Pages

Sunday, January 23, 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011 (Latest EPL BPL Results and Standing): 22 dan 23 Januari 2011

Keputusan dan Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris 2010/2011 (Latest EPL BPL Results and Standing): 22 dan 23 Januari 2011:

Keputusan terkini Liga Perdana Inggeris:
  • Arsenal menang bergaya ke atas Wigan Athletic dengan 3 gol vs tanpa jaringan di tempat sendiri. Thanks to hatrik oleh Robin Van Persie. Sepatutnya Van Persie boleh menambah satu lagi jaringan tetapi gagal menyempurnakan sepakan penalti yang mana tinggi melepasi tiang gol pada minit yang ke-71. Walaubagaimana pun, semangat berpasukan dan permainan dan pantas memberi kelebihan kepada Arsenal. Pilihan pemain tengah dan serangan yang membuahkan hasil iaitu kombinasi: Alex Song, Jack Wilshere, Cesc Fabregas, Samir Nasri, Theo Walcott dan Robin Van Persie. Mereka mempunyai persefahaman yang tinggi dan permainan yang sungguh cantik

  • Liverpool menang buat kali pertama setelah Kenny Dalglish mengambil alih from Roy Hogson. Kemenangan 3-0 ke atas Wolves di tempat lawan akan menaikkan semangat Liverpool. Thanks to Fernando Torres yang menjaringkan dua gol dan satu lagi gol oleh Raul Meireles

  • Manchester United kenduri gol dan mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini dengan membelasah Birmingham dengan 5-0. Dimitar Berbatov menjaringkan hatrik dan dua gol lagi masing-masing satu gol oleh Giggs dan Nani

  • Manchester City gagal memungut sebarang mata apabila kalah tipis 0-1 menentang Aston Villa di tempat lawan. Darrent Bent menjadi wira Aston Villa setelah menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan ini pagi tadi pada minit yang ke-18. Perpindahan Bent from Sunderland ke Villa baru-baru ini @GBP24 juta menaikkan kemarahan penyokong tegar Sunderland tapi Bent berjaya melupakan kontrovesi ini dan mengesahkan pelaburan Villa adalah berbaloi
Kedudukan terkini Liga Perdana Inggeris:
  • Manchester United mengekalkan kedudukan di tangga teratas dengan perbezaan 2 mata dan kelebihan satu permainan dengan pencabar terdekat Arsenal

  • Arsenal mengejar dengan dekat setelah mengumpul 46 mata dari 23 permainan. Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Arsenal mempunyai peluang cerah selain Man Utd, Man City, Chelsea dan Tottenham untuk menjadi juara liga musim ini. Ini disebabkan corak permainan dan juga kelebihan mempunyai ramai pemain yang berkaliber

  • Manchester City turun satu anak tangga setelah kalah kepada Aston Villa. Edin Dzeko yang tak sampai 2 minggu berpindah ke Man City from Wolfsburg dengan rekod tertinggi @GBP27 juta dalam sejarah Bundesliga gagal memberi impak yan positif dalam perlawanan pagi tadi
Note: credit to ESPN

4 comments:

Azman Roslan said...

arsenal menang.. caya lah..

suffer8zine said...

yg penting mu 1st,hehe

Terkini : Buaya Tertelan Telefon Bimbit

LiFe KaMi said...

cantik la arsenal...
gerenti juara utk musim ni..:)

kak ina kl said...

nasib baik tak pakai kad kredit..kalau ada agaknya shopping ajerlah setiap hari