Segmen kita minggu ini bersama shahromnasrudin @Probitas Et Fides. Ramai yang kena blogger shahrom ni. Memang cukup rajin blogwalking dan juga komen kat blog.
Entry pertama adalah pada 28 May 2009 dan sekarang ni mempunyai 215 followers. Mengikut profil, shahrom secara ringkasnya:"Seorang pemuda yang berasal dari Klang, Selangor. Dilahirkan pada 18 Julai 1981 dan sudah berkeluarga. Bersekolah di sebuah "high school" di Klang. Kini, berkelana di selatan tanahair."
Memang banyak dapat awards dan menunjukkan shahrom ni memang seorang yang dikenali oleh bloggers dan dihargai usaha berblogging.
Suka dengan entry ni mengenai "tidur waktu tengah hari". Saya pun suka, lepas aja bangun rasa segar tetapi jangan terlebih tidur sudahlah.
Rasanya shahrom memang hardcore peminat selangor ni. Memang dia happy betul bila selangor dapat menjadi juara liga super 2010. Banyak juga entries mengenai sukan terutamanya bola sepak.
Entries mengenai makan pun ada kat sini. Apa lagi kalau tak nasi lemak, makanan kegemaran rakyat malaysia. Nak tahu macam mana nak buat nasi lemak apa lagi terjah ya.
Nanti nak masuk musim cuti sekolah kan. Banyak kemalangan yang terjadi kan? So hati-hati di jalan raya.So nak tahu lebih lanjut jom terjah shahromnasrudin.



























