lps ni pulih spt sediakala
bgs kan tv3..cpt jer bertindakk..maybe diaorg wt penilaian balik pd isu iklan 2..
Post a Comment