Pages

Thursday, May 6, 2010

GST: Apa pandangan anda?

Hmm ramai orang citer mengenai goods and services tax (GST) or dalam bahasa malaysia ialah cukai barangan dan perkhidmatan. Anyway, kerajaan bercadang untuk mengenaikan GST pada kadar 4%.

Secara mudahnya jika satu barang tu berharga RM100, selepas GST ianya akan menjadi RM104. Maknanya terdapat kenaikan harga. wait........ Tapi bukan semua benda yang kena GST, i.e. barangan dan perkhidmatan asas adalah dikecualikan cukai tersebut, sebagai contoh, gula, garam, ayam, daging, elektrik, air dan macam-macam lagi.

Tapi barang-barang yang bukannya asas akan dikenakan GST. Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk memberi kerajaan income dan tak hanya bergantung kepada pendapatan hasil daripada minyak (Petronas).

Mengikut Timbalan Menteri Kewangan, sudah 146 negara di dunia mengenakan GST termasuk Indonesia dan Vietnam. Di samping itu, dianggarkan dengan pengenalan GST kadar inflasi keseluruhan akan menurun kepada 0.1%.

Apa-apa pun diharap ianya tak membebankan rakyat dan kadar 4% tu tak akan naik lebih lagi di masa akan datang.

4 comments:

Anonymous said...

olo...nak bagi duit kt gomen lagi ke?duit orang atasan tu..menteri2 tu, x leh ke nak hulur...?alahai...nyampah plak sume nak kena tax...

ENCIK TIKUS said...

Betul,minx cukai tak di naik kan lagi.hmmmm

rasp said...

asalkan tak membebankan kita takpe lah...
jangan plak now 4% next year naik 6%...
tangga gaji, insentif utk pekerja cepat2 lah naik gak iye *ihiks*

Adziim said...

Bagus dari segi memberi pendapatan kepada kerajaan cuma diharapkan bukan digunakan untuk tambah gaji para menteri, harapnya digunakan untuk kebaikan rakyat sepenuhnya.

Pasal isu naik lebih lagi itu sukar diperkatakan. Maklumlah kerajaan, pemimpin,menteri, parti politik yang kadang-kadang saya lihat kurang stabil....apa-apa pun boleh berlaku cuma masa mungkin ambil bertahun-tahun baru dinaikkan.