Last week tu pi buka
Akaun Emas-i di Kuwait Finance House (KFH). Sekali sekala buat something different kan.
Simpanan minima adalah 10 grams emas dan seterusnya kalau nak buat penambahan boleh beli lagi sekurang-kurangnya 5 grams.
Sebelum boleh buka akaun emas ni, kenalah buka akaun simpanan dulu yang mana deposit minima ialah RM250.
Memang simpanan @melabur dalam emas ni ada risiko turun dan naik. Sebagai contoh, hari beli tu RM139.27 satu gram tapi sehari selepas itu, harganya naik kepada RM139.87. So maknanya ianya peningkatan sebanyak 0.43% atau RM0.60 satu gram or RM6 bagi 10 grams. Tapi benda alah ni bukan untuk jangka masa yang pendek.
Ianya satu lagi alternative kepada simpanan biasa, fixed deposit (FD), unit trust, saham ataupun pelaburan lain.
Yang penting kita kena tahu tentang risiko dan juga features product tersebut. Sebagai contoh kena tahu makna buying price and selling price. Apa-apa pun, just nak explore benda baru. Kalau OK bolehlah fikir tambah lagi ke, kalau tak OK, biarlah dok kat situ kan.
Ni lah bentuk emas tu yang saya ambil gambar kat blog
jutawanemas. Boleh baca kat situ, kebaikan dan keburukan melabur dalam emas. By the way, saya tak ambil physical gold, simpan aja kat bank tu, bukan boleh buat apa pun tetapi sesetengah orang suka pegang benda alah tu, maklumlah lagi seronok kot dapat tengok ngan mata kita sendiri.
Apa-apa pun sebelum kita buat apa-apa keputusan di dalam hidup termasuk dengan pelaburan, fahami betul-betul kalau kita rasa selesa bolehlah berbuat demikian. Akaun emas-i KFH ini adalah akaun emas pertama yang berlandaskan Islam @Syariah di Malaysia.