Pages

Tuesday, June 1, 2010

Keputusan Penuh (Full Results) TM Liga Super (Super League): 1 Jun 2010

Hari ini, Selasa 1 June 2010 ada 7 perlawanan bola sepak TM Liga Super. Selepas ini, perlawanan liga super akan direhatkan sempena dengan Piala Dunia 2010. Perlawanan telah pun dimulakan pada pukul 8.45 malam ini.

Sudah tentu, ianya tertumpu kepada perlawanan yang melibatkan pendahulu liga, Selangor yang bermain di gelanggan lawan dengan pasukan dua tercorok, Johor. Di samping itu juga, perlawanan di antara tuan rumah, Kelantan yang berada di tangga kedua dengan Perak, yang berada di tempat ketiga daripada bawah.

Kedudukan sebelum perlawanan malam ini adalah seperti berikut:

Keputusan (yang bold menang) penuh akan dikemaskini selepas perlawanan-perlawanan tamat nanti:
  • KL Plus 1-1 Johor FC
  • Pahang 1-0 Kuala Lumpur
  • Terengganu 1-1 Negeri Sembilan
  • Johor 1-2 Selangor
  • Perlis 0-1 T-Team
  • Kedah 0-0 Pulau Pinang
  • Kelantan 2-0 Perak


Since ada siaran langsung kat Astro Arena, nak share sikit mengenai perlawanan di antara Kelantan dan Perak, di Stadium Muhammad IV. Kelantan berjaya mendapat 3 mata penuh setelah mengalahkan pengunjung dengan 2 goals berbalas 0. Tapi Che Hishamuddin, yang hanya bertahan tak sampai 1 minit setelah bahunya terseliuh akibat terjatuh.

Di samping itu juga, Indra telah diberi kad kuning kerana menyiku pemain Perak. Other than this incident, permainan malam ini sangat menyeronokkan. Di harap, pemain-pemain dapat bermain dengan lebih baik lagi di masa akan depan, jangan emosi.

3 comments:

NAZ said...

fokus pada selangor ya haha

nora said...

hubby I kate..wa,gile betul Kelate Perak 0-0..
saya tak tau apa2 pasal bola..hehee..

Hasrol Nizam said...

err..perak corot je ni..apehal..hehe