Pages

Sunday, May 30, 2010

Sinopsis / Ringkasan Cerita 2 Alam (Dr. Rozmey)


Pernah tak anda tengok iklan di dalam akhbar terutamanya Kosmo yang menayangkan temuramah dengan hasil karya sulung dR. Movie Production, Datuk Dr. Che Rozmey Che Din. Filem ini mensasarkan kutipan RM20 juta. Sama ada ianya dapat dicecah atau tidak kita saksikan nanti, by the way, sebelum ini target mereka adalah RM12 juta. Ikuti sinopsis cerita ini.

Kutipan Filem Melayu (2000-2008: sumber-FBR)

1. Lagi - Lagi Senario - RM6.33 juta
2. Jangan Pandang Belakang - RM5.78 juta
3. Cicakman - RM5.15 juta
4. Duyung - RM4.7 juta
5. Senario The Movie : Episode 1 - RM4.6 juta
6. Evolusi KL Drift - RM4.5 juta
7. Congkak - RM4.5 juta
8. Gerak Khas The Movie - RM4.4 juta
9. Senario Lagi - RM4.37 juta
10. Cinta Kolestrol - RM3.82 juta

Filem terbitan DR Movie Production, 2 Alam akan mengajak penonton kembali merenung diri, kenal diri, kenal Pencipta, kenal dunia yang hanya sementara, siapapun kita, hakikatnya kita adalah manusia.

Filem bergenre seram ini memaparkan kejelekkan sifat manusia yang lupa diri menggunakan ilmu yang dituntut, agama yang dianuti untuk kemahuan diri, mengikut tuntutan hawa nafsu melakukan perkara keji, jelek hanya kerana tuntutan nafsu duniawi.

Akibat gagal mengawal diri, ilmu tinggi yang dituntut tidak mampu menjadikan Amy lakonan Suhaila Salam manusia yang berguna lantas menjadi anak derhaka.

Amy menjadi umat yang mensia-siakan diri. Bukan hanya Amy, malah dia mencalitkan dosa dan noda kepada rakan-rakan dan sesiapa yang mendampinginya.

Lantas dunia adalah segala-gala baginya, walaupun pasti masuk neraka. Tiada beza bagi Amy kerana merasakan dunia dia yang punya.

Akibat dosa yang terpalit, rahsia terbongkar, maruah diri dihina. Amy menjadi tuan pada diri, menjadi hakim pada diri, ambil nyawa sendiri dengan membunuh diri.

Itulah sedikit sebanyak mengenai citer ini. Filem hasil karya dR. Rozmey, baru sahaja mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan menemui peminat tidak lama lagi. Sebelum ini ianya dijangka pada 27 Mei 2010 tapi tak dapat ditayangkan oleh sebab-sebab yang tertentu. Untuk sinopsis (credit: anizyn)

7 comments:

velasrizal said...

tak tahu nk kata apa..sedangkan pengiat utama filem mcm yusuf haslam, KRU, dan David Teoh pn nk capai jua pn susah inikan pula pendatang baru mcm dia ni..

Donald Duck Yang Tak Senonoh !

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

nak tengok gak hasilnya~

Chukang cam ok~

=)

Anonymous said...

huiihhh! macam dasat je bunyi cerita ni. memang kt mana2 pun dgar gak org dok sebut pasal filem ni...

Adziim said...

tk brapa nk amik pduli sngt crita genre bgini.

Solehah said...

cam dah biasa ja kan cerita mcm ni..tlalu tinggi dia punya sasaran.

azzey said...

Sharinginfoz: mmg dah 1-2 minggu ni plan nak tengok cite ni....mcm best je ngan promosi kat media massa.....tp best ke?

peaNut said...

mmg ada dgr sok sek sok sek iklan psl cta ni kat radio ERA...tp xtau plak dh mula show ke belum cta ni...bdasarkan sinopsis yg sharinginfoz tulis ni..mcm best gak cta ni...msti byk pengajaran