Pages

Sunday, January 23, 2011

Keputusan Live Lee Chong Wei vs Taufik Hidayah: Final @Akhir Kejohanan Proton Terbuka Badminton Malaysia 2011 (23 Januari 2011)


Update: Lee Chong Wei menang menentang Taufik Hidayah dalam masa 37 minit dengan 21-8 dan 21-17. Tahniah diucapkan kepada Lee Chong Wei di atas kemenangan tersebut dan semoga mencapai lebih banyak lagi kemenangan pada masa yang akan datang.

Previous Entry
I am sure ramai yang tak sabar untuk tengok keputusan live pertandingan badminton akhir @final Kejohanan Proton Terbuka Badminton Malaysia 2011 pada hari ini, 23 Januari 2011 terutamanya perseorangan lelaki antara Lee Chong Wei (Malaysia) vs Taufik Hidayah (Indonesia).

Perlawanan akhir boleh diikuti secara live di TV1 dan Astro (channel 801: Arena, 811: Astro SuperSport dan 831:Astro SuperSport HD) bermula pukul 2.00 petang tadi sehingga berakhirnya semua finals, i.e. beregu campuran, beregu wanita, beregu lelaki, perseorangan wanita dan perseorangan lelaki.

Semasa entry ini ditulis pada pukul 4.15 petang, keputusan adalah seperti berikut:
  • Beregu Campuran
    • He Hanbin dan Ma Jin (China) mengalahkan Tao Jiaming dan Tian Qing (China) dengan 21-13, 13-21 dan 21-16 dalam masa 1 jam 3 minit

  • Beregu Lelaki
    • Chai Biao dan Guo Zhendong (China) mengalahkan Mads Conrads-Petersen dan Jonas Rasmussen (Denmark) dengan 21-16 dan 21-14 dalam masa 40 minit
Selepas ini, pertandingan untuk perseorangan wanita seterusnya beregu wanita dan akhirnya perseorangan lelaki antara Lee Chong Wei (Malaysia) vs Taufik Hidayah (Indonesia). Mengikut pertandingan lepas, Lee Chong Wei memenangi 10 manakala Taufik sebanyak 6 kali.

Untuk hari ini, China sudah menjadi JUARA dua kali iaitu beregu campuran dan beregu lelaki. Selepas ini pun, bagi perseorangan wanita dan beregu wanita pun sudah pasti milik China juga kerana ianya antara pemain-pemain China. Yang satu lagi or game yang ke-5 untuk hari ini antara Malaysia ataupun Indonesia.

Kita saksikan nanti keputusan secara live di TV1 ataupun Astro. Anda juga boleh mengikuti keputusan terkini di sini.

5 comments:

shahrilhakime said...

no wonder le semalam mase double mixes Denmark vs China...ghamei penonton sokong Denmark....

*∽ IZAN ∽* said...

okeh.. sempat lagi nak tengok live nihh!

velasrizal said...

blh menang la chong wei kali ni

sahromnasrudin said...

hebat la org bukit mertajam

Zura Tahir said...

chong wei menang...:)