Pages

Tuesday, June 29, 2010

Jom Makan Kat Teppanyaki Jusco AEON AU2 Setiawangsa

Pernah tak anda cuba makanan kat Teppanyaki? Anyway, last weekend pi le kat AEON Jusco AU2 Setiawangsa. Ianya lebih kurang 8-10km from Wangsa Maju. Kat sana memang banyak kedai makan. Tapi kat mana pi nya nasi lemak antarabangsa? Dah tutup kot.

So kitaorang pi le cuba kat Teppanyaki, actually this is first time makan kat sana. Something different kan, maklumlah anda boleh tengok diaorang masak depan mata. So order le 2 set nasi+ayam.

Mula-mula diaorang ambil ayam yang mentah dan letakkan atas tempat untuk masak tu, then potong kecil-kecil pas tu letak le perasa so jadilah macam kat atas tu. Kira banyak juga portion dia.

Lepas masak ayam tu then diaorang masak sayur pulak, taugeh+kobis+carrot, tapi mak datuk banyak sungguh letak taugeh tu. Lepas masak then masukkan dalam pinggan bersama nasi dan ayam. For me ratingnya tak begitu bagus, maybe tak suka sangat masakan macam ni, maklumlah suka yang jenis ada kuah, so saya bagi 7.2 out of 10, so dapatlah B kalau mengikut rating exam. Terlupa nak cakap harga untuk set kat atas tu RM9.90.

So bagi yang anda biasa makan kat teppanyaki, apa pandangan anda?

15 comments:

hudhud said...

tak pernah try lagi tp rasa nya sedap la kot sbb pernah masuk majalah saji. hehehe.

btw, click ur digi :D

Eyriqazz said...

Bila nak blanje bro?skang agak was was nak pi coz takde sijil halal jakim..ada sijil halal ifrca saje...

♥Azie♥ said...

TAK PERNAH MAKAN..BANYAK KALI AJAK CIK ABG MAKAN.kAMI TAKUT TAK SEDAP...SAYANG DUIT...HEHEHE..SEDAP TAK BRO?

~ ReD ~ said...

rajin eh makan kat area situ? hihi

Hazzy Ishak said...

kena makan nasi kandaq baru puas
haha

Cik Nurul said...

salam..itulah makanan kegemaranku..sedap tau makan yang ayam tu terutama tauger yang banyak tu sangat sedap hehehehe

Sumijelly said...

memang peberet sumi tu kalu dpt makan...
suka bawang goreng dia..ranggup...
sumi suka makan ayam dia...nyum..nyum.. lama x makan la..hehehe

Sumijelly.com

velasrizal said...

bestnye skali skala jd org jepun

RedLife2Love said...

dah lame tak makan tepanyaki.. sedap..sedap.. hehe =)

Sharinginfoz said...

eyriqazz: ada tanda halal tapi tak ingat le sama ada jakim ke tak....

azie: biasa2 aja, maybe kat situ tak berapa, tengok tempat lain lagi best

red: jalan2 cari makan....

Rina (◕‿◕)✿ said...

rina g teppayanki tapi xmakan teppanyakin, makan asam pedas ikan pari, sedapp sangat. sebab cara dia masak lain, so lain dari yang sendiri masak :)

Kaseh NazLieza said...

xpenah mkn2..agk2 sedap x..ehehehe

Sharinginfoz said...

kaseh nazlieza: biasa2 aja bagi saya

sweetheart said...

sedap2. try la menu sup sayur dia. tak ingat nama apa menu tu. Tapi sedap juga selain nasi + ayam/daging/salmon/cuttlefish dan prawn dia.

miss nina said...

banyaknya sayur
kurang gemar tapi nampak sihat je menu camni