Pages

Friday, March 26, 2010

Income Tax Kena Bayar RM584.44

Semalam dah hantar e-filing. Even tarikh tutup penghantaran ialah sebelum 30 April 2010. Baik hantar awal-awal kan last minute line slow le, traffic le, macam-macam lagi ya.

Yang bagusnya selepas dikira cukai pendapatan bagi tahun 2009 dan ditolak dengan tuntutan rebat, nampaknya lembaga hasil dalam negeri (LHDN) kena bayar RM584.44. Anyway, saya tak akan mendapat jumlah tersebut kerana ada pendapatan tahun 2008 yang tidak dilaporkan semasa buat e-filing tahun lepas.

Tak sure le berapa lama masa yang akan diambil tapi kalau ikutkan previous rekod, dalam masa 2 bulan dapat le.

So nak citer sikit mengenai cara menghantar cukai on-line sebab ada yang tertanya-tanya "macam mana nak isi / hantar e-filing secara talian terus?"

E-filing:
Mula-mula masuk website e-hasil di alamat https://e.hasil.gov.my/ selepas tu kalau anda telah hantar sebelum ini, click login e-Borang.

Selepas itu, jika anda adalah individu pemastautin (Malaysian) dan tiada punca pendapatan perniagaan, bolehlah terus klik e-BE.

Then, masukkan no pengenalan anda, i.e. biasanya no. kad peengenalan baru le tapi kalau anda polis jangan lupa pilih no. polis dan sebagainya.

Jadual Cukai:

Ni nak share mengenai jadual cukai pendapatan. Ini bukan jumlah gaji anda dalam setahun tetapi jumlah pendapatan bercukai. Sebagai contoh kalau pendapatan bercukai anda sebanyak RM30,000, anda berada di kategori E dan jumlah cukai anda ialah di antara RM475 sehingga RM1,050 (sebelum tolak rebat). Itu secara general kalau nak specific, jumlah cukai yang anda kena bayar ialah:

RM775 (RM475+RM700-RM400)
  • RM20,000 pertama ialah RM475
  • RM10,000 berikutnya ialah RM700 (RM10,000 X 0.07)
  • Untuk pengetahun jika pendapatan bercukai anda kurang daripada RM35,000 anda akan mendapat rebat individu sebanyar RM400
Tapi jangan risau, komputer akan tolong calculate untuk anda.

Pendapatan Berkanun:

So make sure anda isi jumlah penggajian anda sepanjang 2009. So nak tahu berapa mintak le Penyata Gaji Pekerja (Borang EA) dengan majikan anda dan isi jumlah tersebut dan juga di dalam borang itu ada jumlah potongan cukai berjadual (PCB).

Yang ni ialah jumlah pendapatan tahun kebelakangan yang belum dilaporkan lagi, sebagai contoh kalau bonus anda pada tahun 2008 tapi dibayar pada tahun 2009 so pada tahun 2008 ianya tak dilaporkan lagi.

Tuntutan Pelepasan:
Yang ni ialah pelepasan yang diberi bagi mengurangkan pendapatan bercukai anda. So yang pelepasan individu sebanyak RM8,000 akan diberi secara automatik. Yang lain tu kalau anda spend anda dapatlah contohnya perbelanjaan perubatan ibu bapa yang mana limitnya ialah RM5,000 setahun. Make sure sebelum anda claim benda alah ni, kenalah ada resit, kalau tak ada kan bila LHDN buat random checking susahlah......

Jika anda menyambung pelajaran ke peringkat i.e. sarjana atau PHD, jumlah maksimum pelepasan ialah RM5,000. Pembelian buku / majalah / jurnal / penerbitan sehingga RM1,000. Yang ni juga make sure resit ada, jangan anda main letak aja maksimum di dalam e-filing nanti. Anda juga boleh claim pelepasan komputer sehingga RM3,000 setiap 3 tahun.

Bagi yang ada anak, bolehlah mendapat pelepasan sehingga RM3,000 setahun jika anda menabung di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasionaal (SSPN) dan juga pelepasan RM1,000 setiap anak yang belum mencapai umur 18 tahun. Kalau yang lebih 18 tahun dan menerima pendidikan sepenuh masa pun boleh. Tapi ingat salah seorang daripada parents aja boleh claim, contohnya kalau anda ada anak seorang, then husband dan claim, wife tak boleh claim le.

Di samping itu pelepasan on insurans nyawa dan KWSp sehingga RM6,000 boleh dituntut dan maksimum RM3,000 bagi insurans pendidikan dan perubatan anda suami / isteri dan anak.

Akhir sekali bahagian, tuntutan rebat, dalam bahagian ini anda boleh menuntut rebat i.e. jumlah zakat atau fitrah. So yang ni penting, i.e. jika anda bayar zakat pendapatan dan zakat fitrah (semasa bulan puasa) sebanyak RM1,000 anda boleh dapat rebat sebanyak RM1,000 juga. Sebagai contoh, jumlah cukai pendapatan anda sebanyak RM3,000 dan bila tolak zakat sebanyak RM1,000, jumlah cukai pendapatan bersih ialah RM2,000 (RM3,000-RM1,000).

Apa-apa pun kepada yang belum hantar lagi e-filing baik buat terus.... Selamat BerE-filing.

6 comments:

Unknown said...

dah lepas tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia untuk tahun nie... tahun depan jangan lupa bayar ye http://anastasyea.blogspot.com

mamai said...

ea form pun lom dapat algi nie lembab tul la HR

Solehah said...

saya blm ada e-filing...hmmm..

HuRuL_AiNi said...

salam....
macam mana nak kira pendapatan bercukai tu?

and saya rasa saya x kena la tax sbb gaji kecik lagi....tapi perlu gak isi atau boleh ignore je?hehehe (karang tetiba je kena tax....adoii...hahaha)

ainasuhana said...

aku blaja bende nie sem lepas..taxation..haha

Sharinginfoz said...

anastasyea: memang betul, jumpa lagi di tahun depan..

mamai: hmmmm mintak aja ngan HR, cakap takkan nak tunggu sampai hujung bulan april kot...

solehah: nanti bukak ya...

hurul: nanti masuk website tahu le jumlah tapi sebelum tu kenalah bukak akaun.. isi aja..... gaji kecil ke besar ke...

aku: hmmmm so bolehlah praktikkan...