Pages

Saturday, November 13, 2010

Keputusan Live Malaysia 0-3 China: Perlawanan Bola Sepak Sukan Asia 2010

MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN 16 PASUKAN: MALAYSIA VS IRAN

Keputusan Live Malaysia vs China:
  • Keputusan muktamad Malaysia 0-3 China

  • 90": 5 minit masa tambahan

  • 82": China menjaringkan gol ketiga dengan sepakan penalti walaupun Fahmi hampir menyelamatkan gol tersebut. Malaysia 0-3 China

  • 81": S Kunanlan dilayangkan kad kuning kedua dan automatik kena kad merah dan dibuang padang, so Malaysia bermain dengan 8 orang. China dihadiahkan penalti

  • 79": S Kunanlan pemain terbaru Malaysia dikenakan kad kuning

  • 78": Entahlah sukar nak cakap, Muslim Ahmad, pemain pertahanan Malaysia dikenakan kad kuning. Dah berapa banyak le kad kuning dilayangkan rasanya dah 6, China belum menerima apa-apa kad

  • 73": Kad kuning lagi untuk Malaysia, Asraruddin Putra akibat tackle from belakang. Rasanya kad kuning yang ni memang satu keputusan yang boleh diterima

  • 70": Rohidan (pemain tengah) dikeluarkan dan digantikan oleh Faizal Muhammad (pertahanan)

  • 64": Amar Rohidan (Malaysia) dikenakan kad kuning dan tendangan percuma oleh Honglue (China) membuahkan hasil, kedudukan terkini Malaysia 0-2 China

  • 60": Jianbin menanduk masuk gol hasil tendangan percuma rakannya, keputusan Malaysia 0-1 China

  • Sekarang sudah 55 minit permainan, kedudukan masih seri 0-0, credit perlu diberikan kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi dan juga kepada semua pemain Malaysia yang bermain dengan cemerlang, terutamanya sama-sama bertahan dan sekali-sekala Chanturu dan Shahrul Idlan membuat serangan

  • Setelah 1 minit separuh masa kedua berlangsung, satu lagi pemain Malaysia, Norshahrul Idlan dikenakan kad kuning

  • Separuh masa pertama tamat

  • Tweets from:

    ariefsaid: Masih 0-0...china lwn malaysia....pengadil berat sebelah!

    khydir: Malaysia bermain dgn 8 org ketika ini sbb Nor Shahrul di rawat di luar padang slps di siku oleh pemain china .. 44 mins

    amirhalbakri: We shud invite this Aussie ref to Malaysia. We can repay the hostility. Opps, typo; hospitality

  • 31": Satu lagi kad kuning dilayangkan kepada pemain Malaysia

  • 25": Syafiq, ketua pasukan, juga dikenakan kad merah kerana membantah keputusan pengadil. So Malaysia bermain dengan 9 orang. Sekarang ni pengadil, BEN WILLIAMS perlawanan dari Australia menjadi tumpuan kerana mengeluarkan 2 pemain Malaysia

  • 24": Mahali dikenakan kad kuning kedua dan secara automatik ianya menjadi kad merah dan Mahali kena buang padang, sama ada akibat kekasaran aataupun tidak bersetuju dengan tindakan pengadil memberi throw-in kepada China

  • Setelah 8 minit permainan, penjaga gol China tidak lagi memegang bola, nampaknya Malaysia tidak membuat serangan dan banyak bertahan. Maybe strategi untuk dapatkan seri?

  • 1": Mahali Jasuli (Malaysia) dikenakan kad kuning akibat kekasaran. Nampaknya pengadil begitu tegas malam ni

Previous Entry
Keputusan Live Malaysia vs China: Perlawanan Bola Sepak Sukan Asia 2010 akan dapat kita saksikan sebentar lagi. Perlawanan kali ke-3 peringkat Kumpulan A menyaksikan Malaysia berdepan dengan tuan rumah. Ianya perlawanan yang sangat penting dan memerlukan sekurang-kurangnya seri bagi melayakkan ke pusingan seterusnya.

Sebelum ini Malaysia telah menewaskan Kyrgyzstan dengan 2-1 dan tewas lawan Jepun dengan 0-2. China sebagai tuan rumah for sure ingin meneruskan ke pusingan kedua setelah menang 2-1 lawan Kyrgyzstan di permainan kedua dan sebelum itu kalah kepada Jepun dengan 0-3.

Kalau diikutkan rekod melawan Jepun, Malaysia kelihatan lebih baik di kertas jika dibandingkan dengan China.

Sama-sama le kita saksikan keputusan live Malaysia vs China yang disiarkan secara langsung pada pukul 7.00 malam (waktu Malaysia) di Astro Arena channel 801. Adakah tahun 2010 akan penamatkan penantian Malaysia untuk ke pusingan kedua setelah berjaya last sekali tahun 1978 di Bangkok, Thailand?

13 comments:

eelobor said...

tak sabar tunggu nie. Insya Allah, Malaysia boleh menang

hans said...

moga Malaysia menang
amin

P/S : Filem - Filem Melayu Sepanjang November Hingga Disember 2010

ENCIK TIKUS said...

yeah actually tak tahu channel berapa, thanx for this info

oya said...

malaysia BOLEH

Azman Roslan said...

malaysia boleh!!

Ben Ashaari said...

masa untuk pasukan ini buktikan sesuatu ....

kEy said...

T__________________________T
MALAYSIAAA!!


wuuuuuuu.....reff ni....aduyai.....~
=.="

Bulan Purnama said...

yeargghh..seri 3-3

3 gol berbalas 3 kad merah..

hak hak hak

hazman aka species1980 said...

whoaaa.... sempoi laaa...laporan up to date.... lepas nie kita layan game MU LAK....

sahromnasrudin said...

pengadil bangang anak kepada bahlol..dah kene rasuah dgn china..pemain china menang tak bermaruah..dah rasuah pengadil kat bilik persalinan

velasrizal said...

klo ku de pistol mmg ku tembak ref tu

Relevan said...

Malaysia lagi Boleh!..

Asam Makruh said...

ref macam bewok... aduuu..