Pages

Wednesday, October 20, 2010

Sewa Akaun Bank dan Kad ATM?

Credit: legaljuice

Ada juga kan kes-kes sindiket yang "menyewa" akaun bank dan juga kad ATM bagi tujuan penipuan. Terbaru, thestar melaporkan bahawa seorang pelajar "rented out" akaun bank dan juga ATM card sebanyak RM80 sehari dan akhirnya dia dituduh menipu.

Konon-kononnya, sindiket ini menyatakan bahawa akaun tersebut digunakan bagi tujuan perniagaan tetapi dia hanya telah menipu orang ramai dengan "penjualan barang yang tidak ada".

Yalah sekarang ni banyak kan aktiviti penjualan barang2 kat internet then orang yang nak membeli barang akan memasukkan duit dalam akaun bank then bila dapat duit dioarang akan keluarkan duit menggunakan kad ATM. So lepaslah dia sebab bank account orang lain yang digunakan.

By the way, student tersebut tidak pun dapat apa-apa dari "sewaan" tersebut. So berhati-hati lah jangan sesekali membiarkan orang lain menggunakan bank account or ATM kita even ada orang berjanji akan membayar dengan harga yang lumayan.

16 comments:

ardinihumaira said...

yang penting jangan sesekali bagi kad atm kita pada orang lain

shahrilhakime said...

kalo ikutkan banyak company yang buat macam ni......deme takde akaun ateh name company sendighi....tapi disebabkan nak buat jugak projek yang deme dapat.....deme bukan je sewa akaun....kad atm.....malahan name syarikat pun deme sewa.......

Yatre Hayati said...

erm mcm ni pown ada ek. bahaya-bahaya

Qib said...

tAakut la skrang. macam macam , isk


Check out on these:!

Latest entry di:
Present
Lagu Nangis
Ciri bini idaman

sahromnasrudin said...

takutnya..zaman penuh pancaroba huhuhuh

abigemok said...

aku tak akan sesekali bagi pinjam kad atm except org tertentu... huhuhu

velasrizal said...

ada gak sindiket cmni plak

sw33tdarling.com said...

macam2 akal nak menipu kan.... kena hati2 dan jgn lalai

maslinamansor said...

zaman sekarang orang dah cerdik pandai bab2 tipu muslihat...

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

mcm ni pun ada yea...

Relevan said...

Jadi berhati hati lah justeru itu..taktik penipuan yang semakin berleluasa..

AngahSayang2314 said...

macam2 kena berhati2 lepas nie kan??

nun beauty empire said...

sekarang ni mcm2 leh berlaku...huhuhuhuhu

eelobor said...

manusia cukup ligat kepala otak bila nak menipu

Anna Boleyn said...

'panjang akal' org2 sekarang. huhu

azzey said...

Sharinginfoz; kita jgn mudah pecaya....