Pages

Saturday, January 29, 2011

Dividen @Bonus Tabung Haji Sebanyak 5.5% Tahun 2010

Mengikut Berita Harian, Tabung Haji mengumumkan dividen @bonus sebanyak 5.5% bagi tahun kewangan 2010. Dividen tahun 2010 adalah lebih baik jika dibandingkan dengan 5.0% pada tahun 2009.

Pengiraan dividen adalah berdasarkan baki simpanan terendah bulanan sepanjang tahun kewangan berkaitan. Baki terendah bulanan bermaksud baki simpanan selepas mengambil kira pergerakan urusniaga simpanan dan pengeluaran setiap bulan.

Bagi 13 tahun yang kebelakangan, purata dividen adalah sebanyak 5.25% dan yang paling tinggi ialah pada tahun 1998 dan 1999 iaitu sebanyak 8.0% dan terendah pada tahun 2001 iaitu 3.25%. By the way, pada tahun 2007, dividen sebanyak 7% termasuk 2% adalah dividen khas.

4 comments:

LiFe KaMi said...

bagus tu dah meningkat sikit,
boleh le tarik ramai pelabur ke sini..:)

shahrilhakime said...

ermmmm.....awok niat sebab nak pegi naik haji je nyimpan kat Tabong Haji...tapi kalo nengok gayenye...kalo ok...baik maintain je nyimpan kat tabong haji

Anonymous said...

Jangan lupa simpanan di TH bersih bukan setakat segala pelaburannya mengikut syarak tetapi juga "bersih" dari segi ZAKAT WANG SIMPANAN telah dibayar oleh pihak TH bagi pihak penyimpan! Daripada itu, saya menganggap dividen yg dibayar TH ialah 5.5% + 2.5% = 8%! Simpanan / pelaburan di tempat lain (saham biasa & amanah, simpanan di bank, KWSP, emas)wajib dibayar zakatnya tiap tahun oleh penyimpan sendiri (KWSP bila keluarkan wang sahaja). Jangan terlepas pandang.

zul at knm dash group dot com

Anonymous said...

salam.yang sampai dapat dividen tinggi2 ni akaun simpanan biasa ke.menarik ni