Pages

Friday, May 7, 2010

Guna Kad ATM Lain Bayar Pinjaman Ambank

Hmm sekarang ni kan kalau anda ada pinjaman daripada Ambank jangan risau jika anda mengalami masalah untuk membuat pembayaran. Aik, sorry bukannya saya nak tolong bayarkan tapi ingin share cara untuk memudahkan loan repayment.

Mottonya, "Tanpa Borang, Tanpa Beratur, Tanpa Rumit" dan Mudah, Senang, Selamat. Itulah Ambank.

Ni caranya: Kunjungi mana-mana ATM Ambank dan gunakan kad ATM anda dari mana-mana bank (MEPS) untuk membayar pinjaman Ambank anda:
  1. Kunjungi mana-mana ATM Ambank

  2. Masukkan kad ATM bukan Ambank dan tekan nombor pengenalan diri (PIN) anda

  3. Pilih PINJAMAN / KAD KREDIT / LOC (MEPS)
Waktu operasi: pembayaran loan kenderaan: 6.00 pagi hingga 12.00 malam
pembayaran loan perumahan: 6.00 pagi hingga 10.30 malam

Caj MEPS standard sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi dikenakan.

Senangkan. harapnya bank-bank di Malaysia akan memperkenalkan banyak lagi service untuk kemudahan pelanggan. Apa-apa pun, maklumat ni diperoleh daripada flyer kat atas tu so apa-apa perubahan, anda perlu check dengan ambank.

6 comments:

maslinamansor said...

wah... nie sudah bagus. Nasib baik cas nyer murah saja.

Wahai, bank2 lain. Sila lah buat pekara yang sama gak yer... :)

Cik Nurul Pinky said...

wah ini sudah bagus...thanks you for the info..

Kaseh NazLieza said...

teknologi semakin canggih manggih..

Unknown said...

sunggh memudahkan

miss nina said...

semakin hari, teknologi memudahkan urusan manusia.
~what a small world

rasp said...

Very gud lah kalo gini...
menyenangkan kita kan...