Pages

Wednesday, September 22, 2010

Jom Sate Kajang Samuri @Taman Melati

Kita masih dalam bulan Syawal kan, so ianya sinonim dengan sate. Beberapa hari yang lepas pi beli sate kajang kat Taman Melati. Alamat penuhnya dan nombor telefon:

Sate Kajang Hj Samuri
Lot 7G & Lot 7LG
Jalan Melati Utama 4
Taman Melati Utama
53100 Kuala Lumpur
03-41076318

Memang sate sini sedap gak @60 sen satu cucuk. Macam-macam jenis ada, ayam, daging, arnab, rusa dan banyak lagi le. Of course yang lain daripada ayam dan daging harganya lain le.

Tapi kat sini diaorang bakar guna elektrik bukannya arang (kalau tak silap).

Kuahnya yang pekat dan sememangnya sedap tapi kalau makan kat situ lagi sedap sebab kita boleh campur sos lada. Kalau tapau diaorang dah campur siap-siap. Satu lagi environment makan kat situ lagi OK jika dibandingkan dengan kat rumah. Tapi terpulanglah sebab ada yang suka makan kat rumah kan.

Ni nasi impit @RM2.50 sebatang. Kira bolehlah makan untuk 2 or 3 orang. So apa lagi jom sate kajang.

23 comments:

ardinihumaira said...

sedapnya satay. fav dni tu! nyum3 :)

velasrizal said...

bila ramai pelanggan kualiti dia xjaga sgt.. penah dpt sate xcukup masak kt sini

e.l.i.s.s.m.i.e said...

belum cuba lagi sate arnab..

eelobor said...

selalu gak tapau cuma sekali dua jer makan kat situ. sblm ni tak perasan lak ada rusa & arnab kat situ. melainkan kat kajang sana, smua jenis ada sampaikan hati, perut pn ada. tak silap situ pn bakar pakai arang, sebab di sediakan bilik khas membakar dan ada exhaust fan besar

sahromnasrudin said...

sate nie dah hilang keoriginalan dia..pernah cube sate tulang????

♥Azie♥ said...

saya suka kuah kacang

DKosongLapan said...

Pernah makan kat sini mase dok kat Kolumpo dulu........tak taule... awok ghase....ghasenye Sate Kajang@Sate HJ Samuri yg sedap dekat Kajang jugakkk....sebelah Stadium Kajang tuuu...

Lagenda said...

Klu bakar dgn elektrik, x besh arrr...x ori gitu!

Kuman Chaos said...

aku 1 minggu sebelum raya ari tu p makan yang dekat Kajang.. selepas dah 7 tahun tak makan sate kajang. memang best...
kuman "ngantuk" Entry

rasp said...

ooooo dah tukar teknik pembakaran dia ek....
kuah kacang lawan nasi impit sedappppppp...

Luqman Al- Hakim Bin Foaad said...

assalam.
penah mkn yg kat tmn melati punye.
best kan.
mmg sedap sate dye.
lagi2 kuah kacang dye.
terase nak mkn lg lak.
member ajak mkn kat kajang nnt.
xsabau2.
:)

Azman Roslan said...

60 sen satu!! dah naik harga rupanya, sebab dah lama tak makan.. heheh

~~Ciklinn~~ said...

lamanyerr ciklinn tak pekena satay kajang nih

~aSHa~ said...

ermmm kalo nak book tuk raya jauh lak....

lama tak makan satay

azzey said...

Sharinginfoz; kat tpt sy pun byk sgt sate ni....dh namanya kat kajang kan......:)

relevan said...

wow..satay kajang..40 cucuk boleh habis nih..

amirah said...

ni yg sebelah kedai nasik dagang tu ek bro nik..

AngahSayang2314 said...

alamak terliur la dah la pose nie... nanti nak ajak hubby gi pekan kajang dekat ngan umah nie..5 min jer makan sate bila buka hehehe

Anonymous said...

ahh ade mende yang sangat xbest sate kajang tmn melati,saya pegi makan hari isnin raya haji ke2,
ade ke patut,kitaorg datang 7-8 orang tp kene order kat kaunter,sate okla.nh air pn kene g order,xpasal2 saya yang jadi waiter tuk amik diorang ( family sndiri je ).
Mengarut lah idea camtuh.
tq

Anilza Hakim said...

Pukul berapa hj samuri yg kat sebelak ulik mayang tu buka?

Papa-NtiQ said...

Saya baru jer upload pics masa gi makan kat satay hj samuri di shah alam ari tu. ok laaaa tak der la special sangat hanya kuah dan sambal dia lain dari yg lain.
Senang2 tu jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan...makan hehe. Saya review restoren2 yg penah saya singgah terutama di area JOHOR...maklum la orang JB.
Jangan lupa follow yer blog saya TQ TQ bebanyak!!

Anonymous said...

Eh betul ke hang dah pi tempat tu sbb tak kan hang tak nmpak d belakang cermin tu pekerja dok bakaq sate guna arang. Nmpak sgt tak pernah pi

miaqaisarah.com said...

Mmmm.. memang sedap sangat satay kajang ni.. tambah-tambah makan masa open house beramai-ramai dengan kawan-kawan memang lagi lah menyelerakan..

Masa open house ni la banyak saya makan satay kajang.. :)

http://miaqaisarah.com/2015/08/06/jamuan-raya-supermom/