Pages

Saturday, March 27, 2010

Pelarasan Gaji Tentera?????

Sebelum ni terdapat kenaikaan gaji / pelarasan / elaun kepada polis dan doktor. So sekarang ni pulak, angkatan tentera merayu bagi kenaikan gaji anggota dan pegawainya. Itulah laporan daripada berita harian.

Apa-apa pun, sama ada kenaikan atau tidak, ianya perlu diteliti dengan mendalam bagi menjamin keseimbangan gaji dan possibility of other sectors will ask for the same thing lebih-lebih lagi dengan kenaikan kos hidup sekarang ini.

Tapi I am sure tugas tentera bukannya senang dan banyak daripada kita tidak mengetahui mengenai pengorbanan yang mereka tempuhi bagi menjaga keamanan negara, maybe waktu sekarang tidak nampak sangat sebab negara aman dan damai,

39 comments:

Abd Rahim said...

pasti jabatan kerajaan kerajaan yg lain akan meminta kenaikan gaji jgk...

asw said...

Salam,
Saya ingin menyuarakan pendapat...
Bila dipersoalan kenaikan gaji, kenapa tentera suka ikut orang.. bila gaji polis naik.. dia pun nak naik.. bila buat skim baru.. dia pun nak ikut..
Kenapa tidak buat dulu sebelum orang lain buat... inilah yang kadangkala buat saya binggung dengan situasi ini, bukan sahaja tentera malah badan2 lain yang sentiasa membontot dari belakang...

Sekadar melihat perpesi masyarakat

::cdot the dot:: said...

alhamdulillah....bagus betul keje gomen ni hek...

Mindbreaking said...

sape yg x nak naek gaji...

Solehah said...

nak jugak gaji naik..huhu

stick said...

Saya ada pendapat saya sendiri, kalau xsilap anggota atm adalah satu2nya perkhidmatan yg mengangkat sumpah setia kepada SPYD-Agong. Jadi mereka tidak layak untuk meminta-minta atas kerana "Sumpah Setia" yg telah diikrarkan. Ini maklumat yang saya dapat dari website cuepacs: Artikel 132 Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan bahawa Perkhidmatan ATM merupakan perkhidmatan terkanan di antara Perkhidmatan Awam yang lain. Ini bermaksud kedudukan ATM lebih tinggi dari PDRM dan Perkhidmatan Awam. Dengan keputusan ini, gaji Tentera adalah lebih ‘superior’ dari gaji awam dan polis, dengan mengikut ranking seperti berikut:

- Perkhidmatan Tentera;

- Perkhidmatan Polis; dan

- Perkhidmatan Awam.

Keputusan ini dibuat berdasarkan fakta bahawa tempoh perkhidmatan Tentera adalah lebih pendek jika dibandingkan dengan perkhidmatan Polis dan Awam, di samping risiko tugas dan persekitaran tempat kerja yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, perbezaan di antara ketiga-tiga perkhidmatan itu perlulah dikekalkan dengan memberi gaji permulaan yang lebih baik kepada Angkatan Tentera

Berkhidmat untuk negara, 24 jam sehari dan 365 hari sepanjang tahun. Ini bermakna, anggota tentera mempunyai tangggungjawab untuk memberikan perkhidmatan tanpa had masa tertentu dan boleh dipanggil bila-bila masa untuk bertugas.

Anggota ATM tidak boleh meletak jawatan walaupun telah berhenti dari perkhidmatan. Mereka boleh dipanggil balik untuk berkhidmat semula sekiranya negara dalam keadaan huru hara atau terlibat dalam kancah peperangan.

Kemudahan cuti yang diberikan kepada setiap anggota ATM sekarang hanyalah suatu keistimewaan dan bukannya hak mutlak. Ini menyebabkan seseorang anggota ATM mestilah akur dengan arahan memanggilnya untuk bertugas sekiranya keadaan memerlukan walaupun mereka sedang bercuti.

