Pages

Tuesday, October 26, 2010

Duti Import 300 Barang Dimansuhkan: Komen@Pandangan Bajet 2011

Satu lagi cadangan Kerajaan bagi memansuhkan duti import (5% hingga 30%) untuk 300 barang kegemaran pelancong dan rakyat tempatan. Antara barang-barang adalah:
  • Beg tangan
  • Kasut
  • Baju kanak-kanak
  • Bola golf
  • Bedak talkum
  • Syampu
  • Selimut
  • Cadar
  • Kemeja
  • Baju tidur
  • Pakaian dan pakaian malam
  • Seluar dan seluar dalam
  • Wangi-wangian
Rasanya yang ni lebih memberi impak terutamanya barang-barang harian yang sering diguna oleh rakyat terutamanya baju kanak-kanak, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam dan seluar dan seluar dalam.

Tetapi tak tahulah sebab barangan ni ialah untuk yang import dan kesannya terhadap demand akan diketahui nanti. Apa pandangan semua adakah ianya satu langkah yang baik ataupun ianya banyak memberi kesan positif kepada sesetengah pihak?

15 comments:

sahromnasrudin said...

salam..please la..kiter tak beli seluar dalam import..kiter beli seluar dalam cap ayam je..nape mesti barangan ini yang dimansuhkan cukainya?? sepatutnya pampers, susu anak yang dikawal bukan barangan mewah yang mak2 datin ini pakai..sy tanye sharinginfoz, adakah anda beli minyak wangi import setiap bulan??? tetapi anda beli pampers anak hampir setiap minggu kan??
ini semua untuk org kaya sahaja..bukan utk rakyat biasa mcm kita..
lg 1, pelancong tak beli barang tersebut kat negara kita..depa datang kerana negara kita sememangnya unik..sy kerja hampir 2 tahun di industri pelancongan..hanya pelancong indon dan india shj yg suka shopping brgn kat atas tue...pelancong lain tertarik dgn keindahan negara kita
p/s: jika komen ini agak keras, sila edit..TQ

ZaridaIshak said...

habis....
kalau dah hampir semua barangan keperluan yang diimport turun harga... macam mana dengan kempen barangan Malaysia pulak, sedangkan semua barang2 tu ada jugak keluaran tempatan kan?
Nampaknya pengeluar tempatan kena kerja keras untuk tingkatkan kualiti produk dan bukan kuantiti yang tak berkualiti...
sekian adanya.

ardinihumaira said...

errr..
dni nampak macam hanya untuk segelintir je.. sesetengah pihak... macam ianya untuk golongan atasan. walau duti tu diturunkan atau dimansuhkan sekalipun, barangan tu tetap mahal dan bukan kegunaan seharian golongan sederhana atau bawahan. nampak sangat ianya untuk ________. hmmm... tak tahulah.

ProfHariz said...

Secaranya lansungnya.. Dengan pemansuhan duti import ini menggalakan lagi warga malaysia membeli barang import berbanding barang malaysia

Relevan said...

Kelambu sudah murah harga..boleh lah kita berkelambu pula..

shahrilhakime said...

sorry to say.......macam cik Dni cakap....yang untung segelintir pihak je...... ape yang bagusnye untuk rakyat dengan penurunan duti impot barang impot ni???? kalau kate barang pilihan pelancong....baik die shopping dekat tempat dia....lagi murah....... pade awok....bagus kalo harga barang2 dapor yang diturunkan dan dikawal...

ZR said...

brg2 import di atas hanya dipakai atau dibeli beli pada hari jadi aje...atau ada event penting aje... bukan nak beli hari2....

azzey said...

Sharinginfoz: dpd pandangan kengkawan ....ada pro dan kontra nya kannn..

ENCIK TIKUS said...

bagus sangat lah tue di mansuh kan

hazman aka species1980 said...

ye laa.... kerajaan nak galakkan pelancong shopping kat malaysia nie....

kisahsensasi said...

hmmmm.... dan kalau tak silap harga rokok kat malaysia pun masih murah berbanding negara luar... huhuhu

AngahSayang2314 said...

kalau bagi angah heheh best nie.. mana bole layan..

aNiS tHe BumbleBee said...

yeah...tembolok dia je lah dia pikir...syabas!!

Anonymous said...

sebenarnyer barang-barangan di malaysia memang selalu murah......bila barang dah murah,rakyat malaysia jenis suka menawar.....padahal pulak penjual nie pulak.....bila masa tiba hari raya ker ,depavali ker....suka hati mereka nak naikkan harga.....
cuba tenggok dulu bila kerajaan naikkan harga minyak 10sen jer ,esok dapat tahu penjual,pemborong terus berusaha naikkan harga barang....alasan harga minyak naik.....kita balik pada rokok.....sebenarnyer orang yang menghisap rokok tuu memang orang banyak duit.....cuba fikirkan kerja punya lah penat....hingga tak cukup tidur kesihatan makan tak terjaga....tup-tup......ader pulak hisap rokok......rokok tu ader bahan yang akan merosakkan dalam badan secara perlahan-lahan.
itu semua pendapat masing-masing....sekian..maju jaya untuk malaysia....

Anonymous said...

benda ni atas inisiatif kejaan kita atau ekoran dari perjanjian ASEAN - China?