Pages

Saturday, October 9, 2010

Keputusan Terkini Piala Malaysia 9 Oktober 2010 (Perlawanan Akhir Peringkat Kumpulan)

Keputusan piala malaysia setelah tamat perlawanan:
  • Negeri Sembilan 3-1 PKNS
  • KL Plus 0-4 Kelantan
  • Pahang 1-1 Sabah
  • Kuala Lumpur 1-2 Terengganu
  • Kedah 4-0 ATM
  • Perak 0-1 Johor FC
  • T-Team 1-1 Felda United
  • Perlis 0-2 Selangor
JADUAL PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA.


PREVIOUS ENTRY


Sabar ya keputusan terkini Piala Malaysia akan diketahui setelah perlawanan tamat nanti. Kedudukan terkini dan jadual perlawanan setakat hari ini adalah seperti kat atas ya.

  • Kumpulan A
    Negeri Sembilan sudah pun layak untuk ke pusingan suku akhir dan penentuan satu lagi pasukan adalah berdasarkan perlawanan Kelantan vs KL Plus dan PKNS vs Negeri Sembilan. On paper, Kelantan mempunyai kelebihan sekurang-kurangnya perlu seri manakala PKNS nak tak nak kena menang dengan jaringan yang sangat besar dan mengharapkan Kelantan kalah. Even kalau kelantan seri dan PKNS menang, ianya tak semestinya PKNS boleh melangkah ke pusingan seterusnya. Manakala KL Plus sudah tiada peluang lagi untuk ke perlawanan 8 kumpulan nanti.

  • Kumpulan B
    Tiada satu pun pasukan dalam Kumpulan B layak lagi setakat hari ini dan peluang Kuala Lumpur sudah tertutup. Persaingan dalam kumpulan ini sangat sengit dan masing-masing kena menang. Tiada istilah seri. Perlawanan yang hebat dijangka di antara Pahang vs Sabah yang mana berada di kedudukan dua teratas.

  • Kumpulan C
    Saya tak tahu sebab apa orang cakap Johor FC sudah menempah ke suku akhir. Kalau Johor FC kalah dengan Perak manakala Kedah menang besar dengan ATM, Perak dan Kedah akan melangkah ke pusingan 8 pasukan. Apa pandangan anda mengenai Kumpulan C.

  • Kumpulan D
    Selangor memang dah sah sebab mereka sudah menang semua perlawanan dan mengumpul 15 mjata penuh. T-Team perlu mendapat menang dengan perbezaan jaringan yang sangat besar dan mengharapkan Perlis dibelasah teruk oleh Selangor bagi membolehkan mereka meneruskan ke peringat semi final yang akan berlangsung pada 12 Oktober nanti.
Sama-sama le kita tunggu keputusan perlawanan Piala Malaysia nanti. Semua kena main dengan sebaik yang mungkin. Good luck semua kepada pemain dan juga penyokong. Di samping kita tengok Commonwealth Games, tengoklah piala malaysia juga ya.

8 comments:

velasrizal said...

harap2 pahang menang mlm ni..

hamzah ian said...

nice

nur said...

glory2

ALL IN ONE

Adziim said...

Dah jadi blog review sukan.

fizi said...

kedah jumpa t'ganu kat suku akhir, betul x?

Teh Tarik Drinker said...

go sabah! :D

tehtarikmemoirs.com

Relevan said...

Hidup Pahang!

fizi said...

kelebihan untuk kedah sabtu ni... org2 kedah jgn lupa penuhkan SDA...