Anggota ATM tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri atau menyertai mana-mana parti atau pertubuhan politik sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang dalam perkhidmatan.

Anggota ATM tidak mempunyai kebebasan selain daripada mengikut perintah dan arahan. Anggota ATM telah ditanamkan dengan sifat-sifat taat dan setia kepada pemerintah dan negara serta sedia berkhidmat pada sebilang masa demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta.

Anggota yang berkhidmat dalam mana-mana perkhidmatan ATM mestilah sihat dari segi mental dan fizikal untuk menjalani latihan serta menghadapi peperangan. Setiap anggota tentera perlu memastikan tahap kesihatan sentiasa dikekalkan pada tahap yang tinggi supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ATM dan negara.

mior said...

Saya bersetuju gaji tentera dinaikkan,tentera juga seperti manusia yang lain memerlukan perbelanjaan seharian untuk kehidupan seharian.Saya tidak bersetuju dengan komen apa yang dikatakan tentera suka mengikut orang lain (polis naik gaji tentera pun nak naik gaji) kerana gaji tentera harus lebih kanan dari perkhidmatan yang lain.Bukan semua orang sanggup menyertai angkatan tentera.Saya juga tidak bersetuju dengan komen apa yang dikatakan anggota tentera tidak layak untuk meminta-minta.Adakah penjawat lain begitu LAYAK???Jangan lah kita hendak memperkatakan tentang kesetiaan anggota tentera,kerana mereka adalah barisan pertama yang mempertahankan kedaulatan neraga kita...

Sharinginfoz said...

semoga kenaikan gaji nanti (if any) dapat meningkatkan lagi prestasi mereka dan dapat merealisasi impian kerajaan on high income country

Anonymous said...

boleh kalau nak mengikut apa yang saudara kita katakan tidak boleh meminta minta.. tapi jabatan lain juga tidak boleh berbuat demekian atas alasan apa? kalau nak kira kos hidup tentera juga makan makanan yg sama beli harga yang sama.. kalau dah ditetapkan seperti negara lain contonhya 5 thn sekali wajib ada pelarasan.. maka perkara permintaan kenaikan gaji mungkin tidak akan berlaku. Jadi saudara2 kenaikan gaji adalah moral kerja dan hidup.. bagi anggota tentera yang berjaga siang dan malam.. yang saat itu org lain masih dalam selimut.. maka jgn kita hanya memandang utk kesenangan kita sahaja.. anggota tentera juga membayar cukai seperti saudara juga... mereka benteng pertama sekiranya berlaku peperangan waktu itu kita dimana? fikirkanlah

Anonymous said...

betol cakap Anonymous ....anggota tentera berkerja siang dan malam....xder dibayar overtime pon...tinggalkan family...berjaga tatkala anda semua diulik mimpi yg indah...ttidak semua yang sanggup atau ampu melaksanakan tugas seperti anggota tentera....

Anonymous said...

saya bersetuju dgn penerangan olan,perkara 132 jelas menerangkan dgn maksudnya yg tersendiri,tetapi berapa ramai rakyat kita yg tahu pasal perlembagaan?lebih2 lagi tentang isi kandungannya.jangan kata rakyat malaysia,bahkan peg tinggi awam pun kurang sedar tentang perkara ini..jika mereka sedar,tak perlulah kementerian nak merayu untuk dibuat kajian tentang kenaikan gaji atm..kerana kita mendabik dada mengatakan kita mempunyai tahap mentaliti kelas pertama cz kita dah lama merdeka..betulkah apa yg kita laungkan itu dgn apa yg kita pamerkan?memalukan..

hamba Allah said...

senang cita lah....manusia yang tak tahu pjalanan tentera senang lah nak kata apa2 pon...dulu tentera dipandang mulia disisi masyarakat...sekarang zaman aman tentera makin dilupakan...xde tentera x akan aman sesebuah negara....adakah anggota tentera nie tak terlibat dengan ekonomi negara???ada ke diskaun untuk tentera dalam perbelanjaan harian???jika tak tahu perjalanan kehidupan anggota tentera jangan sesekali berbicara....

