Pages

Friday, December 31, 2010

Siapa Penyerang Malaysia @Selangor, Mohd Safee Sali?

Inilah Mohd Safee Sali, salah seorang pemain yang menyerlah di dalam Piala Suzuki AFF 2010 selain daripada Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan Talaha dan juga Safiq Rahim. Memang tidak dinafikan bahawa penyerang Selangor ini banyak membantu Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama dalam 14 tahun sejarah perlawanan ini diadakan.

Semasa Piala Suzuki AFF 2010, Mohd Safee Sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dengan menjaringkan 5 gol.

Sebagai penerima kasut emas, Mohd Safee Sali mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang mencipta peluang kepada beliau. Jom kita tengok cerita mengenai Mohd Safee Sali di internet?
  • ondscene: Bertemu Mohd Safee Sali - Penjaring Terbanyak Piala Suzuki AFF 2010

    Banyak gambar menarik semasa temuramah di TV3 @Buletin Utama

  • Hazman: Pengurus Jose Maorinho & Sir Alex Ferguson berebut Safee Sali? Khairul Fahmi bakal pengganti Van Der Sar

    Tak tahulah mengenai jurulatih Eropah tapi nak tengok le pemain Malaysia bermain dalam pasukan luar negara

  • Natalie Hitz: Safee Sali - Malaysia's Top Scorer at the AFF Suzuki Cup

    Percakapan telefon antara Natalie (juruhebah radio Hitz.fm) dan Safee Sali setelah dinobatkan sebagai pejaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010
Anyway, sempena tahun baru 2011, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010.

Topik Hangat Minggu Ini @Google: Piala Suzuki AFF 2010

Jom kita tengok apakah benda yang paling banyak (peningkatan) orang cari kat google minggu ini (24 to 30 Disember 2010).
  • Top 4 adalah mengenai bola sepak Piala Suzuki AFF 2010. Keywords yang dicari ialah malaysia vs indonesia, aff suzuki, aff suzuki cup dan juga suzuki cup. So kalau bloggers tulis mengenai Piala Suzuki AFF 2010 ni, rasanya banyak mendapat hits minggu ini

  • Tak sangka pasukan kegemaran saya, Arsenal pun ada juga. Tapi tension setelah Arsenal seri 2-2 dengan Wigan pagi Khamis. Wigan bermain 10 orang untuk 10 minit terakhir dan Sebastien Squillaci (Arsenal) pula menjaringkan gol sendiri pada minit yang ke-81. Apa-apa pun persaingan liga masih terbuka luas; Manchester United, Manchester City, Arsenal, Chelsea dan Tottenham Hotspur
Sekali sekala tengok rising searches ni OK juga, boleh bagi idea topik apa yang tulis tapi ianya maybe sudah ramai orang buat dan juga maybe sudah basi.

Jom Pergi Bukit Tinggi

Nak cerita mengenai tempat-tempat menarik boleh kita lawati di Bukit Tinggi antaranya Colmar Tropicale, Japanese Village dan juga Taman Arnab. By the way, nak masuk ke Colmar dan Japanese Village ni, masa melalui pondok dengan kereta, pembayaran perlu dibuat di sini.

Bagi dewasa RM12 seorang dan kanak-kanak pula RM8 seorang.

Ni bila dah parking kereta, so kenalah jalan menaiki bukit, kan kita kat Bukit Tinggi so of course le tinggi kan. Penat juga naik benda alah ni, ada le lebih kurang 10 minit kot.

Japanese Village @Perkampungan Jepun ni adalah rumah-rumah Jepun dan kita boleh pakai pakaian Jepun untuk bergambar. Ni masa Danish bergambar dalam hutan tu, alah macam kat kampung le, ada pokok-pokok, buluh dan macam-macam lagi le.


Tengok tu ikan kat sini memang cantik-cantik, kalau tangkap dan bakar sedap ni.

Bunga kat dalam ni pun cantik juga, ni gambar yang in-law ambil, tengok bunga sebelah kiri tu, nampak serangga kat dalam.

Ni pula gambar kat Colmar Tropicale. Sebelum ini tengok kat internet gambar-gambar kat Bukit Tinggi, kali ini dapat tengok sendiri, memang cantik bangunan-bangunan ni, macam kat Perancis pula. Hmmmm, entahlah lupa pulak macam mana keadaan kat Perancis since lebih 10 tahun pi sana dulu tapi lalu macam tu aja.

Kebetulan masa pergi hari tu ada clown pulak, so budak-budak memang happy sakan le. By the way, gambar ni tak ada kena mengena dengan keluarga kami, just belasah aja gambar orang lain.

Jangan risau, kat sini memang surau disediakan untuk kita bersolat, ianya berada di tingkat bawah, ambil lift kat "Customer Service Inquiry", lebih kurang macam tu le. Tapi satu aja bilik solat ini berbau tidak menyenangkan sedikit tapi tak apa janji ada juga tempat kan.

