Pages

Tuesday, March 30, 2010

Ringkasan / Intipati Model Ekonomi Baru 2010 (Summary of New Economy Model 2010)

Model Ekonomi Baru telah dibentangkan di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur pada 30 Mac 2010. Tiga prinsip yang ditekankan ialah berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman (inclusive). Dengan prinsip-prinsip ini ianya dapat memacu ekonomi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya, meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantaau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti hidup secara menyeluruh.

Berikut ialah ringkasan / intipati Model Ekonomi Baru (MEB) / Summary of New Economy Model (NEM) yang dibentangkan pada 30 Mac 2010 di Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur:
  • Meningkatkan pendapatan tahunan per kapita sebanyak USD7,000 (RM22,806) kepada USD15,000 (RM48,870) dalam tempoh 10 tahun. Ianya dapat dilakukan dengan membangunkan sektor sedia ada dan memaksimumkan potensi sektor baru melalui inovasi

  • Pelaburan dan persaingan untuk bakat terbaik melalui pembayaran upah yang tinggi. Di samping itu, pekerja kolar biru akan menerima upah berdasarkan kompetensi yang mereka miliki dan prestasi diukur berdasarkan penigkatan antarabangsa. So lagi banyak kemahiran, tanggungjawab pun lagi besar dan buat kerja pun lagi baik dan berpendapatan tinggi

  • Pengurangan kebergantungan terhadap buruh asing yang tidak berkemahiran dan lebih focus kepada pekerja pelbagai kemahiran (multi-tasking worker) yang mana boleh meningkatkan produktiviti

  • Mengambilkira kesan pembangunan ekonomi terhadap persekitaran dan sumber asli.

  • Semua pihak / rakyat akan menikmati hasi kemakmuraan negara yang semakin meningkat. Oleh sebab itu, tidak ada seoraang pun akan terpinggir dalam menyumbang dan mengecapi hasil penjanaan kekayaan

  • Lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik:
    1. Menyuburkan kembali sekto swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi
    2. Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing
    3. Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
    4. Memperkukuhkan sektor awam
    5. Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran
    6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
    7. Meningkatkan sumber pertumbuhan
    8. Memastikan pertumbuhan yang mapan
  • Pemodenan sistem pendidikan ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia

  • Pembangunan dalam pasaran modal akan terus diperkukuh di dalam Pelan Induk Pasaran Modal Kedua yang sedang dirangka oleh Suruhanjaya Sekuriti

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk melabur lebih banyak aset di luar negara (sekarang 6%). dengan ini ia akan mempelbagaikan portfolio dan memberikan lebih banyak ruang domestik untuk penyertaan baru. Sekarang KWSP menguasai 50% daripada volume harian Bursa dalam pasaran ekuti dan bon tempatan.

  • Menjadikan Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) sebagai agensi promosi pelaburan yang lebih efektif dengan membuat perubahan drastik. Dengan itu, MIDA akan dikorporatkan untuk memberi lebih fleksibiliti untuk menarik dan mengekalkan tenaga kerja serta bakat. MIDA akan dikenali sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

  • Khazanah akan melupuskan 32% pegangan di dalam Pos Malaysia melalui dua peringkat proses pelupusan strategik
    1. Bermula serta-mertaa: kaedah urus tadbir korporat dan kawal seliaan yang sesuai akan dipatuhi. Perbincangan menyeluruh akan dilaksanakan mengambil kira; struktur kawal seliaan, penggunaan tanah Kerajaan dan kedudukan serta kebajikan pekerja
    2. Kerajaan akan menggariskan proses bidaan dan penilaian untuk memilih pemegang saham baru dengan taahap keusahawanan yang tinggi bagi memodenkan Pos Malaysia

  • Beberapa lot tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol, Kuala Lumpur akan ditender dan dibangunkan oleh sektor swasta

  • Kerajaan dan KWSP akan membentuk kerjasama bagi membangunkan 3,000 ekar tanah di Sungai Buloh sebagai hab baru bagi Lembah Klang. Pelaburan sebanyak RM5 bilion dijangka dapat memberi kesan positif kepada ekonomi

  • Kerajaan akan mengurangkan peranan dalam aktiviti-aktiviti persaingan secara langsung dengan sektor swasta. Kerajaan adalah di dalam proses mempertimbangkan langkah-langkah penswastaan bagi Percetakan Nasional Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio Sdn Bhd ada beberapa syarikat lain lagi