Anonymous said...

Salam semua.. sy bersetuju dgn pendapat olan,hamba allah, anonymous.. Tentera tidak mengikut sesiapa atau meniru sesiapa.Tentera adalah jabatan terkanan dr perkhidmatan awam. dan mengikut artikel tersebut gaji tentera akan lebih tinggi dari gaji awam yg lain. jika jabatan lain mendapat kenaikan gaji, secara automatik gaji tentera juga harus dinaikkan. Jangan cepat menuduh jika kita tidak tahu situasi sebenar. Tentera akan dipanggil berkhidmat pada bila bila masa walaupun dalam bercuti. bersumpah taat setia. mari kita sama-sama fikirkan kembali pengorbanan angota tentera.

Anonymous said...

hidup dengki mendengki ni adalah amalan manusia...1 malaysia...aku setuju ngan olan, hamba Allah dan anonymous....orang yang berpengetahuan sahaja yang boleh bercakap perkara ni...yang lain tu...orang makan taik dia pun makanlah....berdoalah kita sama2 agar tentera ni sentiasa di pandang tinggi oleh masyarakat...mereka tak minta apa-apa pun...yang mereka ingin adalah keamanan negara..."Sumpah Setia"..

Anonymous said...

org luar xnampak ape tentera buat, hanya pandai ckp yg diorg keje relax, xde perang, so watpe nak gaji tinggi..mungkin ramai gak yg x tahu pasal perlembagaan dan sumpah setia yg dilafazkan...

sy sendiri terasa tempiasnya menjadi isteri pegawai tentera..bukan shj suami perlu berkorban, malah isteri juga berkorban masa, tenaga dan kadang2 wang ringgit..walau pun tentera ada cuti tahunan 30 hari, hanya pd nama je..yg pasti suami sy dah biasa sgt kerja sabtu ahad siang dan malam..ble dikira dgn jari la klu sepanjang tahun berapa kali dia balik on time 5.30 ptg..brape kali gak ble pi keje kol 8.00 pg..bgun seawal 5 ke 6 pg adalah perkara biasa..itu blom lg majlis2 rasmi yg perlu dihadiri samada protokol atau tidak..

rasanya klu nak disenaraikan, mmg byk sgt perbezaan diantara tentera dan awam..

yg pasti, askar xde la merasa keje 8.30 -5.30, sabtu ahad bersantai bersama keluaga, cuti panjang waktu perayaan atau cuti sekolah...xde dlm kamus hidup tentera..

Anonymous said...