Ni lah tempat mengambil wuduk. So tak nak komen banyak, gambar ni boleh ceritakan apa yang patut.
Akhir sekali kitaorang pergi ke Taman Arnab @RM3.00 seorang sama ada dewasa ataupun kanak-kanak. Memang banyak gak arnab kat sini. Memang cukup "manja" dan jinak arnab kat sini.

Tengok tu Afiqah pegang arnab, memang suka sangat ngan binatang ni tapi bila jumpa taklah teruja sangat. Ini kalau buat sate sedap kan? Tapi tak pernah pula merasa sate arnab. By the way, di samping bermain-main dengan arnab, kanak-kanak boleh juga bermain kat playground, alah yang ada bola banyak-banyak tu.

So apa lagi, bagi yang anak-anak cuti sekolah, bolehlah bawa ke Bukit Tinggi, kan bila dah buka sekolah complain sebab tak bawa pi mana-mana.

Thursday, December 30, 2010

Blog Penjaga Gol Malaysia @Kelantan, Khairul Fahmi?

Penjaga gol Malaysia @Kelantan, Khairul Fahmi ada blog ke? Setahu saya memang tak ada. By the way, Malaysia sekarang telah mengalami fenomena baru, ianya setelah Malaysia menang aggregate 4-2 menentang Indonesia dalam final Piala Suzuki AFF 2010.

Secara tiba-tiba nama anak kelahiran Kelantan, Khairul Fahmi melonjak naik. Memang layak since, Khairul Fahmi bermain dengan cemerlang. By the way, beliau sudah berpunya, aweknya adalah Elia @http://jejariruncing.blogspot.com/.

Jom kita tinjau kat internet, apa bloggers tulis mengenai penjaga gol yang cemerlang ini, Khairul Fahmi ataupun jejariruncing.blogspot:

  1. Hanis Zalikha pon tergugat gini

  2. Khairul Fahmi Che Mat dah ramai gf le

  3. Blog awek Khairul Fahmi Che Mat sesak!

  4. Blog awek Khairul Fahmi

  5. Fenomena Tsufahmi

  6. Betul ke kekasih Khairul Fahmi seorang blogger

  7. Ko sape ek Khairul Fahmi Che Mat?

  8. Ramai giler orang buat entri pasal Khairul Fahmi Che Mat
Memang banyak lagi yang bercerita mengenai penjaga gol Malaysia @Kelantan ni. Maybe fenomena ini berterusan sehingga tahun depan. Lagipun beberapa hari lagi nak masuk tahun baru kan. Selamat membaca.

Jom Makan di Madam Lim's Kitchen Restaurant @Jusco Taman Maluri Cheras

Jom kali ini kita makan kat Madam's Kitchen Restaurant yang bertempat di LOt G15A, Ground Floor, Jusco Taman Maluri, Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras, 55100 Kuala Lumpur. Sorry gambar tak clear sangat sebab ambil dengan handphone aja.

Yang ni ialah tom yam, ada ayam dan udang @RM6.00. Rasanya biasanya aja, masam dan pahit, tak ada pulak rasa pedas. Tak macam tomyam yang biasa kita makan so rating untuk tomyam ialah 7.8 out of 10.

Ayam masak masam manis (sweet and sour chicken) @RM6.90. Ayam ni lebih sedap daripada tomyam, dan of course rasa masam dan manis ada, kuahnya pekat gak so 8.2.

Yang ni lah yang paling sedap dalam hidangan yang kitaorang order, deep fried sotong @RM14.90, ianya garing dan tepung tu tak keras macam sesetengah tempat dan sotongnya boleh dikatakan fresh le juga, pencicahnya pun boleh tahan. So dapat A+ yang ni, 8.6.

Yang ni kailan masin @RM6.00 tapi tak berapa masin dan macam sayur biasa aja. Kuahnya sedikit pahit dan quite smooth so sedikit lagi nak dapat A, so 7.9 aja.

Yang ni air strawberry dengan susu @RM4.90. Tak berapa sedap sangat, kiranya macam ice-blended, biasa-biasa aja, maybe 7.4 ajalah.
So anak-anak tak nak nasi so beli makanan lain kat luar, semuanya RM50.70 termasuk service charge of 10%. Secara keseluruhan bolehlah makan, something different kan. Maybe overall, rating between 7.8 to 8.0. Kepada yang pernah makan kat Madam Lim's Kitchen Restaurant, apa pandangan anda?

Hans Punya Blog Pemenang Kedua Contest "Buat Duit Dengan Blog"

Sebelum ini diumukan pemenang pertama contest "Buat Duit Dengan Blog" dan pemenang kedua kali ini adalah hans punya blog. Tahniah diucapkan kepada Hans. Oleh yang demikian diharap Hans dapat menghubungi saya melalui e-mail niksuhaimi77@gmail.com dengan menyatakan nama penuh, alamat serta nombor telefon bagi tujuan penghantaran hadiah.

PM Isytihar Hari Jumaat 31 Disember 2010 Cuti Sempena Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010


"Betul ke Malaysia cuti sebab menang Piala Suzuki AFF?" Memang betul , Perdana Menteri (PM) isytihar esok, hari Jumaat (31 Disember 2010) adalah cuti sempena Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama dalam sejarah. Memang I am sure semua tersenyum memandangkan esok hari Jumaat dan juga hujung tahun so dapatlah cuti panjang sikit.

