Pages

Tuesday, October 19, 2010

Cuti Bersalin 90 Hari: Komen@pandangan Bajet 2011

Of course sekarang ni musim membincangkan bajet 2011. At least sebulan bercerita mengenai impak ke atas rakyat dan for sure ramai yang akan membincangkan dan masing-masing akan memberikan komen dan pandangan tersendiri.

Yang nak bercerita ni mengenai cuti bersalin untuk kaum wanita:

"Sememangnya pun, Kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan. Bagi menambah baik kemudahan cuti bersalin kepada penjawat awam wanita, Kerajaan memberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari pada masa ini. Kemudahan tersebut adalah tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan Cuti Bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan."

Secara ringkasnya cuti bersalin adalah mengikut perancangan penjawat awam wanita yang mana boleh ambil maksimum 90 hari sekali bersalin tapi tak melebihi 300 hari. So kalau bersalin 3 kali ambil maksimum 90 hari dah guna 270 hari. Then untuk anak yang ke 4, maksimum boleh ambil ialah 30 hari dan yang selebihnya cuti tanpa gaji. So rancanglah betul-betul cuti anda.

18 comments:

Relevan said...

Ok lah tu cuti bersalin bagi wanita 90 hari..janji gaji jalan..

azzey said...

Sharinginfoz: bagus cuti bersalin yg 90 hari tu.....

ardinihumaira said...

kalau begitu, lebih baik ambil cuti 60 hari je boleh gaji penuh untuk 5 orang anak kan...;)

sahromnasrudin said...

lg 1, untuk sang suami tak ditambah ke?? nanti sang suami lepas tangan plak " ala..u cuti 90 hari..u la jaga anak..i dpt 7 hari je" huhuhuhhu

*Tinie* said...

OOOOO camtu ke ..baru faham....

oya said...

ok la tu..lebih2 lg pd yg 1st time pregnant..sbb nk tinggalkan anak x snggup kan..

Unknown said...

setuju juga dgn cuti ni. tp kaum ibu kena pandai rancang cuti lah.

rasp said...

nak tukar opis masuk kerajaan lah...
dah byk faedahnya :)

sw33tdarling said...

patut kena tambah laa 330 hari sepanjang perkhidmatan... baru laah yg ke-4 tu 60hari, dah jadi ibu expert...

anyss said...

Salam,
Jumlah cuti keseluruhan sama je, 300 hari...hanya boleh tambah jadi 90 hari tiap kali bersalin je...tu pun kalau anak tak berapa nak ramai. Kalau dah 7...memang kena tanpa gaji ler kan ;)

Untung kepada org yang limitkan jumlah anak...rugi kepada orang yang anggap "anak adalah rezeki"...
Lagi rugi bagi yang tak ada anak @ belum tentu akan ada anak ;)

nur said...

aik suami pun nak cuti jugak ke.. ok dah tu cuti bersalin untuk ibu =90 hari dengan gaji..
ALL IN ONE

Hairil Rizal said...

Fleksibiliti itu sgt dialu alukan.

Skrg terpulang utk individu merancang semuanya...

Mummy ZaraZarif said...

sgat setujuuu..sbb sy tgh preggy skrg...huhu

Anonymous said...

bila dikuat kuasa yer? kalo saye bersalin bulan depan, dapat ke 90 hari dimaksudkan tu?

Sharinginfoz said...

anon: tak sure pulak, tapi saya rasa bermula 1 januari 2011. any info?

Anonymous said...

mmm...ada kwn sya kakak dia wat draf pekeliling tu kata cuti kuatkuasa 15.10.2011.
tapi pekeliling smpai skg blom kua2 lg...
nape ek??

Anonymous said...

15.10.2011? kuatkuasa hujung tahun depan ke? lama lagi la.... maksudnya pekeliling memang akan keluar lambat la ni... saya dah bsalin seminggu yang lepas, nampaknya tak dapat la extend cuti ke 90 ari... aik ingat nak balik kampung~~~~ :(

Anonymous said...

a'a....15.10.2011.....mcm tak masuk akal jer.kalau 15.10.2010, boleh gak terima.paling lewat pun 1 jan 2011.cuba periksa balik.apa2 pun TQ.