Salam...saya sangat bersetuju dengan komen2 gaji tentera perlu dinaikan lebih tinggi dari perkhidmatan lain selaras dgn syarat/perlembagaan yang termaktub...Bukan ingin pertikai kan..tetapi saya cuma ingin mengetengahkan kehidupan seorang tentara..kerana saya adalah seorang pegawai tentera..Kami telah bersumpah setia kepada SPB DYMM YDP Agong untuk berkhidmat kepada baginda dan negara...Perngorbanan ini bukan saja melibatkan kami sahaja..bahkan melibatkan seluruh institusi keluarga kami sekalipun...Apabila disebut perkhitmatan/tugas...Ia adalah lebih utama..jauh melangkaui keperluan keluarga...Bukan askar tidak menjaga kebajikan..Tetapi kami telah dilatih supaya rela walaupun sekali sekala terasa kecewa atau sengsara...Perkhidmatan dan tugas lebih diutamakan...Saya tanya saudara dan saudari yang tidak pernah mengenali perkhitmatan tentera....1. Pernah anda terjumpa orang yang x pernah bercuti hari raya dikampung sepanjang 21 tahun berkhidmat? Dalam tentera anda akan jumpa... 2. Pernah anda jumpa isteri terpaksa memandu ke hospital sendiri untuk masuk wad bersalin? Dalam tentera anda akan jumpa...3. Pernah anda nampak si suami menukar pakaian(uniform) didepan pintu rumah untuk terus pergi kerja sekali lagi? Dalam tentera anda akan jumpa... 4. Pernah isteri anda bersalin sorang2 kat wad? Dalam tentera anda akan jumpa... 5. Pernah anda melihat ibu bapa meninggal dunia..tetapi kita cuma dapat mendoakan dan tahlil bersama rakan setugas? Dalam tentera anda akan jumpa... 6. Pernah anda tidak pakai handset 3 bulan, x de call in or out? Dalam tentera anda akan jumpa... x payah cerita apa la...Bagi org yang xtau kesengsaraan tentera ..org tetap x kan tau...bahkan isteri dan anak merana, makan hati..hanya Allah yang tau...Marilah kita sama2 Mohon supaya Allah membuka pintu2 hati pembesar2 kita supaya melihat perngorbanan2 yang telah dilakukan...Tiada siapa yang mampu/sanggup menerima panggilan telefon jam 0300..Datang kem sekarang...RANCON/TUGAS/OPS/KEBAJIKAN!!!! with FOC!!!! kecuali tentera...BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH...

Anonymous said...

aku sokong betul 100% apa yg anymous n hamba allah cakapkan. aku sendiri seorang anggota tentera. korang yang bnyk komplain tau ke mcammane kmi anggota tentera nie bkerja??? keje 24 jam n perlu sntiasa berjage dlm seksyen n x blh keluar dari seksyen sekiranya x dpt kbenaran. kena on duty 24 jam n msuk blk keje esknye. kne mkn maki dgn orang atasan stiap hari. kne terlibat dgn tugas PBB. tgl ank bini lama2. korg yg bkn kje tentera ade ke kne tgl ank bni lama2???? hidup berjauhan bertahun2??? ade ke?? skrang nie gaji kmi anggota tentera lebh rendah dibandingkan dgn gji pnjawat awam yg lain. contohnye kalau ada ank bersekolah, gaji bulanan x ckup nk byr yuran, pkaian, prbelanjaan harian, mane kmi nk korek duit n bt pinjaman? sdangkan anggota tentera just blh bt pinjaman dgn koperasi tentera je. kalau dah limit gaji n tempoh perkhidmatan yang pendek, mana kami nk cari duit nk byr n blnje smua 2?? nk bt pinjaman dgn bank x blh coz kmi ada terikat dgn tempoh2 perkhidmatan yg tertentu. so mana kami nk bt pinjaman???? kt ALONG???? atleast kalau gaji tentera naik, blh la sedikit sebanyak membantu yang mempunyai tanggungan rmai walaupun kne dk berjauhan dari keluarga coz nk sara 2 mulut. blh kurangkan sikit bebanan. so aku nk korang pikir2 la n jgn nk ckp ikt sdap mlut mengatakan kmi x kerja n mcm2. dah nama anggota tentera, so segala pkerjaan perlu DIRAHSIAKAN!!!! bkn nk tnjuk2!!!!

Anonymous said...

nak tunggu perang baru nak naikkan gaji tentera ke? klu tak ada tentera terjamin kah negara boleh aman? nak cabar sesiapa yang berani masuk jadi tentera baru tau... hanya orang2 yang tak ada otak boleh berfikiran singkat mempersoalkan kerjaya tentera..

adu said...

klu takda tentera ibarat rumah yang tak de dinding, elok dinding rumah tu selamat la orng dalam rumah. pelik la klu org dalam rumah tu takut duit dia habis kena curi tp biar je dinding rumah rosak taknak menambahbaik.