Memang itulah yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia iaitu kemenangan bola sepak dan of course cuti. Terima kasih diucapkan kepada our Perdana Menteri kerana sikap prihatin. By the way, untuk membaca lebih lanjut mengenai cuti @ holiday boleh layari:
  • Bernama: Najib isytihar Jumaat ini, 31 Disember sebagai cuti umum

  • New Straits Times (NST): PM declares Friday a public holiday

  • The Star: Malaysia wins AFF-Suzuki Cup on 4-2 aggregate; PM declares Friday a public holiday

  • Berita Harian: Piala AFF Suzuki: PM isytihar cuti umum Jumaat ini

Wednesday, December 29, 2010

Siapa Kekasih Penjaga Gol Malaysia, Khairul Fahmi? Blog @jejariruncing.blogspot.com


Sebelum bercerita mengenai kekasih Khairul Fahmi (penjaga gol Malaysia dan juga Kelantan), tengok kat twitter on top trending topics, Khairul Fahmi dan Congratulation Malaysia menjadi topics yang hangat diperkatakan di dalam twitter.

Bagi gadis-gadis kat luar, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi sudah berpunya dan kekasih beliau mempunyai blog di jejariruncing.blogspot.com. Kalau nak baca cerita mengenai kisah percintaan mereka dan juga gambar-gambar ekslusif boleh lawat blognya. So apa lagi jom terjah blog jejariruncing.blogspot.com.

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 setelah menang 4-2 secara aggregate. Pada perlawanan pertama Malaysia menang 3-0 dan perlawanan kedua Malaysia kalah 1-2.

Pada perlawanan kedua, Malaysia mendapat gol hasil jaringan Safee Sali dan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan sepakan penalti Firman Utani pad aminit yang ke-18.

Tahniah buat semua, Malaysia menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama setelah Piala Suzuki diperkenalkan 14 tahun lalu. Tweets:
  • umieaida: Suara me rasa mcm sudah mau hilang..terjerit2 mcm sakai kelompang je tadi. Uuhh.. Bangga me malaysia menang !! Tido mesti lena.. :)

  • eyriqazz: hik3,dah ada yang search cuti piala aff suzuki....oh,takkan tak cuti besok?kelantan lawan Selangor pun Kel dpt cuti....ni penantian 16 tahun

  • thestar_rage: The commentators say Khairul Fahmi is 5ft 8in, pretty short for a goalkeeper. But today, he stands TALL for every Malaysian

  • mtheosa: for Malaysia : we are Indonesia agree that Khairul Fahmi is the amazing keeper, congratulation to be a winner, we waiting in another match
ADAKAH MALAYSIA AKAN MENGISYTHIRAKAN CUTI PADA HARI JUMAAT (31 DISEMBER 2010)????

Safee Sali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010 setelah menjaringkan 5 gol.

Pemain Paling Bernilai: Firman Utina (Indonesia): USD10,000

Naib Juara: Indonesia (USD50,000)

Juara: Malaysia (USD100,000)

Keputusan Live Terkini Malaysia Lawan @Vs Indonesia: Final @Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2010

Keputusan Live Terkini Malaysia Lawan @Vs Indonesia: Final @Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2010:
  • Perlawanan tamat, Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010 dengan aggregate 4-2

  • 93": Pertukaran oleh Malaysia, Safee dikeluarkan dan Izzaq dikeluarkan

  • 90": Indonesia mendapat sepakan percuma just outside penalty box tetapi sepakan Bambang dapat dikeluarkan oleh Fahmi

  • Tinggal satu minit lagi masa biasa. Malaysia perlu bertahan kerana secara aggregate Malaysia mendahului Indonesia dengan 4-2

  • 87": Indonesia mendapat gol kedua setelah tendangan Muhd Ridwan gagal diselamatkan oleh Khairul Fahmi. MALAYSIA 1-2 INDONESIA

  • 85": Asraruddin dikenakan kad kuning

  • Tnggal 6 minit lagi perlawanan, Nasuha (Indonesia), pemain pertahanan banyak mengucar kacir pertahanan Malaysia tetapi Malaysia masih berjaya bertahan dengan baik hanya bolos satu gol

  • 78": Ahmad Bustomi (Indonesia) dikenakan kad kuning setelah mengasari Norshahrul

  • 77": Mohd Amri Yahyah dibawa masuk menggantikan Mohamad Ashari

  • Tinggal 15 minit lagi, Malaysia bertahanlah dan bawa Piala Suzuki AFF ke Malaysia

  • 71": Indonesia menyamakan kedudukan 1-1 setelah muntahan bola disempurnakan oleh Mohd Nasuha since tiada siapa yang mengawal Mohd Nasuha. Jika nak menang Indonesia terpaksa menjaringkan 4 gol lagi

