Pages

Monday, May 24, 2010

Jom Tengok Harga Terkini / Semasa Kereta 2010

Sebelum nak citer pasal harga kereta bagi tahun 2010, ni nak kongsi mengenai jumlah kereta yang telah dijual bagi suku pertama ataupun 3 bulan pertama 2010. Anyway data ni dapat from newspaper the star.

Memang tak dinafikan proton saga menjadi pilihan rakyat malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 19,619 unit dan seterusnya kereta perodua myvi, 18,011 buah. Bagi kereta non-national pulak, kereta pilihan ialah toyota vios dengan 7,654 unit.

Yang kat atas tu senarai harga bagi national cars. so kalau anda nak buat perancangan beli kereta buatan nasional bolehlah fikir-fikirkan ya. anyway harga kereta ni berdasarkan the star bertarikh 23 Mei 2010. so kereta national yang paling murah ialah perodua viva 660 BX (M) dengan harga RM24,900 dan ianya sebanyak RM6,600 lebih murah daripada the cheapest proton's car iaitu saga 1.3 (Manual) N-line iaitu RM31,500.

Kereta paling mahal keluaran perodua ialah Alza 1.5ZHP (A) advanced (metallic) iaitu just below RM70,000 (RM69,990). Memang kelakar kan RM10 lagi jadi RM70,000. Itulah dinamakan marketing strategy.

Bagi kereta proton pulak yang paling mahal jatuh kepada Perdana 2.0 V6 (enhanced 3) (metallic) yang berharga RM101,500.25.

Yang ni bagi kereta non-national. Toyota Vios menjadi kereta bukan keluaran tempatan yang menjadi pilihan rakyat malaysia. Toyota banyak mengeluarkan vios, tengoklah ada 5 variasi. Yang paaling murah ialah vios 1.5 J (M) berharga RM71,990 dan yang paling mahal ialah vios 1.5 TRD Sportivo (A) berharga RM92,000.

So untuk harga kereta yang lain bolehlah besarkan gambar tu. Apa-apa pun belilah mengikut kemampuan anda. jadilah pengguna yang bijak. satu lagi untuk mendapatkan harga terkini bolehlah check dengan agent kereta masing-masing. kat sini hanyalah sekadar untuk information aja.

15 comments:

~ain said...

Ini entri KASI BAKAR untuk cik abang saya ni... dahlah mamat tu tengah bengang ngan kereta dia skrg ni... hahahaha

Sky8Men said...

info yg bgs... =)

ENCIK TIKUS said...

mak saya baru je beli kancil second :D

Solehah said...

tq kongsi..

Hazirah Barakbah said...

bangga ada saga. haha. info yg menarik. nk honda civic!! :)

oya said...

honda city..yeah!
BMW..bape..hehe

Cikgu Dahlia said...

thanks 4 the info..

tp kan,napa sikit sgt ek org pakai HONDA CITY? baru igt nk sambar sebijik..huhuh

emily said...

info terbaikkkk~~~
sesuai utk org2 yg tgh survey nak beli kereta apa...
huhuhu...

velasrizal said...

rasanya dah blh la gadai moto aku lps ni..

Jersi Baru Barcelona Musim 2010 / 2011 !

Relevan said...

Tak boleh belah lagi nak tukar kereta..

~aSHa~ said...

teringin dan sdg usha grand livina...

tapi bila pk balik..nanti tak dpt nak rasa mcm keadaan skrg ni...free hutang

icee-yah said...

abah..cepatlah belikan kereta untuk sy:P

maslinamansor said...

mas baru tahu yang Alza dan Ezora hampir sama harga walaupun keluasannya berbeza....

Terigin nak ada kereta sendiri tetapi xreti memandu walaupun ada lesen....

azzey said...

yeah...Honda City tetap di hati...hu3 (dah itu yg kita bawak ari2)....nk beli lagi x bp nak mampu..hu3....

Adziim said...

thanks for the info