Anonymous said...

memandang kan aku dah baca semua komen korang..tiba2 aku pun terasa nak komen gak..sebenar nye manusia yg x tau peranan dan tugas masing2 jer yg cakap ikut sedap mulut..kalau kita tau peranan masing2..dia x kan cakap ikut suka hati..x payah lah nak komen tugas tentera..sebab tentera ni dah ada tugas tersendiri..hanya anggota tentera je yg tau tugas dia..so kepada kakitangan awam tu x payah lah korang nak sebok2 ambil tau pasal tentera ni..korang buat je la kerja korang dulu..ni kerja sendiri pun entah kemana ada hati nak komen kerja org lain..satu lg..kalau anggota tentera minta naik gaji pun apa kena mengena dgn korng.kalau korang nak naik gaji pun minta la dgn kementerian korang..x payah nak susah2 kan diri korng tu nak menyebok pasal gaji org lain..(hidup tentera)

Anonymous said...

Sape Dlm ni Tentera?
Dengar sini baik2 org2 yg bukan tergolong dalam ATM ni..
Didalam Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia Banyak Cabang yang org awam tidak tahu. Ye Saya setuju Anggota Tentera Terikat dengan Undang-Undang Angkatan Dimana telah termaktub di dalamnya Perlembagaan Persekutuan jelas menetapkan bahawa Perkhidmatan ATM merupakan perkhidmatan terkanan di antara Perkhidmatan Awam yang lain. Ini Telah tertulis dalam Artikel 132 yang mana menyatakan Sumpah setia keatas SPYD. Pandang dari sudut ekonomi yang semakin meningkat?
Dimana kata2 kerajaan yang mahu membasmi kemiskinan?
jika anggota tentera tetap ditahap yang lama? Harga barang meningkat gaji pejawat awam pun meningkat tapi ATM? Masih ditahap yang lama... Cuba bayangkan Tugas yang dilaksanakan oleh ATM yg jika diperlukan merka mesti meninggalkan anak bini dan sering kali bertugas tidak mengikut masa... Korang Smua xkan faham akan tugas ATM yg mn korang cakap hanya menghabiskan sumber ekonomi negara. Cuba kita pandang kedepan jika Tiada ATM di dalam Negara, apa akan jadi?
Mungkin ke ekonomi meningkat dengan sendiri jika tidak ada keamanan?
anak2 kita bleh ke blajar dengan aman?
mampu ke kita keluar rumah dengan bebas?
Kami anggota tentera tidak mintak kenaikan gaji untuk kepentingan sendiri tetapi hanya sebagai moral untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi...
Kami bukan lah tergolong dalam pekrjaan tetapi perkhidmatan yg terkanan didalam perkhidmatan. Cuba bayangkan bagaimana perlunya tangan kiri sekiranya tangan kanan tiada? Begitu lah sistem ekonomi kita. Tangan kiri merupakan keperluan tetapi tangan kiri adalah kepentingan. sekiranya tiada salah satu alamat pincang lah kehidupan... begitu dalam ekonomi malaysia yang semakin membangun...
Renung-renungkan lah....

Anonymous said...

aku pun geram betul baca berkenaan isu ni..yg komen ni pun anggota beruniform jg.. rasa kauorg tahu kan sapa.. dia memang x de otak ckp mcm tu... dia x tahu mcmna kita ni kerja siang mlm, sanggup berkorban masa dan tenaga..balik pun x menentu, kadang sampai tidur di pej..

Unknown said...

tak payah cakap banyak...siapa yang cakap tentera senang bagilah anak ke semua saudara masuk tentera,tengok bleh bawa ke tak, silap2 permilihan akhir pun tak lepas dan kalau lepas pun mesti nak berhenti 13 tahun kononnya nak cari keja luar tapi hakikatnya tak boleh tahan mental. jadi orang yang tidak tahu susah payah hidup sebagai seorang tentera janganlah cakap banyak, bersyukurlah sebab kau orang tidor lena setiap malam sebabnya kami tentera yang jaga kau orang setiap siang dan malam.jadi apa salahnya kami minta gaji naik sedikit dari yang sekarang agar mengurangkan beban kehidupan harian kami yang keja siang malam tiada ot ni..dari makan rasuah macam orang atasan lagi tak elok..

