Pages

Saturday, January 8, 2011

Keputusan Arsenal 1-1 Leeds United: Pusingan Ke-3 Piala FA 2010/2011

Baru sahaja habis game antara Arsenal vs Leeds dengan keputusan seri 1-1 dalam pusingan ke-3 Piala FA 2010/2011 di The Emirates, Arsenal. Keputusan ini sedikit sebanyak menggembirakan Arsenal kerana Leeds menjaringkan gol pada minit yang ke-54 hasil tendangan penalti Robert Snodgrass. Penalti tersebut diperoleh Leeds setelah Denilson membuat terjahan yang sangat teruk ke atas Max-Alain Gradel.

Arsenal menyamakan kedudukan setelah kapten Arsenal, Cesc Fabregas yang sebelum itu dibawa masuk menggantikan Alex Song pada minit yang ke-60. Gol tersebut terhasil daripada tendangan penalti yang diperoleh Arsenal setelah Theo Walcott yang juga pemain gantian telah ditarik bajunya oleh Ben Parker.

Sebelum itu Arsenal sepatutnya mendapat satu lagi sepakan penalti tetapi pengadil menukar fikiran setelah Nicklas Bendtner berada di posisi offside.

Secara keseluruhan Arsenal mendapat banyak peluang tetapi tidak bernasib baik dan Leeds United banyak bermain secara bertahan. Dengan keputusan ini, perlawanan akan diadakan semula (replay) untuk menentukan pasukan yang akan meneruskan ke pusingan yang ke-4.

4 comments:

velasrizal said...

nsb bek fabregas skor

black_mel said...

tadi lalu kat kedai mamak tengok arsenal ketinggalan 1-0..rupa2nya 1 sama..huhu..

hans said...

den nanti result liverpool nih

P/S : Siapa Yang Pernah Pergi Brunei? Apa Yang Seronoknya Di Sana?

Sharinginfoz said...

velasrizal: memang nasib baik betul

black_mel: bila tengok cara arsenal main, awal2 rasa macam boleh menang je

hans: memang perlawanan yang sangat2 ditunggu oleh peminat liverpool dan man utd

mknace: yes