Pages

Thursday, May 13, 2010

Taraf Pendidikan Vs Pengalaman Kerja

Hmmm dalam hidup ni banyak pilihan yang kita kena buat kan. Tapi tak semua pilihan yang kita buat adalah terbaik untuk kita. Tapi kali ini nak citer mengenai yang mana satu lebih baik, taraf pendidikan ataupun pengalaman kerja.

Memang benda ni cukup subjektif kan. Setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dan kita tak boleh cakap yang mana satu betul dan yang mana satu tak betul. tengok keadaan kan dan jenis pekerjaan. Ada pros and cons setiap satu.

Taraf Pendidikan

Yang ni penting ni sebab kalau tak ada certain education background tak boleh nak masuk alam pekerjaan. Tapi apakah yang minimum, i.e. SPM ke, Diploma ke, Degree ke atau sebagainya. Ianya bergantung kepada pekerjaan yang kita nak mintak kan. Contohnya kalau nak kerja sebagai operator pengeluaran, SPM dah cukup dan kalau nak jadi eksekutif kat bank rasanya diploma pun dah cukup.

Tapi kalau nak tinggi lagi kenalah ambil degree kan. Tapi kalau tengok data-data yang ada, memang ramai sangat yang dah ada i.e. degree dan persaingan sangat sengit kan. Apa yang penting minimum requirement kenalah ada even tak dapat kerja lagi ilmu yang kita ada tu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan lain. Betul tak?

Ramai juga yang berjaya tanpaa taraf pendidikan seperti yang kebanyakan orang kejar kan. So mesti that kind of person cukup special? Fikir-fikirkan le....

Pengalaman Kerja

Pengalaman pun cukup penting contohnya kalau nak kerja tempat lain, so kalau kita dah kerja lebih 5 tahun kat tempat lama so nak masuk tempat baru tu tak ada masalah sangat. Contohnya kita ada diploma dan pengalaman kerja dah lama berbanding dengan seorang lagi ada degree tapi tak ada pengalaman. So yang mana satu pilihan management?

Sebab daripada pengalaman kerja le kita tahu selok belok mengenai benda yang kita lakukan. Perkara-perkara ini tidak diajar di sekolah ataupun universiti kan.

Tapi kan, even though kita ada certain pendidikan ataupun pengalaman, ianya tak cukup lagi kan sebab peribadi kita pun penting, i.e. macam mana pergaulan kita dengan orang lain, cara kita bercakap, macam mana kita punya leadership skill, cara menyelesaikan masalah dan sebagainya... Apa-apa pun buat yang terbaik dan sentiasa memperbaiki diri kita.

13 comments:

maslinamansor said...

Pendidikan + Pengalaman, kalau ada dua-dua nie... package yang bagus...

ZaridaIshak said...

hmm... kalu utk kerja kat gov yg pentingnya pendidikan, kalo kerja private boleh ambil kira pengalaman... kalo kerja sendiri... mana2 pun boleh...

Artzlizan said...

dedua tu ilmu...kena seiring sama banyak...

joegrimjow said...

tengok sikap
pendidikan tinggi
sikap kurg ajar
last2 kena pecat jugak

pengalaman banyak
sikap terok xnak ubah2
last2 xleh tahan lama juga

qamarguyz said...

salam ziarah..
agreed with u..
nak2 zaman sekarang, persaingan agak kuat..mana yG lebih baik dr setiap aspek, itu la yG terbaik

Adziim said...

Susah sekarang nak cari kerja.

CGPA sekarang at least nak 3.5 ke atas.
Dan selalunya dia mintak yang sudah ada pengalaman kerja(ini part bermasalah, beri peluang kerja pun tidak so macam mana nak ada pengalaman kerja. Kurang2 dia minta pengalaman kerja setahun)

Part peribadi tu mestilah diutamakan.

Edda said...

hurmm.. edda nnt nak keje ape la..=(

Ms Write Addict said...

taraf pendidikan penting untuk dapat gaji basic tu..penentuan..then pengalaman tu yg memahalkan lagi utk demand ( in future ).. tapi apa2 pun, pembawakkan diri dlm dunia pekerjaan tu yg menentukan semuanya..

ENCIK TIKUS said...

Tapi seriusly saya tengok sekarang banyak yang nak pakai ade pengalaman..


Jemput ke blog saye :D

azzey said...

pendidikan diiringi pengalaman ; pengalaman ditemani pendidikan = VERY GUD !!!!!!

tunbegia said...

salamm n thanx singgah blog haku,

Redbloodsnow said...

haaa agree dgn maslinamansor..hehe

Relevan said...

Pendidikan + Pengalaman sama sama perlu..bagi orang lama pengalaman amat diperlukan..

ambil contoh sebagai saya.. Jawatan yang saya pegang sekarang ini memerlukan diploma..tapi saya dapat jawatan ini dari bawah..kalu ikut pendidikan saya amat tidak logik..sebab SRP saya pun kandas..