Oooooo rupa-rupanya asyik main dengan pencil case arnab tu, asyik pegang-pegang dan buka-buka pulak. Memang suka betul main dengan benda alah tu. Kawannya kat depan tu pun minat sama.
Ni lah situasi di kelas Afiqah yang baru aja masuk darjah satu tahun ini, 2011. Tugasan pertama ini mewarna. Memang sungguh tekun pelajar-pelajar menggunakan kemahiran mewarna. By the way, tahun 2011 bermula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sebelum ini adalah menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Apa itu KSSR? Nak tahu lebih lanjut mengenai KSSR boleh rujuk sini. Yang saya tahu:
- pelajaran Matematik dan Sains sekarang ini diajar dalam Bahasa Malaysia kembali
- mata pelajaran Sains ditukar kepada Dunia Sains dan Teknologi
- mata pelajaran Matematik dikurangkan satu masa dan Inggeris ditambah satu masa (30 minit)
- terdapat juga mata pelajaran elektif yang diajar di sekolah, i.e. Bahasa Arab dan Bahasa Cina (pilihan)
- Ianya bagi meningkatkan kualiti pendidikan rendah
Mak bapa menunggu di kantin menantikan anak-anak yang akan keluar masa waktu rehat. Tapi ada juga yang menunggu di luar kelas untuk melihat sendiri anak-anak mereka.
Ni gambar Danish (sebelah kiri) yang berada di darjah tiga tahun ini. Secara keseluruhan sesi hari pertama berjalan lancar. Ada le seorang dua budak-budak yang masih menangis pergi ke sekolah.
20 comments:
Sungguh meriah melihat keletah murid murid memasuki tahun 1..
tak sabar nak tunggu ank masuk sekolah..huhu..afiqah ok je kan
seronoknye tgk budak2 masuk sekolah, teringat zaman dolu kala, hehehe! eh,cute je cara bdk pompuan main pencil case arnab dia tu, hahaha :)
sonok tgk style bdk2 drjah 1 masuk skolah..cam kiut je...:-)
teringat masa darjah satu dulu...gementar abis..nasib baik x nangis..hehe..
Aku lupa pengalaman aku masuk sekolah..
hehehehe
suka tgok budak2 darjah 1
ada yang menangis yg best tu
P/S : Contest Dari Proton! Menangi Hadiah Percutian Ke Monte Carlo Monaco!
mesti ramai mak ayah yang duduk dekat sekolah juga semalam... aku teringat zaman aku g sekolahlah..hehehe
macam-macam ragam kan?
tengok berita di tv teringat pula masa kecik2 dahulu.
suke je daniel posing :)
ibubapa pun excited jugak kan...
wahhh... dah masuk sekolah rendah..! bila anak2 masuk sekolah rendah, bukan anak2 je rasa lebih dewasa... mak ayah pun terasa lebih 'dewasa'... dalam hati dah sekolah dah anak aku nih.. huhu hu
tak lama lagi jumpa la kwn baru tu
masing2 comel2 balak kan
parents pon sama2 nervous nk masuk sekolah kan..
tahun ni tahun pertama nana duk ground floor. selama ni duk tingkat atas. dah darjah 3... hehe. sonok tengok adik membesar
alahai, comelnya budak yang main pensel case tuh. pandai amik gambar. excited jugak hari pertama sekolah dulu tapi sayangnya dah habis sekolah dah.
Latest Entri :
Saya Minta Maaf, Maafkan Saya
Harap dasar pendidikan Malaysia lebih teratur selepas ini...
Bahana dadah
rindu pulak zaman-zaman sekolah dulu. Hmmm..waktu sekolah, malas, dah kerja baru ingat nak sekolah.haish
hehe..bukan main seronok lagi budak-budak bersekolah...
Selamat kembali ke sekolah Afiqah dan Danish! Belajar rajin - rajin na..
Post a Comment