  • 61": Amar Rohidan (Malaysia) dikeluarkan dan diganti oleh Mohd Razman. Nampaknya Malaysia menukar taktik dan kemungkinan memperkuatkan bahagian tengah dan seterusnya meningkatkan serangan

  • 58": Kunanlan dikenakan kad kuning akibat tackle from belakang

  • 56": Dua pertukaran oleh Indonesia dengan kemasukan Bambang Pamungkas dan Eka Ramdani setelah Irfan dan Utina dikeluarkan

  • 55": Tangkapan kemas oleh Fahmi setelah tendangan kencang di luar kotak penalti oleh Firman Utina

  • 53": Gol dijaringkan oleh Safee dengan counter attack dan larian solo. MALAYSIA 1-0 INDONESIA

  • 5 minit permainan menyaksikan Indonesia menyerang dan Malaysia masih dalam mode bertahan dan permainan dikuasai oleh Indonesia

  • Permainan separuh masa kedua dimulakan dengan tanpa pertukaran pemain bagi kedua-dua pasukan

  • Permainan separuh masa pertama tamat dengan keputusan MALAYSIA 0-0 INDONESIA. Jumpa lagi dalam masa 15 minit

  • Tweets from Indonesians

  • 5 minit lagi tinggal dalam separuh masa pertama menyaksikan bola banyak berada di kawasan Malaysia

  • Setiap kali Shahrul Idlan mendapat bola, pemain Indonesia mengawal rapi dengan beberaa orang menjaganya

  • 10 minit lagi separuh masa pertama, kedudukan masih Malaysia 0-0 Indonesia, Malaysia perlu bertahan

  • 30": Ingatkan Fahmi cedera tadi, nasib baik setelah tangapan bola dengan melompat diasak oleh 3 pemain Indonesia

  • 28": Fahmi menangkap kemas tendangan kuat pemain Indonesia dari arah kiri padang

  • 24": Sabree mengawal baik Gonzales daripada menanduk bola ke gawang

  • 20": Malaysia mendapat suntikan setelah Fahmi menyelamatkan penalti, Malaysia telah mengubah kepada mode serangan
  • 18": Fahmi menyelamatkan tendangan penalti pemain Indonesia nombor 15, Firman Utina

  • 17": Penalti buat Indonesia setelah Sabree menggasari dan dikenakan kad kuning

  • 15": Tendangan sudut pertama gagal dimanfaatkan oleh Safiq

  • 14": Fahmi menjadi penyelamat sekali lagi setelah menangkap bola dengan merebahkan diri

  • 12": Free kick berjaya dikeluarkan oleh Malaysia dan tendangan sudut gagal dimanfaatkan oleh Indonesia

  • 11": Free kick untuk Indonesia setelah Safiq menjatuhkan Irfan dan tackle from belakang

  • 9": First corner oleh Indonesia dapat dikeluarkan oleh Malaysia, nampaknya Gonzales adalah pemain yang perlu diberi perhatian yang lebih malam ini

  • Setelah 5 minit permainan kelihatan Indonesia menguasai permainan dengan serangan dan Malaysia masih mencari rentak

  • 3": Serangan pertama oleh Indonesia tetapi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi menyelamatkan dengan baik. Kena berjaga-jaga dengan Gonzales

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Malaysia memakai baju biru dan seluar hitam manakala Indonesia baju merah dan seluar putih

  • Permainan akan dimulakan bila-bila sahaja, lagu kebangsaan Malaysia dan Indonesia baru sahaja selesai. Senarai pemain-pemain Malaysia dan Indonesia
Previous Entry
Setelah Malaysia menang bergaya 3-0 final @akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini, malam ini (29 Disember 2010) bertempat di Indonesia, Malaysia akan menentang Indonesia bagi final kedua.

Siaran secara langsung @live boleh diikuti di RTM TV1 dan juga Astro Star Sports channel 813 pada pukul 8.00 malam dan 7.30 malam respectively. Bagi yang tak dapat tengok TV, jangan risau boleh datang ke blog ini untuk update secara live final @perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 untuk perkembangan terkini. See u tonight.

Jom #harimaumalaya dan #malaysiaboleh di Twitter

KEPUTUSAN TERKINI LIVE (FINAL KEDUA: PIALA SUZUKI AFF 2010)

Malam ini perlawanan bola sepak akhir @final kedua antara Malaysia dan Indonesia pada pukul 8 malam di Indonesia. Sebelum ini Malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia semasa bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ada juga yang menyatakan Malaysia menang sebab pancaran laser. Sampaikan trending topics kat twitter rata-rata mengenai perkara ini.

So apa lagi bagi kawan-kawan yang mempunyai akaun twitter, sila gunakan #harimaumalaya dan juga #malaysiaboleh dan setiap tweet. Untuk pengetahuan penduduk Malaysia lebih kurang 30 juta dan penduduk Indonesia lebih kurang 238 juta.

Apa-apa pun bila kita tweet or komen or blogging, elakkan menggunakan perkataan yang kesat atau yang boleh menganggu sensitiviti dan perasaan agama, kaum, negara lain. Buatlah secara berhemah. Lagipun Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Semoga semangat #malaysiaboleh tetap utuh di dalam setiap pemain #harimaumalaya.