  • Petronas akan menyenaraikan dua subsidiari yang mempunyai prestasi baik di Bursa pada tahun ini. Ini dapat mengurangkan penglibatan Kerajaan dalam aktiviti perniagaan yang akan menggalakkan persaingan dalam ekonomi, pengambilan risiko dan merangsang pertumbuhan ekonomi jangka panjang dan seterusnya memberi manfat kepada semuaa warga Malaysia

  • Kerajaan akan mengubah struktur polisi fiskal yang akan menaksir semula sistem subsidi yang wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (goods and services tax: GST)

8 comments:

velasrizal said...

harap2 kali ni betul2 dpt memajukan negara agar mencapai wawasan 2020..

miss nina said...

Thanks utk info yang menarik ni. Sebelum ni Dasar Ekonomi Baru, sekarang Model Ekonomi Baru.
Pemimpin pergi dan datang, dasar juga berubah. Terpulang pada kita utk grab semua peluang dan ruang yg ada.

Unknown said...

salam..akak tak berapa faham lah tentang ekonomi ni..tapi yang pasti barang makanan bertambah naik..

bila gaji polis naik..sibuk pulak yang lain nak naik gaji..kesian dengan orang yang tak makan gaji..

Solehah said...

yang bab kurangkan pekerja asing yang tak mahir mana tu saya sangat la setuju..

melor said...

time DEB pegangan ekonomi bumiputra tak mampu mencapai 30% even dalam masa 20 tahun. hope MEB mampu tingkatkan perturan itu..

Anonymous said...

klu gaji naik, barang lagila naik....sedangkan gaji blum naik pun barang dah melambung2...harap kerajaan kawal la sket benda ni...
tu blom lagi warga asing yg bekerja kat sini...mana isu kehilangan 40K warga india disini...sepi tanpa berita.....

Anonymous said...

sy tertarik dengan matlamat memodenkan sistem pendidikan...apa sebenarnya yg di maksudkan oleh kerajaan dlm hal ini..adakah semata mata dlm pentdbrn,pengurusan or cara pembelajaran sahaja??...tanpa melihat kepada kualiti serta KELAKUAN TENAGA PENGAJARA????.......ramai tenaga pengajar yg sebenarnya pd hemat sy sangat membebankan pelajar khususnya di peringkat penajian tinggi either ipta/ipts...suka hati dia saja nak kenakan student..ada lg pensyarah yg siap post2 d wall fb dia pasal student...apa ni???mcm 2 ke lecturer????tak ingat tugas dia ke,dorg sepatutnya mmbntu student,bukan utk menghukum student...klu dah lecturer 2 tahap phd takpe la..ini maC jg master ja pun..tak jauh beza sangat pun...klu mana2 stduent dia smbng master,nnti sama jak sama dia jg....sepatutnya,kerajaan kena pantau sikap tenaga pengajar kat university la...tak leh la biar mcm 2 jak..ada bnyk gaya ni lecturer ni..ada yg masuk kelas saja dri awal sampai abis kelas sepanjang sem,maki hamun pelajar ja dlm kelas.........tak tau la pa nak kata..cakap tak ade ilmu,,tp jd lecturer pla....................at last,pelajar jg jadi mangsa.................

Anonymous said...

mengenai permodenan sistem pendidikan,pada pendapat saya, pihak berwajib sepatutnya memantau sesetangah univesiti yang hanya mementingkan kuantiti daripada kualiti semata-mata untuk mengejar tahap ISO. yang menjadi mangsa adalah pelajar. Kami bayar untuk perkhidmatan yang di tawarkan oleh pihak universiti, tetapi akhirnya perkhidmatan yang di janjikan tidak selari dengan jumlah pelajar yang ada. jadi ke mana pergi wang perkhidmatan yang kami bayar di setiap awal semester hingga tamat pengajian??? apa yang sepatutnya kami dapat kini bagai telah di catu dan keutamaan di beri kepada pelajar baru mendaftar. Jadi apa nasib kami pelajar lama?? duit yang kami bayar seolah-olah di tarik untuk memewahkan pelajar baru sedangkan kami pelajar lama tidak mendapat apa-apa.. satu lagi, ada sesiapa boleh terangkan tugas fasilitator dalam konteks pendidikan? terima kasih