Pages

Friday, June 18, 2010

I-city Shah Alam, Jom Kita Layan

Hari tu pi le kat i-city shah alam, apa lagi bandar bercahaya. macam tu le lebih kurang. memang cukup menarik. actually banyak gambar diambil then tak tahu yang mana satu nak letak. just layan aja le ya.

Memang Danish dan Afiqah enjoy sakan, maklumlah budak2 suka tengok benda yang bercahaya, berwarna-warni. anyway, citer yang ditulis tak menceritakan gambar yang diletak ya.

From wangsa maju tu i-city lebih kurang 40km++, so kalau jalan ok tak sampai sejam kalau jem, hmmmm entahlah maybe dua jam kot. satu lagi masuk tempat ni tak payah bayar, free of charge. bayar parking RM1 aja sekali masuk so memang murah le.

Kat situ tempat makan jangan risau banyak gerai disediakan, macam konsep pasar malam but ada le diletak meja dan kerusi. tapi kan tak disediakan surau untuk sembahyang, so boleh sembahyang di lot perniagaan, ambil air sembahyang pun dah bilik air.

So pandai-pandai le plan ya. kalau tak silap tempat ni dibuka from 6 petang sampai kul 1.00 pagi. yalah kalau waktu tengah hari takkan nak tengok lampu kot.

Dari pengamatan saya, tempat ni boleh dibahagikan kepada 4 areas.

Pertama kat tempat makan tu, macam-macam jenis makanan ada, mee goreng ke, nasi ayam ke, burger ke, apa-apa le.

Kedua tempat jual barang-barang, macam-macam benda yang bercahaya ada, macam Danish beli, something macam rusa tu RM5 dan Afiqah biasalah dengan princessnya RM8. Lampu-lampu yang pelik pun ada.

Ketiga tempat macam snow tapi bukannya snow, ianya terletak disebelah tempat jual barang i.e. dalam shop lot, kat situ anda boleh ambil gambar memang cantik le.

Keempat area kat luar yang ni le paling besar, macfam-macam jenis colour ada, pokok, animals dan banyak le.

Lastly, enjoy your time there, nak jangan datang lambat sangat sebab masa tu ramai yang datang so jalan sesak le sikit nak masuk dan sau lagi nak balik jangan balik lambat sangat sebab semua kereta nak keluar. So enjoy....

13 comments:

♥Cik Puan♥ said...

cantiknyer..bro saya tak masuk pun dlm bangunan tue..saya tak tau kat situ ada lagi...huhuhu

mmg bebudak suka kan..

maslinamansor said...

tak bersalji rupanya...
Sebab mak sedara nak pergi dan dia kata bersalji...

salah maklumat la nie... hmmm

thanks for the info

~suNshiNe~ said...

crystal ke tu?

realiti.. said...

mcm best je..g shah alam pun xpenah g lg sni..bleh nnt g tmpt nie..

Lagenda said...

duluuuuuuuuuu..masa mak kecik pernah la mak pak bawak g sana..la ni, rasa mcm xde apa2pun kat sana. but bila dah tgk post ni, harus bwk g anak2 ke sana plak nih!

Err..cikmaslinamansor,
rasanya ada salji..dier ikut musim sebenar. skrg kat musim sejuk, so x de la saljinye. nak ada salji, g time cristmas tu..

Err..betul ke info mak ni? betul rasanyalah!! hi..hi..

Sharinginfoz said...

maslina: tak ada pulak salji....

sunshine: rasanya kristal,

Anne said...

menariknyer tempat tu...bulan depan datang kl nak la jugak sampai shah alam:)

azzey said...

Sharinginfoz: i city Shah Alam...of course kat Shah Alam kannnn....macam best jerk.....everyday bukak ke?

rasp said...

tempat nie mmg cantik...
rugi masa i gi aritu...
camera bateri kong...
hp pun nyawa2 ikan je...
leh repeat lagi laaaa...

::cik asha:: said...

cam best je g i city tu...
chantek lampu2 dye..
nak g jugak ar...
hehehe...

Anonymous said...

cantiknyer lampu2...

farahnas irina said...

santek... u've gimme ideas on what to do this weekend...
boleh la buat nite photography n spend time wif dotter terchenta..
thx laling.... ;)

Anonymous said...

Ada salji lah