Keputusan Contest "Buat Duit Dengan Blog"

Salam dan selamat sejahtera. Hari itu ada buat contest "Buat Duit Dengan Blog" dan seramai 15 orang menyertai.

Selepas mengambil kira perlbagai aspek keputusan adalah seperti di atas. Pemenang yang memperoleh markah tertinggi adalah:
  • Azman Roslan (sila e-mail saya at niksuhaimi77@gmail.com bagi tujuan penghantaran hadiah); dan

  • Saya menghadapi masalah untuk menentukan siapa yang bakal mendapat buku yang kedua sama ada:

    • eelobor ataupun

      "Aku nak sangat buku nie sebab tak nak beli. Boleh gitu? Hehehehe, lepas aku baca nanti aku pass pulak kat kawan2 lain. Takpun info2 menarik aku boleh kongsi ngan kawan2 yang tak dapat buku tu kan?"

    • hans punya blog

      Terakhir kerana saya suka membaca jadi saya yakin saya mampu membaca semua helaian buku ini dan selepas membaca saya boleh mengaplikasikan segala ilmu di dalam buku ini terhadap blog kesayangan ini jika saya berpeluang menang! Insyaallah!
Mereka mempunyai markah yang sama iaitu 8 markah. Oleh yang demikian, saya memerlukan kerjasama semua untuk beri komen dan nyatakan siapa yang anda patut dapat eelobor atau hans punya blog?

Nota mengenai pemberian markah:
  • Visit: peserta yang datang dan memberi komen pada entry senarai peserta-peserta, satu markah bagi komen dan kosong tak bagi komen

  • Komen: markah diberi berdasarkan jumlah komen yang diperoleh (tidak termasuk komen from sharinginfoz dan tuan rumah di entry dalam blog masing-masing. Markah maksimum adalah 3 dan minimum adalah 1

  • First Join: 3 markah bagi the first 5, 2 markah bagi mereka yang join 6-10 dan 1 markah yang join 11-15

  • Trafik: Markah dikira bagi jumlah inbound trafik (link) ke blog sharinginfoz sepanjang 4 hari bermula 24 to 27 Disember 2010. Lagi banyak trafik lagi banyak markah dan maksimum adalah 3 markah
Saya meminta maaf jika pemberian markah di atas dianggap tidak adil bagi sesetengah pihak.

SO SILA NYATAKAN SIAPA YANG PERLU DAPAT HADIAH YANG KEDUA INI, EELOBOR ATAU HANS PUNYA BLOG. Pandangan akan diambil kira sehingga pukul 11.59 malam ini. Kepada semua terima kasih kerana menyertai contest ini. Thanks a lot.

Keputusan Liga Perdana Inggeris 2010/2011: 28 dan 29 Disember 2010

credit: espn

Keputusan Liga Perdana Inggeris 2010/2011: 28 dan 29 Disember 2010:
  • Manchester City membelasah Aston Villa dengan 4-0. Mario Balotelli menjaringkan hatrik termasuk 2 sepakan penalti. Satu lagi gol Man City dijaringkan oleh Joleon Lescott

  • Sunderland kecundang 0-2 di gelanggan sendiri setelah DJ Campbell menjaringkan dua gol buat Fulham

  • Tottenham Hotspur meneruskan saingan liga dengan kemenangan terhadap Newcastle 2-0 hasil jaringan Aaron Lennon dan of course salah seorang pemain yang saya minat, Gareth Bale

  • Manchester United gagal memungut mata penuh setelah seri 1-1 lawan Birmingham. Gol minit-minit terakhir, 89 oleh Lee Bowyer menyebabkan jaringan Dimitar Berbatov pada minit yang ke 58 semacam tidak dapat membawa kecerian kepada Man Utd
Pagi esok pula, tiga lagi permainan yang interesting melibatkan Arsenal, Chelsea dan juga Liverpool (waktu Malaysia tambah 8 jam).

Kedudukan terkini liga perdana inggeris sehingga 29 Disember 2010 menyaksikan:
  • Man Utd (1) diekori rapat oleh Man City (2) dengan masing-masing memperoleh 38 mata tetapi perbezaan gol memisahkan mereka

  • Arsenal (3) yang tidak bermain pagi tadi dicabar rapat oleh Tottenham (4) dengan hanya 2 mata memisahkan mereka

Tuesday, December 28, 2010

Senarai Peserta-Peserta [Contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog"]

Salam dan selamat sejahtera semua, semalam adalah tarikh akhir untuk menyertai contest Siapa Nak Buku "Buat Duit Dengan Blog".

