Just nak share mengenai my date. Dengan siapa? Of course le dengan my lovely wife. Actually sebut pasal date ni banyak gak kali jumpa tapi yang saya rasa special ialah masa jumpa wife kat rumahnya. Of course kenalah be gentleman kan. Takkan nak bawak anak dara orang keluar tanpa jumpa mak bapa kan.
Actually rumah kami memang berdekatan aja, tapi tak le sebelah rumah. So cakap kat wife nak jumpa parents dia, yalah sebelum ni bercakap aja melalui telefon. Saya memang yang jenis suka jumpa parents terus. Memang jenis yang tak suka main-main.
Then parents dia cakap oklah. Diaorang nak le juga "bakal menantu" kan. Yalah sebelum ni anak dia asyik "bergayut" dan berutus surat aja. So kiranya malam tu memang berdebar-debar le sebab first time nak jumpa in-laws. Harap-harap tak ada le soalan yang mencabar. Yalah sebab masa tu baru aja menamatkan degree. Takkan nak bagi soalan yang memeningkan kepala aja.
Biasalah bila nak jumpa kena pakai smart-smart. Hmmmm, aku ni bukannya suka pakai macam tu. Kalau tak silap siap pakai long-sleeve shirt gitu ngan seluar slack. Sampai di rumah dia, alamak semua ada, mak, ayah, adik-beradik dan of course wife le. Hmmmm, semuanya lebih 5 orang. Terkejutz juga sebab masa interview kerja tak le seramai itu.
Sampai aja suruh pi makan, hmmmm, ada chicken chop, memang sodap ni. Ni nak tengok cara aku makan menggunakan knife and fork ke. Belasah aja, nasib baik aku kalau makan style mat salleh ni memang suka aja. Masa makan, banyak juga le soalan-soalan cepu emas, apa-apa pun alhamdulillah semuanya ok, so lepas jumpa dan kenal keluarga wife so senang le sikit.
Apa-apa pun, memang itulah date yang tak dapat dilupakan sebab kalau tak ada date tu rasanya tak le hidup bersama sekarang ni. So macam mana dengan your date. Share-share le.
Entri ni ditulis khas sempena dengan "Nuffnang Special Screening - Date Night"
4 comments:
hehe...betul3...klu nk date g la jumpa mak ayah dulu n klu mak ayah suka baru la leh date sesenang ati...;)
malam nie ada date ngan eart hours laet sve our world
ahahah..kelakar plak bace...tapi..first date jumpe in law memang kelaka...on t way nk ke rumah diorg tu...asyik kejap2 nak tgk cermin je...lack of confident betul...rasenye cermin pon fed up tgk muke i time tuh...ehehe
em..so sweet..heheh..
Post a Comment