Pages

Monday, September 27, 2010

Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011: Week 6

Credit: telegraph

Inilah kedudukan terkini liga perdana inggeris 2010/2011 setelah 6 perlawanan. Nampaknya Chelsea berjaya mengekalkan kedudukan teratas buat 6 minggu berturut-turut even setelah kalah buat kali pertama dengan Manchester City 0-1 minggu lepas.

Manchester United berjaya memintas Arsenal bagi tangga kedua walaupun hanya sekadar seri 2-2 dengan Bolton. Man Utd terlepas peluang keemasan untuk merapatkan kedudukan dengan Chelsea. Apa-apa pun, terlalu awal untuk menyatakan siapa yang akan menjadi johan pada musim ini.

Arsenal yang mengalami banyak kecederaan turun satu tangga, mereka perlu bangkit dan meneruskan saingan liga. Tunggu dan lihat kemunculan kembali Persie, Fabregas, Walcott dan beberapa orang lagi bagi menguatkan skuad Arsenal.

Manchester City yang berada di kedudukan 4, nampaknya bakal memberi pressure yang kuat kepada Chelsea, Man Utd dan Arsenal setelah gol daripada Tevez berjaya menumbangkan Chelsea pada minggu ke 6 ini. Berjayakah mereka meneruskan kemenangan?

Liverpool yang berada di tangga ke 16, nampaknya sukar untuk menyaingi kelab-kelab di liga perdana inggeris pada masa ini bagi menempatkan di kedudukan 4 teratas setelah sekadar seri 2-2 dengan Sunderland.

3 comments:

acura said...

Ada pembetulan, United sepatutnya seri 2-2 bukan 3-3 ;)

Sharinginfoz said...

acura: thanks

relevan said...

Mu mu mu..