First of all terima kasih kepada yang menyertai contest ini dan juga kepada yang membaca entry ini. Sehingga tarikh tamat jumlah yang menyertai contest ini adalah seramai 15 orang (alphabetical order):

  1. Aku Merpati Putih

  2. Azilas

  3. Azman Roslan

  4. Azzeyatin

  5. Beliabangsa

  6. Cerita Kosong

  7. Eelobor

  8. Halimkk

  9. Hana Kirana

  10. Hans Punya Blog

  11. Lissa

  12. Mimie Aiza

  13. Relevan

  14. Shahrul Site

  15. Yang Baik

Keputusan akan diumumkan nanti dan diharap bersabar ya, maybe dalam masa satu hingga tiga hari lagi ya. Sementara menunggu keputusan, apa kata kawan-kawan baca dahulu sebab-sebab mengapa contestants ingin memiliki buku "Buat Duit Dengan Blog".

Arsenal 3-1 Chelsea: Liga Perdana Inggeris 2010/2011 (28 Disember 2010)

Credit: arsenal.com

Perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pagi tadi antara Arsenal vs Chelsea menyaksikan Arsenal menang bergaya dengan menjaringkan 3 gol dan Chelsea pula mendapat 1 gol. Gol-gol dijaringkan oleh:
  • Arsenal
    • Alex Song (44")
    • Cesc Fabregas (51")
    • Theo Walcott (53")
  • Chelsea
    • Branislav Ivanovic (57")
Lain-lain keputusan terdahulu (diambil from espn) menyaksikan:
  • Bolton menewaskan West Brom dengan 2-0

  • Manchester United menang 2-0 lawan Sunderland

  • Manchester City menang 3-1 ke atas Newcastle

  • Tottenham menguasai Aston Villa 2-1
Kedudukan terkini liga sehingga 28 Disember 2010 adalah:
  • Manchester United berada di tangga teratas dengan 37 mata dan rekod tanpa kalah dan hanya bermain 17 perlawanan

  • Arsenal merapatkan kedudukan di tangga kedua dengan perbezaan 2 mata tetapi telah bermain 18 perlawanan

  • Manchester City berkongsi mata dengan Arsenal, berada di tempat ketiga tetapi sudah bermain sebanyak 19 perlawanan

Monday, December 27, 2010

Buku Teks Darjah Satu

Pagi tadi pergi ke sekolah since Afiqah masuk darjah satu next year, so kiranya pi dengar taklimat dan juga ambil buku teks dan latihan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Untuk darjah satu semuanya ada 17 buku iaitu 8 teks dan 9 latihan:
  • Buku teks (8)
    • English (1): RM8.20
    • Matematik (2): RM10.00
    • Bahasa Malaysia (1): RM8.80
    • Dunia Sains dan Teknologi (1): RM6.00
    • Pendidikan Islam (1) : RM7.20
    • Bahasa Arab (1): RM5.00
    • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (1): RM5.60

  • Buku latihan (9)
    • English (2): RM5.80
    • Matematik (2): RM6.30
    • Bahasa Malaysia (2): RM6.00
    • Dunia Sains dan Teknologi (1): RM2.50
    • Pendidikan Islam (1): RM4.60
    • Bahasa Arab (1): RM3.60

Ni pembalut buku, senang sikit sekarang ada pembalut plastik mudah, just masukkan dan settle. Kalau dulu kena gunting plastik then lekatkan. By the way, set pembalut ni beli kat Pustaka Rakyat RM6.80 untuk satu set of 10.

Macam tahun-tahun sebelumnya, buku teks dan aktiviti @latihan diberi percuma kepada semua warganegara Malaysia regardless of income. Kalau beli, buku teks dan latihan darjah satu semuanya berjumlah RM79.60:
  • Buku teks (RM50.80)

  • Buku aktiviti (RM28.80)

Malaysia Menang Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010 Sebab Pancaran @Sinaran Laser?????

KEPUTUSAN TERKINI LIVE (FINAL KEDUA: PIALA SUZUKI AFF 2010)

Gambar sinaran @pancaran laser yang diambil from hacknmod. Sinaran @pancaran laser inilah yang hebat diperkatakan oleh penyokong pasukan Indonesia setelah Malaysia menang 3-0 menentang Indonesia dalam aksi pertama final Piala Suzuki AFF 2010.

Sukar nak mengetahui secara lebih lanjut sama ada ianya betul-betul disebabkan oleh laser ataupun ianya dibuat-buat untuk menutup kekalahan mereka. Tidak dinafikan semasa permainan dijalankan ada ternampak sinaran @pancaran laser. Siapa le yang buat benda alah ini yang sedikit sebanyak memalukan Malaysia. Isu ini dimainkan di twitter dan juga facebook.

Sehingga malam tadi, kalau kita tengok top trending topics kat twitter inilah hasilnya:
  • #malaysiacheatlaser dan Lasers: Mereka menyatakan bahawa kekalahan adalah disebabkan oleh pancaran @sinaran laser

    Apa-apa pun kita tengok nanti keputusan perlawanan akhir @final kedua Piala Suzuki AFF 2010 yang akan berlangsung di Indonesia pada Rabu (29 Disember 2010)

  • Safee: Safee pula dilabelkan sebagai orang Indonesia sebab dilahirkan di Aceh, Indonesia dan sekarang ini menjadi rakyat Malaysia.

