Pages

Thursday, September 16, 2010

Berita Terkini Siasatan Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati: Kes Selesai

Berita terkini mengenai siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati ialah ianya dianggap selesai dan kemungkinan pendakwaan akan dibuat minggu depan. Itulah laporan Berita Harian bertajuk "pembunuhan kejam sosilawati: kes selesai" dan The Malaysian Insider bertajuk "Kes Sosilawati: AG, Polis sediakan kertas tuduhan, kes dianggap selesai".

Sebelum ni yang mengikuti kes pembunuhan kejam Datu,k Sosilawati, banyak benda sudah dijumpai i.e. kereta, jam, tulang, zink, pisau, benda tajam dan banyak lagi. Di samping itu, beberapa individu telah ditangkap dan diremen termasuklah peguam yang menguruskan jualan tanah.

Di samping Datuk Sosilawati, tiga lagi individu bersama-sama iaitu pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad.

Pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga lagi sangat kejam kerana selepas dibunuh, mayat dibakar dan abu dibuang di dalam sungai di Tanjong Sepat, Banting.

Semoga ianya diselesaikan dengan cepat dan yang melakukan pembunuhan kejam ini dibawa ke mahkamah dan dikenakan hukuman yang setimpal. Semoga ianya menjadi tauladan dan agar ianya tidak berulang lagi.

Berita terbaru / terkini kes bunuh Datuk Sosilawati
  • 17 September:
    Polis menghentikan operasi mencari bahan bukti dalam siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gadong dan Sungai Panchau, Banting. Tempat ini ditutup dan dikawal rapi oleh polis. Polis juga menjumpai cricket bat yang dipercayai digunakan bagu tujuan pembunuhan (laporan bharian dan TV3)

  • 18 September:
    Siasatan juga mendapati suspek utama tidak pernah dikurnia gelaran Datuk dari mana-mana negeri, malah asetnya juga sudah dibekukan.

    Polis turut memberi amaran sekali lagi kepada media terutama media arus perdana supaya tidak melaporkan apa yang melampaui batas.

    Mohd Bakri menafikan keempat-empat mangsa disembelih, selain dakwaan suspek utama memelihara anjing pembunuh di ladang persendirian miliknya dan menganggap perkara itu boleh mengganggu kelancaran proses siasatan.

    “Dakwaan kononnya mangsa disembelih, suspek sudah bunuh 17 mangsa, mangsa diumpan cek tertunda, sungai dipenuhi tulang (manusia), anjing pembunuh dan beberapa dakwaan lain menggunakan sumber adalah spekulasi semata-mata. Ini langsung tidak menggambarkan kejadian sebenar.

    “Yang pasti, soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, semua mangsa dibunuh dengan diikat sebelum dipukul dan ditikam hingga mati, kemudian dibakar dan abu mereka dibuang ke sungai. Jangan suka-suka buat andaian hingga mengganggu kelancaran proses siasatan,” katanya.
    (Sumber: mstar, bharian)

8 comments:

shahrilhakime said...

Sorile....
awok counter balik posting mike kat blog awok....
sbbnye awok tak setuju bile Polis kate kes ni dah selesei.......
sbbnye,....awok uleh (ulas) kat blog awok...


Kes Setel??

Amir Izzat said...

alhamdulillah..baguslah... cepat la sikit kasi hukuman bunuh kat suspek semua..

tp amir takut suspek nie terlepas..

bila nak dakwa..suspek didapati tidak siuman..pastu lepas.. kan naya... huhu

harap2 kes ini akan diadili dengan saksama

CERITA LEBAT said...

gua harap sangat kepala atas tu tak terlepas..datuk ke nenek ke,tangkap ok!

Relevan said...

yes..semoga cepat capat naik mahkamah dan semoga pembunuh pembunuh mendapat hukuman yang setimpal..

noorafzan.blogspot.com said...

Mereka mmg patut dihukum berat.
terlalu kejam.
huhu!

[z@ck] said...

yup..hope so..
tahniah buat PDRM =)

Anonymous said...

semoga penjenayah kejam lg sadis ni diberikan hukuman yg setimpal..

azzey said...

Sharinginfoz: mmg terlalu kejam pembunuhan ni!!!