Pages

Saturday, January 29, 2011

Live Keputusan Terkini Kelantan vs Selangor: Piala Sumbangsih (29 Januari 2011)

Update (KELANTAN 2-0 SELANGOR): (Keputusan penuh Liga Super 2011)
Live Keputusan Terkini Kelantan vs Selangor: Piala Sumbangsih (29 Januari 2011):
  • PERMAINAN SUDAH TAMAT DENGAN KELANTAN MENANG 2-0 MENENTANG SELANGOR SETELAH SHAHRUL IDLAN DAN BADHRI MENJARINGKAN GOL

  • Sekarang sudah 2 minit di dalam masa tambahan, Kelantan bermain passing

  • Tinggal lagi 5 minit permainan, nampaknya Selangor terus berusaha untuk mendapatkan gol pertama. Setelah Sritharan masuk, terdapat juga perubahan positif dari segi serangan Selangor

  • 80": Sritharan membuat percubaan tapi dapat diselamatkan baik oleh Fahmi

  • 78": Amri Yahyah (Selangor) dibawa keluar dan diganti oleh Sritharan maybe disebabkan performance yang tidak baik terutamanya bila bola hilang di dalam kawalan dan Amri tidak mengambil inisiatif untuk mengejar

  • 76": Mohd Badhri dibawa keluar akibat kecederaan

  • 74": Mohd Badhri menjaringkan gol dengan tendangan percuma dengan lencongan yang cantik terus ke gawang gol

  • 66": Hardi dikeluarkan dan dibawa kepada Fazilidin, maybe disebabkan Hardi tidak dapat mengawal emosi

  • 65": Rembatan kuat Safee Sali dapat diselamatkan oleh Fahmi

  • Mohd Hardi (Selangor) jatuh akibat lompatan dan marah kepada pengadil kerana complaint sebab pengadil tidak memberhentikan permainan

  • Permainan diteruskan dan syabas kepada pengadil yang tegas dalam mengendalikan perlawanan malam ini

  • Permainan dihentikan sudah lima minit. Di scoreboard terdapat tulisan "Permainan dihentikan akibat baalingan objek ke padang"

  • 62": Pengadil memanggil assistance kerana balingan mercun ke padang. Permainan dihentikan seketika dan jika berterusan, kemungkinan permainan dihentikan

  • 57": Pemain Kelantan, Danial Fadzley dibawa keluar menggantikan Khairul Izwan

  • 51": Percubaan Safee Sali yang terlepas perangkap offside tidak begitu kuat dapat ditangkap kemas oleh Fahmi. Hantaran tersebut dibuat oleh Amri Yahyah. Memang itulah kelebihan Safee Sali, hantaran cantik diperlukan untuk membuat percubaan

  • Separuh masa kedua baru aja bermula dengan Safiq Rahim dibawa keluar bagi pertukaran akibat kecederaan dan diganti dengan Fitri Shazwan

  • 45": Tendangan jauh Hardi (Selangor) tersasar dan permainan separuh masa tamat dengan kedudukan Kelantan 1-0 Selangor. Jumpa lagi dalam masa 15 minit

  • 39": Tak sangka pancaran laser ke atas penjaga gol Kelantan, Fahmi, pihak bekuasa perlu memastikan ini tak berlaku lagi

  • 37": Solihin dijatuhkan di luar kotak penalti dan free kick diambil oleh pemain Kelantan melepasi palang

  • 34": Tandukan cantik Safee Sali berjaya menewaskan penjaga gol Kelantan, Fahmi tetapi terkena palang gol

  • 31": Daudsu telah dilayangkan kad kuning akibat kekasaran ke atas Gunalan, so far 4 pemain menerima kad kuning

  • 30": Sudah dua kali pemain-pemain Kelantan berjaya membuat perangkap offside

  • 27": Shahrul Idlan gagal untuk memberi impak yang tinggi setelah beliau "dikepung" oleh 5 pemain Selangor dan tiada pemain Kelantan yang membantu

  • So far dapat dilihat Solihin yang dibawa masuk from Negeri Sembilan banyak membantu Kelantan merobek pertahanan Selangor

  • Penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF, Safee Sali belum dapat bola yang cantik bagi diterjemahkan kepada jaringan

  • 18": Mohd Shakir dilayangkan kad kuning akibat kekasaran ke atas pemain Selangor

  • 17": Pemain lebih rancak sekarang ini dengan Selangor menggandakan tetapi mudah ditangkap oleh Khairul Fahmi

  • 13": Shakir menyelamatkan tandukan pemain Selangor, kalau tidak keputusan seri

  • 11": Counter attack from Selangor dapat diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan

  • 10": Safiq dilayangkan kad kuning setelah membuat terjahan kuat ala kungfu kepada pemain Kelantan

  • 8": Shahrul Idlan dengan tenang menewaskan penjaga gol Selangor, Mohd Iqbal. Kedudukan Kelantan 1-0 Selangor

  • 7": Mohd Nurul dijatuhkan di dalam petak penalti oleh Razman (Selangor). Kad kuning dilayangkan dan sepakan penalti dihadiahkan kepada Kelantan

  • Setelah 4 minit permainan, nampaknya Kelantan banyak membuat hantaran dan cubaan yang baik

  • 2": Sepakan percuma di luar kotak penalti oleh Mohd Badri sedikit tersasar. Pembukaan menarik oleh skuad Kelantan

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Kelantan memakai jersi putih dengan petak merah manakala Selangor pula merah kuning. Senarai pemain-pemain bagi Kelantan dan Selangor seperti di bawah





Previous Entry

credit: ammboi

I am sure ramai yang tak sabar untuk mengetahui secara live keputusan terkini perlawanan Piala Sumbangsih di antara Kelantan vs Selangor yang akan memulakan perlawanan pada pukul 8.45 malam ini, 29 Januari 2011. Siaran langsung @live boleh diikuti di Astro Arena @channel 801 bermula 8.30 malam dan juga TV1 pada pukul 8.40 malam.

Kalau tak ada apa-apa halangan, saya akan update untuk perkembangan terkini. Perlawanan ini akan diadakan di Stadium Shah Alam. Sukar diramalkan pasukan mana yang akan menang kerana mereka mempunyai kelebihan masing-masing.

KELANTAN
  • Kehilangan banyak pemain-pemain stars i.e. Akmal Rizal, Hairuddin, Azizi, Indra Putra dan Nor Farhan

  • Kemasukan pemain-pemain yang berpengalaman bagi menguatkan pasukan i.e. Khalid Jamlus dan Wan Rohaimi

  • Pengurus pasukan, Sathianathan letak jawatan setelah digantung 6 bulan oleh FAM tetapi Karathu mengambil alih peranan tersebut

  • Mempunyai pemain-pemain yang mempamerkan aksi cemerlang di Piala Suzuki AFF yang lepas iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi dan penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha

  • Penyokong yang memberi semangat yang kuat dalam setiap perlawanan
SELANGOR
  • Mempunyai ramai pemain kebangsaan yang bermain dengan cemerlang i.e. Safee Sali, Safiq Rahim, Amri Yahyah, Amirul Hadi, Asraruddin dan Razman Roslan

  • Rekod permainan lebih berpihak kepada Kelantan yang mana dalam 4 perlawanan terdahulu Selangor seri 3 kali dan kalah sekali

  • Bermain di gelanggan sendiri boleh memberi kelebihan kepada Selangor
Kita nantikan keputusan terkini secara live di Astro Arena malam ini.

7 comments:

Mohd Firdaus said...

sokong kelantan..yeah!hahaha... tp mlm ni myb tgk game chelsea kot..haha


New Entry: Blogger Kena Bang Bang Boom ! hahaha..
Yamaha RXZ 2011

Anonymous said...

all the best buat kedua2 team..semoga perlawanan bersih..

nur said...

semoga tiada insiden..
jemput ke ALL IN ONE

nak link kesini nanti ye... ingatkan dah kuar result..

Anonymous said...

Semoga Kelantan mng^_^

TK said...

Saya sokong kelantan wpun org selangor..murtad kejap..hehe

Zura Tahir said...

ah bencilah 2-0..:D

Mama Zharfan said...

congrats utk team kelate :) negeri me tu hehehhe