Pages

Wednesday, June 2, 2010

Dah Dapat Cek RM379.56 (LHDN): Bayaran Balik Lebihan Kredit Cukai

Guess what, tengok pigeon hole, dapat surat ni. Hmmmm dalam hati macam surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) aja, maklumlah ada claim lebihan kredit from income tax.

Bukak aja surat, ianya tak mengecewakan. Confirmed surat income tax. So dapatlah RM379.56 even masa claim hari tu ialah RM584.44. Actually memang dah expect dapat kurang daripada amaun yang dituntut sebab pendapatan tahun kebelakang, i.e 2008 dilapor pada tahun 2009. So amaun tersebut kenalah tax juga. Tak kisahlah janji dapat kembali duit tu kan.

Ni nak kongsi mengenai timelime (berapa lama nak dapat kembali) wang from LHDN:
  • 25 Mac 2010: Hantar e-filing

  • 31 Mac 2010: Dapat surat daripada LHDN mengenai "Pemberitahuan Permohonan Bayaran Balik Cukai" yang mana ianya belum dapat diproses dalam tempoh yang ditetapkan kerana LHDN masih perlu membuat semakan lanjut

  • 11 Mei 2010: Call income tax tanya mengenai status permohonan dan dioarang cakap permohonan tersilap masuk dalam kes-kes yang perlu diaudit dan akan segerakan proses tuntutan

  • 12 Mei 2010: Terima surat LHDN mengenai "Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar", tindakan telah diambil untuk mengembalikan wang dan akan terima cek dalam masa 14 hari dari tarikh surat

  • 27 Mei 2010: Memandangkan lebih 14 hari, buat panggilan ke LHDN dan tanya mengenai status (call jangan tak call, yalah kena pressure sikit, kalau tak takut diaorang lupa kan). Diaorang cakap banyak kes tuntutan so lambatlah sikit, kalau tak dapat dalam masa 2 minggu call kembali

  • 1 Jun 2010: Dapat surat bersama dengan cek (tapi tarikh surat dan cheque tu 19 Mei 2010), hmmmmm entahlah yang mana betul, adakah posmen lambat?
So secara kesimpulan, proses mendapat kembali duit lebihan bayaran tax mengambil masa 2 bulan lebih-lebih sikit le. Satu lagi jangan malu-malu untuk call diaorang tanyakan status. Apasal nak feel ashamed pulak, dah duit kita apa.

14 comments:

NAZ said...

kita cuma malu kerana akan d gelar bodoh sdgkan bodoh bertanya lah kan haha

maslinamansor said...

mak mas pun pernah juga jadi lebihan potongan nie. LHDN siap bagitahu kalau tak settle lagi cepat2 call. Jangan lewat2.

Hazzy Ishak said...

baguslah dah dapat duit tu balik

mamai said...

jom lepak kedai mamak

The Blogger (63672674) said...

Elok dapat duit cepat. I pun tengah tunggu payaran balik. Surat drpd LHDN tentang bayaran balik dah sampai. Tunggu chek saja.

anyway, i'm following yr blog now

Anonymous said...

apa lagi zass bank in ;)

Relevan said...

Tea tarik gelas besar 1..

rasp said...

nak gak teh tarik hehehehe

Kancilbiru said...

rezeki..yang penting dapat kan...

azzey said...

Memang betol.... kes2 seumpama ni kena follow up selalu...baru blh cepat sikit.... beselah yg buat tu manusia....human....... so fhm2 je lah.. :P

Unknown said...

dah dpt refund.. boleh la spend utk raya.. ;)

Unknown said...

I x dpt apa2 news pun dr LHDN...submit 23/3/15...mcm ni kena call ni...

CroniXsouL said...

Ya Allah lamenye nak tunggu. Aku ni submit April sampai skang xde khabar berita. Sedih.

Aris sulistiyo said...

Saya baru kali ini submi tgl 05-04-2017
tengok berapa minggu dia LHDN kasih duwit saya balik...