Pages

Monday, May 31, 2010

Mana Semua Benda-Benda Ni????

Sekarang ni benda-benda baru cepat aja keluar kan. Maklumlah semakin canggih, macam ada smartphones, iPad, blueray dan macam-macam lagi. Tapi sebelum tu kan kita guna benda2 yang tak kurang juga hebatnya di zaman tersebut. Contohnya mesin taip ataupun typewriter. Hmmm, rasanya ada yang tak pernah tengok benda alah ni. Ianya untuk mengelakkan kita tulis tangan le. Tapi sekarang orang dah guna komputer. Masih ada lagi ke orang guna benda alah ni.

Yang ni satu lagi disket untuk menyimpan data komputer. Hmmm kapasitinya memang terhad, hmmm kalau nak simpan benda-benda yang besar tak muat le. Tapi sekarang dah ada, thumbdrive, paling kurang pun rasanya 2 gig kot. harganya pun murah dan boleh simpan macam2 kat dalam tu.

Ini kalau nak tahu kaset yang kita dengar lagu. Rasanya benda alah ni masih ramai yang gunakan. tapi kebanyakkan oraang dah guna cd kan. tapi yang benci kalau tali tu putus ke or tersangkut tension kan.
Ini cuba teka benda alah apa. inilah yang dinamakan VCR, alah untuk kita tengok movies. so kalau dah habis tengok kenalah rewind kan. tak macam dvd or vcd sekarang tak perlu rewind, just pilih aja mana kita nak tengok.

Apa-apa pun macam manusia le kalau yang lama-lama tu jangan kita lupakan.

6 comments:

Nina Nurziana said...

nanged~

mamai said...

dah jadi koleksi museum dah

Solehah said...

nostalgia kan barang2 ni semua..dulu masa study pakai disket ja..dah la space disket tu kecik je kan..hehe..

Ibu Mifzal Arsyad said...

hehe..dunia makin maju..kan..tp mmg barang2 tuh ada sentimental value tuh..hehe

azzey said...

dulu kelam kabut cr disket nak save file....skrg x yah susah2 bluetooth terus jerk....Dulu nak wat kotak ke jadual ke....guna formula ctrl + alt + bla2.......skrg excell dah makin advance ..klik je siap....haiiii zaman dah maikn maju kannnnnnn

Mohd Adziim said...

Benda-benda lama yang kadang-kala dirindui.