Semalam cuti kan sempena Hari Wesak, so kitaorang sekeluarga lepak kat Taman Tasik Perdana (Lake Gardens), Kuala Lumpur. Sampai kat sana lebih kurang pukul 8.00 pagi, memang ramai orang, nasib baik ada parking (kereta keluar).
Kat sini ada dua tempat permainan kanak-kanak (playgrounds), yang dekat bulatan tu memang ramai sebab kat sana semua orang parking, yang satu lagi tak ramai.
Ada gak air pancut (fountain) kat situ, so masa tu dah panas, so paksa guna Danish dan Afiqah bergambar. Anyway Danish tak berapa sihat batuk aja, nasib baik exam pertengahan tahun dah habis hari khamis lepas.
Hmmm posing dalam kerangka kereta ni. Memang happy sangat Danish, konon-kononnya dapat bawa kereta sendiri le, bagi chance le drive car kan.
Afiqah biasalah pantang tengok swing nak main aja. Tak kisahlah janji happy kan. Hmmmm mak bapa pun tumpang sama, tapi be careful kan tak pasal-pasal kena halau kat guard kat situ.
Kat playground tu ada gak diaorang letak "fantasy planet", hmmm yang ni reading's corner, ada story le, tapi tak sure berapa orang baca benda alah ni. Tapi it is ok, nak galakkan budak2 baca kan, kat mana-mana pun boleh.
Yang ni memang seronok, "
pedal boat", alah yang kita kayuh dengan kaki tu. Memang murah hanya
RM3.00 aja untuk setengah jam untuk satu boat tu. Ingat untuk dua dewasa aja satu bot tu tapi kalau yang macam kitaorang just nice le, sebab 2 adults dan 2 kids.
Mula-mula Danish tak nak naik so paksa juga naik, cakap kat dia, lepas naik naanti kita balik then boleh main komputer. Tapi lepas naik dia seronok pulak, so tanyalah apasal takut naik, then dia jawap, ingatkan tak pakai jaket, kalau ada benda alah tu OK le.
Afiqah macam biasalah adventurous ok aja. So dia cakap lain kali kitaa naik lagi ya. No problem, girl.
Ni kitaorang naik shuttle (syatel), alah kereta yang ada "gerabak" macam train tu. yang ni diaorang pusing satu taman, memang enjoy juga boleh tengok pemandangan selepas penat berjalan-jalan kan, ianya lebih kurang 10 minit++.
Afiqah siap nyanyi, hop, hop, hop, jump, jump, jump, happy one rabbit, one two three four five, six seven eight nine ten, ten happy one rabbit, run, rabbit run, run, run......(
entahlah just type afiqah nyanyi, anyway, ni colour pink requested by Afiqah, dia cakap senang sikit)
So inilah benda yang saya nak cakap mengenai tajuk di atas tu. Naik syatel ni memang cukup-cukup murah, just imagine, untuk dewasa 50 sen then untuk kanak-kanak hanyalah 2o sen aja. So satu family (2 dewasa 2 kanak-kanak) surprise, surprise
RM1.40 aja. Hmmm, rasanya dengan tiket ni nak beli nasi lemak pun tak lepas kan.
So simpan le tiket-tiket ni untuk kenangan. So tengok tu naik pedal boat, RM3.00 untuk setengah jam, naik shuttle hanya 20 sen dan 50 sen untuk kanak-kanak dan dewasa. Mana nak dapat fees macam ni kan kat Kuala Lumpur.
By the way, syatel tu ada 10 tempat diaorang stop antaranya, rumah sampan, taman kancil, masjid negara dan taman orkid / taman burung. Anyway really had a good times together.