Pages

Wednesday, May 12, 2010

Tahniah Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas (Malaysia 3 Denmark 2)


Tahniah Malaysia layak ke separuh akhir Piala Thomas setelah berjaya menumpaskan Denmark dengan keseluruhan 3-2. Tahniah kepada pemain terutamanya Muhd Hafiz Hashim yang berjaya mengalahkan Joachim Persson dengan 2 set (21-12 dan 21-10) pada perlawanan penentuan setelah sebelum ini Malaysia terikat dengan Denmark 2-2.

Sebelum ini keputusannya ialah 2-2 iaitu:
  • Lee Chong Wei menewaskan Peter Hoeg Gade:
    21-17, 21-17
  • Koo Kien Keat/Tan Boon Heong kalahkan Carsten Mogensen/Mathias Boe,:
    21-17, 21-19
  • Wong Choong Hann kalah kepada Jan O Jorgensen:
    20-22, 21-16, 18-21
  • Zakry Abdul Latif/Hoon Thien How tewas kepada Lars Paaske/Jonas Rasmussen: 26-24, 12-21, 19-21
Di peringkat separuh akhir nanti Malaysia akan menentang China.

4 comments:

ENCIK TIKUS said...

Harap Malaysia dapat bawak balik Piala Thomas dekat rakyat Malaysia :D

rasp said...

masa tengok tadi,
hati i dagdigdug je hahahaha...
congrats! go malaysia go....

velasrizal said...

misi besar tumbangkan tembok besar China tu..

icee-yah said...

bagusla..tapi sedih tgk berite yang pemain kena boo tu..