Ini semasa pertama kali setelah memasuki rancangan pencarian Imam Muda, asyraf dan isterinya berjumpa. Kiranya hampir 10 minggu diaorang tak berjumpa.
Kelihatan begitu ceria imam muda asyraf dan isterinya Nurhusna Yusof yang datang from Pulau Pinang menjemput beliau ke kampung halaman.
Yang ni gambar setelah menyelesaikan tugasan di kampung halaman dan perpisahan sementara waktu lagi bagi meneruskan cabaran seterusnya.
Tidak seperti imam muda asyraf, imam muda hizbur balik ke kampung halaman di Baling tanpa diiringi oleh isterinya, Liliyana Hasanah Yudi. Of course seperti pasangan lain, boleh dilihat kemesraan mereka, saling pandang memandang antara satu sama lain.
Memang pakaian yang sedondon. Semoga berbahagia sehingga ke akhirat. Itulah impian setiap pasangan, bukan hanya di dunia, bukan sehingga akhir hayat tetapi untuk selama-lamanya.
Ini sebelum perpisahan buat sementara waktu bagi meneruskan cabaran seterusnya.Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Asyraf, Imam Muda Hizbur, semua Imam Muda, tenaga pengajar (pengetua dan mentor) dan semua yang telah menjayakan rancangan ini. Semoga imam-imam muda ini dapat menjadi contoh terutamanya kepada golongan-golongan muda sekarang kerana pada masa ini cabaran sangat kuat dan banyak kes-kes yang melibatkan moral negatif melandai Malaysia sekarang.































