Pages

Friday, May 14, 2010

Malaysia Kalah Separuh Akhir Piala Thomas (Malaysia 0 China 3)

Malaysia telah dikalahkan oleh China pada perlawanan separuh akhir piala thomas yang diadakan pada hari ini, 14 Mei 2010. Malaysia 0 China 3.

Keputusan penuh adalah seperti berikut:
  • Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan 17-21, 8-21

  • Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tewas kepada Cai Yun/Fu Haifeng 15-21, 10-21

  • Wong Choong Hann tersungkur kepada Chen Jin 17-21, 6-21
Nampaknya pada perlawanan kali ini, semua tiga perlawanan tidak menang satu set pun dan of course perlawanan keempat dan kelima tak perlu memandangkan China telah berjaya memungut 3 mata. Apa-apa pun, jangan kita rasa sangat marah kepada pemain tapi nak rasa kecewa sikit-sikit tak apalah kan. Anyway Perlawanan akhir akan diadakan pada 16 Mei 2010 (Ahad) antara China dan Indonesia (telah menewaskan Jepun 3-1 di perlawanan separuh akhir)

4 comments:

encik tikus said...

Kecergasan menjadi faktor utama kita kalah. :(

nashue said...

yeah...sudah takdir...apapun tahniah kepada semua pemain & jurulatih pasukan Malaysia

et said...

derang dah usaha.xpe2.xde rezeki.nanti2 la kot.

Mohd Adziim said...

Banyak lagi perlu diperbaiki sebelum Malaysia boleh rampas kembali Piala Thomas.