
- Manchester United bernasib baik menang 2-1 ke atas West Brom setelah tendangan penalti West Brom tersasar
- Liverpool kalahkan Bolton 2-1 di Anfield. Kevin Davies (Bolton) mendahului pada minit yang ke-43 tetapi 6 minit selepas itu Fernando Torres menyamakan kedudukan. Gol kemenangan Liverpool dijaringkan oleh Joe Cole pada minit yang ke-90
- Manchester City menang tipis 1-0 ke atas Blackpool di tempat sendiri setelah Adam Johnson menyumbat gol pada minit yang ke-34. Carlos Tevez gagal menyempurnakan sepakan penalti dua minit selepas gol pertama
- Arsenal menang bergaya di tempat lawan dengan Birmingham dibolosi 3 gol hasil jaringan Robin Van Persie (13"), Samir Nasri (58") dan Roger Johnson (gol sendiri: 65")

- Manchester United masih berada di tangga teratas dengan 41 mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah
- Manchester City mengekori rapat dengan 41 mata juga tetapi telah bermain lebih 2 perlawanan
- Arsenal di tempat ketiga dengan perbezaan 2 mata
Nota: Keputusan perlawanan dan kedudukan terkini diambil dari laman web ESPN
3 comments:
nasib baik the reds menang huhuhuh
Liverpool.. terbaiklah.. hahaha.. =]
van persie dh mula menjaringkan gol
Post a Comment