Pages

Friday, June 25, 2010

Sukaneka Sekolah Danish

Semalam pi sekolah danish ada acara sukaneka. Ada juga ambil bahagian, memang happy betul especially dapat jadi johan.
Siap pakai topi ala-ala komando yang dibeli oleh nenek last time. Nak buat macam mana memang panas le juga.

Sempat beli nasi lemak kat kantin sekolah, oklah not bad for RM2.00 lauk ayam kan.

Ni masa ambil bahagian acara "tak sampai tanganku", entahlah apasal le pilih nama tu, memang meriah lebih-lebih lagi juruacara majlis, memang tak kering gusi.

Gambar ni paling saya suka sebab, terdapat elemen tolong-menolong antara satu sama lain, semangat kesukanan dan berpasukan. Yang pakai baju merah tu, Irham banyak membantu pasukan untuk menang. Yang lain memberi sokongan padu.

Bukannya senang nak bawa tiga biji bola sekaligus dah le tu siap pakai boot pulak kan. Tapi memang Danish dapat melakukan dengan baik.

Tengok tu memang susah nak balance bola sambil berjalan. Semua anggota badan memainkan peranan bagi melancarkan perjalanan.

Tapi jatuh juga, belasah aja. Nasib baik tak kutip kembali bola tu kalau tidak ianya melambatkan.

Memang semangat berpasukan, setelah diistiharkan pemenang pertama, mereka meraikan dengan penuh semangat. Tahniah again kepada Danish dan kawan-kawan. I am really happy to be there.

10 comments:

♥Azie♥ said...

wah cayalah abg danish...

nasi lemak nmpk sedap..uiks pepagi tgk blog bro lapaq teruih

LiNda said...

Tahniah Danish ..

ehh..samalah nama dgn anak saya .

Tahniah juga kat awak , kerana menemani dan bersama Danish meraikan detik2 kemenangannya .

maslinamansor said...

leh simpan gambar2 Danish tue... buat kenangan...

Hairil Rizal said...

Aktiviti terpuji bersama anak disitu. Syabas!!

Lagenda said...

mak x..klu mak attend majlis2 cenggini kan...yg terlebey excited jd pom pom girl gidek, sorak giler kari babas, haaa..mak la orgnya!! anak cool je..huhuhu..

rasp said...

tahniah buat danish...
mmg sronok kalo gi sukaneka kids nie...
tgk pe'el budak2 nie leh buat kita tergelak je...

honeylanz said...

sama sek anak kita ye ;)
my son dia main giant ice cream. dpt no .2

~suNshiNe~ said...

semangat tgk Danish bawak bola tu...kecik2 dah ada semangat berpasukan, bagus neh.

dah lama tak join sukaneka mcm tu..best..

miss nina said...

huhu.. mesti kelakar tengok gelagat budak-budak bersukan

macam2 gelagat

tahniah Danish

azzey said...

Sharinginfoz : Mmg best tgk sukan sekolah nih.... yg telebih excited selalunya parents...bkn bebudak tuh...hi3...