Pages

Thursday, September 23, 2010

Cadangan Berkaitan Kad Kredit


I am sure ramai yang guna kad kredit kan? Yalah senang aja transaction via credit card ni. Just bagi, swipe dan sign, cukup bulan datang statement. Sepatutnya ianya untuk tujuan mode of payment dan tak sepatutnya digunakan untuk berhutang.

Berdasarkan rekod Bank Negara Malaysia:

"Secara purata, satu pertiga daripada pemegang kad kredit menggunakan kad kredit sebagai instrumen pembayaran dengan menyelesaikan jumlah baki yang belum dijelaskan sepenuhnya setiap bulan. Lebih separuh daripada pemegang kad membayar sekurang-kurangnya jumlah bayaran minimum tepat pada waktunya dan membawa bakinya ke hadapan."
  • Lebih daripada 1/2 pemegang kad kredi bayar minimum 5%; dan

  • Hanya 1/3 bayar penuh
Ada cadangan yang berkaitan dengan kad kredit bagi memperbaiki industri kad kredit antaranya:
  • Hadkan 2 kad kredit kepada setiap orang (pada masa ni tak ada limit, ianya based on credit rating seseorang)

  • Naikkan kelayakan untuk memperoleh kad kredit iaitu from gaji RM18,000 setahun kepada RM24,000 setahun

  • Mengurangkan interest rate from 18% setahun kepada yang lebih rendah. (Memang sekarang ni pun dah kurang kepada yang pengguna yang mempunyai rekod pembayaran yang baik, i.e. tidak lebih 15% setahun kalau bayar tepat dalam masa 12 bulan berturut-turut)
So apa pandangan semua mengenai kad kredit dan macam mana nak memperbaikinya.

16 comments:

Lagenda said...

Naikkan kelayakkan pemohon tu mak setuju sgt2!

eelobor said...

tak pernah ada & tak berminat langsung pasal kad kredit. berbelanja ikut kemampuan yang ada dalam poket jer.

sahromnasrudin said...

salam..aku tak pakai kad kredit..maklumla, org kampong hehehehe

amirah said...

oo..kalau bayar ok dpt pengurangan ye..taktau pun..tp bg saya, kad kredit perlu juga dlm keadaan tertentu, mcm nak book untuk flight ticket. Tp perlu la berhemah dgn cara mnggunanya..kalo dh semuanya di swipe..alamatnya..

shahrilhakime said...

Cadangan awok mudah jee....
jangan gune Kad Kredit......
gune Kad Debit.....
at least kad debit ni....
dalam tu ade duit kite....
n just tolak je......
mase nak swipe tu ....
kite beringat le sikit.......
daghi kad kredit yang kite main swipe je.....
hujung bulan datang bil.......
baghu sedo dah overspent.....

Alimaz-Kembara Terasing said...

I guna untuk isi minyak kereta ajer.....kalau untuk shopping mau cari pasallll...hehehe

alin said...

kebetulan..i pun wat info psl pengurusan kewangan...come n visit!!!

maslinamansor said...

baru dapat... mak kasi :)
Tapi tujuan diberi bukan untuk shopping.

AngahSayang2314 said...

yup angah setuju sangat naikkan kelayakkan tapi angah tak apply pun pada dasarnya angah bole apply takuttt berhantuuuuu tueeeeeee

Sumijelly said...

tak pernah pakai kredit card...
seklai jer..tu pun pakai AMEX...
pas tu potong..sbb takut terlbih pakai..hahaha

Sumijelly.com

Ken Wooi said...

saya ada debit card sahaja.. =)

rasp said...

i guna utk isi minyak je...
takkkkuuuttt nak swipe slalu2...
kang naya...

Relevan said...

Seronok juga ada kredit kad ni..tapi lagi seronok bila membayar balik.

ardinihumaira said...

dni lom penah guna lagi.. :D lom layak hehe

azzey said...

blom layak lagi.....

Nur Fauzi said...

Kalau ikut bacaan di buku2 berkaitan dengan perancangan kewangan ni, elakkan guna kad kredit selagi kita boleh bayar tunai.

Tambahan, jika sekarang kita guna kad kredit konvensional, elok tukar kepada kat kredit perbankan Islam. Konevnsional punya confirm ada Riba.