Pages

Sunday, December 5, 2010

Keputusan Liga Perdana Inggeris EPL: Minggu ke 16 (4 Disember 2010)


Credit: epsn

Keputusan Liga Perdana Inggeris EPL: Minggu ke 16 (4 Disember 2010):
  • Arsenal mendapat kemenangan menentang Fulham di gelanggan sendiri dengan 2-1 hasil jaringan dua gol Samir Nasri di minit 14 dan 75. Suka tengok gol yang kedua yang mana ianya menunjukkan kerjasama yang baik oleh Chamakh, Van Persie dan Nasri. Mereka tidak tamak, apa yang penting pasukan menang. Gol Fulham dijaringkan oleh Diomansy Kamara. Dengan keputusan ini Arsenal menduduki takhta liga setelah Chelsea seri dan permainan Manchester United ditunda

  • Chelsea gagal mendapat 3 mata di tempat sendiri setelah seri 1-1 dengan Everton. Didier Drogba mendapat gol hasil sepakan penalti manakala Everton menyamakan gol pada minit yang ke 86 menerusi Jermaine Beckford. Dengan itu, Chelsea berada di tangga yang ke-3, iaitu 2 mata di belakang Arsenal

  • Manchester City menang tipis 1-0 ke atas Bolton Wanderers. Carlos Tevez menjaringkan gol seawal minit yang ke 4 menggembirakan peminat tuan rumah dan sekaligus mengesahkan 3 mata penuh dan kekal di tangga yang ke-4

  • Perlawanan di antara Manchester United dan Blackpool terpaksa ditunda akibat cuaca yang sejuk dan salji