    Yang ni saya tak tahu kebenarannya. Sama ada lahir di aceh ke tidak itu bukan persoalan utamanya. Malaysia menang sebab bermain sebagai satu pasukan bukannya mengharapkan satu pemain aja.

    Rasanya tak perlulah kita cari alasan setelah perlawanan tamat. Bagi saya sukan adalah salah satu permainan yang boleh merapatkan hubungan sesama kita. Semangat kesukanan perlu bukan sahaja untuk pemain tetapi juga penonton
Apa pandangan semua mengenai isu laser dan Safee ini yang dimainkan di alam cyber, twitter dan facebook?

Sunday, December 26, 2010

Malaysia Menang 3-0 Menentang Indonesia: Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010

KEPUTUSAN TERKINI LIVE (FINAL KEDUA: PIALA SUZUKI AFF 2010)

Tahniah buat Malaysia setelah menang 3-0 menentang Indonesia pada perlawanan pertama final Piala Suzuki AFF 2010 setelah 2 gol dijaringkan oleh Mohd Safee pada minit 60 dan 72. Manakala satu lagi gol dijaringkan oleh pemain gantian, Mohamed Ashari pada minit yang ke-67.

Kredit juga patut diberikan kepada Norshahrul Idlan Talaha kerana membantu rakan pasukan menjaringkan dua gol dan juga Mahali Jasuli yang membantu 1 gol. Of course kepada semua pemain yang bekerja keras tidak kira sama ada pemain gol, pertahanan, tengah dan penyerang.

Perlu bermain dengan baik untuk 90 minit lagi di Indonesia pada hari Rabu (29 Disember 2010). Insiden pancaran @sinaran laser sedikit sebanyak merencatkan permainan malam ini dan juga maruah Malaysia.

Tweets:
  • BandungReview: Walaupun ada insiden laser,harus diakui Malaysia main lebih agresif,pede,berani ambil resiko n lebih terorganisir..Pe-er bwt #IndonesiaJuara

  • MusiqGroove: Malaysia team see you in GBK good playing..you really really tought us a lesson, we have to practice our mind and mental also

  • jasonmumbles: We, Malaysians, are ashamed of the laser incident but you can't say we cheat because we only scored AFTER the incident.

  • redmummydotcom: markus rabu nanti ko jangan banyak buat drama kay
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh layari, permainan minit ke minit.

Keputusan Terkini Live Malaysia lawan @vs Indonesia: Perlawanan Akhir @Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010

Keputusan Terkini Live Malaysia lawan @vs Indonesia: Perlawanan Akhir @Final Pertama Piala Suzuki AFF 2010:
  • Wisel dibunyikan dengan keputusan muktamad MALAYSIA 3-0 INDONESIA

  • 94": Ingatkan Malaysia dapat penalti setelah Markus menangkap kaki Kunanlan setelah Kunanlan hampir menjaringkan gol one to one

  • 90": 8 minit masa tambahan diberikan oleh pengadil

  • 85": Fahmi tidak banyak dicuba pada malam ini tetapi apabila Indonesia menyerang, beliau memainkan peranan yang baik. Permainan maybe akan ditambah at least 5 minit akibat permainan diberhentikan tadi

  • 80": Amri Yahya dimasukkan dan Safee dikeluarkan. Tendangan percuma oleh Gonzales tersasar tinggi di atas palang. Permainan Gonzales malam ini tenggelam akibat dikawal rapi oleh pemain Malaysia

  • 75": Safiq dikeluarkan setelah mengalami kekejangan otot

  • 74": Fahmi menangkap baik bola setelah diasak oleh pemain Indonesia. Satu kominikasi baik antara penjaga gol dan pemain pertahanan Malaysia

  • 72": Safee menanduk masuk satu lagi gol buat Malaysia menwaskan Markus hasil hantaran jauh Mahali. Malaysia 3-0 Indonesia

  • 67": Norshahrul memainkan peranan yang penting kali ini menghantar bola dan tekena pemain Indonesia dan disempurnakan oleh Mohamed Ashari, pemain gantian. Kedudukan Malaysia 2-0 Indonesia

  • 60": Gol pertama buat Malaysia setelah Shahrul menghantar baik kepada Safee dan disempurnakan oleh Safee. Tahniah buat Safee dan juga Shahrul. Memang sebelum ini pemain pertahan Indonesia mengagak Shahrul ingin menjaringkan gol dan of course Shahrul seorang pemain yang mempunyai semangat berpasukan menghantar kepada Safee

  • Setelah 7 minit permainan diberhentikan, ianya dimulakan kembali dan tendangan percuma oleh Safiq dihantar baik ke belakang tetapi gagal disempurnakan

  • 52": Tendangan percuma diberikan kepada Malaysia setelah Kunanlan dijatuhkan tetapi pemain Indonesia bertindak keluar padang apabila penjaga gol Indonesia claimed that terdapat sinaran @pancaran laser.

