Pages

Saturday, June 26, 2010

Piala Dunia 2010: Pusingan Kedua @ Uruguay 2 Korea Selatan 1

Keputusan berkesudahan Uruguay 2 South Korea 1. Nampaknya Uruguay berjaya melangkah ke pusingan suku akhir dan akan bertemu either Amerika Syarikat atau Ghana yang akan bermain pada pukul 2.30 pagi nanti, 27 June 2010 (Ahad).

Bagi saya mutu pengadilan pada perlawanan ini sangat teruk. Wolfgang Stark dari Germany banyak membuat kesilapan terutamanya tidak memberi sepakan penalti kepada Uruguay dan juga gagal mengesan bola yang ditangkap oleh penjaga gol Korea Selatan yang mana telah masuk di dalam gawang.

Apa-apa pun, Uruguay memang layak menang setelah dua goal telah dijaringkan oleh Luis Suarez. Sayang sekali buat Korea Selatan kerana tidak dapat ke pusingan seterusnya untuk mewakili Asia. Tak apa Jepun masih ada lagi akan melawan Paraguay pada 10 malam, 29 June 2010, Selasa.

Satu lagi nak puji permainan Korea Selatan pada separuh masa kedua.

2 comments:

kenwooi said...

i was hoping for korea to make it thru! =/

peaNut said...

kesian pasukan asia tu x leh mara ke pusingan seterusnya kan..hurmm..anyway,,peanut nk bagi tau ni..awak dpt award..sila ambik kat blog peanut nnti k...

http://missbean88.blogspot.com/2010/06/anugerah-sexy-dari-miss-kacang.html