    Penonton melempar mercun ke dalam padang akibat marah permainan diberhentikan

  • 51": Hantaran oleh Safee tepat kepada Shahrul tidak dapat disempurnakan kerana pemain pertahanan Indonesia mengekang dengan baik

  • 48": Tendangan Okto (Indonesia) berjaya ditangkap oleh Fahmi. Nampaknya Indonesia mengasak dengan lebih kuat kali ini

  • 47": Gonzales menjaringkan gol tetapi tidak dikira kerana offside

  • Permainan separuh masa kedua dimulakan dengan pertukaran oleh Malaysia: Amirulhadi dikeluarkan dan diganti oleh Mohammad Ashaari. Sebelum ini Amirulhadi dikenakan kad kuning

  • Permainan separuh masa berakhir setelah 2 minit masa tambahan dengan keputusan MALAYSIA 0-0 INDNESIA. Jumpa lagi dalam masa 15 minit

  • Tinggal lagi 5 minit separuh masa pertama, kedudukan masih seri tanpa jaringan. Nampaknya permainan sedikit perlahan oleh Malaysia

  • 32": Asraruddin dikenakan kad kuning akibat kekasaran dan sepakan percuma oleh Indonesia dapat dikeluarkan oleh pemain Malaysia

  • 27": Gol nyaris dijaringkan oleh Indonesia setelah mereka melakukan counter-attack setelah Malaysia kehilangan bola di bahagian tengah, nasib baik bola leret sedikit tersasar

  • Setelah 25 minit permainan, kelihatan Kunanlan banyak merobek gawang Indonesia di bahagian kiri

  • 22": Mohd Safiq (Malaysia) gagal menjaringkan gol setelah penjaga gol Indonesia keluar jauh daripada gol. Bagus nampaknya Malaysia terus menyerang

  • 18": Malaysia menggandakan serangan tetapi Mohd Amirulhadi tak dapat melepasi pemain pertahanan Indonesia, rasanya Amirulhadi sepatutnya memberi kepada dua rakannya yang sedang menunggu

  • 16": Malaysia mendapat sepakan percuma setelah Norshahrul ditolak oleh Maman tetapi sepakan melantun gagal disempurnakan oleh Amar Rphidan dengan menendang tinggi

  • Sudah 13 minit berlalu, tak banyak percubaan oleh Malaysia. Indonesia banyak menyerang tetapi dapat dipatahkan oleh pertahanan Malaysia

  • 6": Sepakan sudut pertama buat Malaysia setelah bola dikeluarkan oleh pemain Indonesia setelah Norshahrul diasak oleh 2 pemain Indonesia. Sepakan pendek oleh Shafiq gagal membuahkan hasil

  • Setelah 3 minit permainan, boleh dikatakan Indonesia lebih menguasai permainan dengan Malaysia membuat hantaran yang tidak begitu kemas dan banyak mengeluarkan bola

  • Perlawanan baru sahaja dimulakan dengan Malaysia mendapat sepak mula

  • Senarai pemain Malaysia dan Indonesia

Previous Entry
Malam ini pukul 8.00 malam, 26 Disember 2010 (Ahad) perlawanan akhir @final pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia vs Indonesia akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Live boleh diikuti melalui RTM TV1 dan juga Astro Star Sports channel 813.

Kalau anda tidak dapat menonton melalui TV, jangan lupa keputusan secara live terkini (update) boleh diikuti di blog sharinginfoz. Saya akan buat yang terbaik untuk mengemaskininya.

Memang rakyat Malaysia menantikan perlawanan ini dan ingin melupakan kekalahan 1-5 lawan Indonesia sebelum ini. Kita nantikan keputusan live Malaysia lawan @vs Indonesia nanti.

Segmen Kenali Blogger: eshegurl @reallly!!!

Hari ini hari ahad so ada apa? Of course hari ini perlawanan final Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia. Di samping itu segmen kenali blogger. Kali ini kita bersama eshegurl @reallly!!!.

Blogger eshegurl ni baru saja join dunia blogging pada 16 Dec 2010, so baru 10 hari ya. Entry pertamanya "Dah 10 Muharram". By the way mengikut profile, eshegurl adalah "simple, sweet, gelabah...... huhu. What do you want to know?

Walaupun baru berblogging, nampaknya rajin juga, entry mengenai setem upin dan ipin ok juga, baru first time tengok setem ni, bagus juga memperkenalkan permainan tradisional Malaysia kepada rakyat.

Memang gadis or wanita suka sangat dengan kosmetik tapi berjaga-jaga ya, bahaya kosmetik.. risiko nak cantik. Apa kata kalau nak cantik guna secara semulajadi, i.e. "banyakkanlah ambil wuduk, berpuasa dan minum air putih".

Tak sangka si eshegurl ni minat dengan bola juga ya, tempatan pula. Mesti ramai yang kenal penjaga gol Malaysia dan juga Kelantan, Khairul Fahmi, memang respect betul dengan beliau yang suka rendah diri. Harap Malaysia menang malam ini dan selesa sikit bila berkunjung ke Indonesia nanti.

So kalau tak puas dengan review ni jom terjah eshegurl @reallly!!!.