Anonymous said...

tentera....??aku tau..x ade no dalam terima arahan...nak mampus??silap2 ekau x naik pangkat, x dapat sambung perkhidmatan, x pasal2 masuk tahanan pasal x datang keje..orang awam...??ekau ikut suke ati ekau ler..nak pi keje ke..nak lepak kat umah ker..nak pi kebun ker..ade orang kesah..??silap2 ekau masuk program bersamamu..
itu org awam....tentera..??kalau dah kene buang keje pasal x leh ikut rentak dan peraturan tentera pastu kene berenti..silap2 masuk paper kate tentera x tolong die..itula natijahnyer kalo jadi ex tentera..pastu adela orang2 dari tentera datang terhegeh2 menolong..
tentera jugak kan...kalo untung sikit adela ahli politik datang tunjuk muke nak carik point..
kan bagus kalau dulu masa die keje dlm tentera gaji die tinggi moral pun tinggi semangat pun tinggi..
kalau polis dah naik gaji,,,apela salahnyer tentera pun nak minta naik gaji..polis kenala mintak dulu baru gaji die tinggi dari tentera..apabila gaji polis dah tinggi dari gaji tentera,,,,barula tentera boleh claim perlembagaan yang mengatakan gaji tentera patut lebih tinggi dari polis...betul x...itula flow die kalo nak kate membontot dah memang itu politik antara atm dan pdrm kan..pandaila nak plan..atm dan pdrm pun boleh synchronize kan plan diorang....

Anonymous said...

Salam...aku stuju dengan all the +ve comments above, sapa nk tau kesengsaraan ATM...try la tanya ngan isteri atau family angota ATM tersebut, hanya dorang yg lebih mengetahui keperitannya. I...one of the person who involving in OPS FAJAR di Teluk Eden. Untuk sapa??? rakyat Malaysia dan MISC gak. x mintak elaun pun, ikhlas kerana allah dan bangsa, Sepanjang berada tgh laut selama 4 bulan...hanya 3 kali nampk darat iaitu di Salalah, Oman dan Djibouti, Yemen jer. Tu pun paling lama 5 hari, pas tu sambung operasi dan dilambung badai bertalu2 sampai lembik. Tu belum story about isteri or family kt umah tu ngan anak2. famili beraya tanpa ayah, isteri bersalin tanpa suami, anak masuk sekolah, hospital, sakit, and more. Semuanya isteri n family yg buat. apa2 pun, nk citer byk pun wat sakit hati jer...kesimpulannya...sapa yg nk tau pengorbanan ATM, jadilah anggota atau isteri atau ahli keluarga ATM tu sendiri. Baru tau...HARAPAN SEMOGA NEGARA AKAN TERUS AMAN DAN RAKYAT SENTIASA BOLEH ONLINE DEPAN KOMPUTER DENGAN SELAMAT...amin

Anonymous said...

korang patut tahu satu hal pasal tentera, diaorang xboleh buat pinjaman dengan bank yang kadar faedahnya rendah, diaorang terpaksa buat pinjaman dengan koperasi yang kadar faedahnya 2 kali ganda mahalnya...prihatin la skit....

MIE_watie87 said...

SALAM...BUKAN MUDAH UNTUK SESEORANG 2 MASUK ANGGOTA TENTERA....HANYA TUAN PUNYA BADAN SAJA YANG MENGETAHUI....SETIAP KURSUS MEMERLUKAN RM,KADANG-KALA MELEBIHI GAJI...KEJE SIANG MALAM...BERJAUHAN DENGAN ISTERI...LOAN TERPAKSA MENGGUnakan K0PERASI dengan kadar bunga yang terlalu tinggi....
kalau K0RANG NAK TAU TANYALAH KENGKAWAN ATAU SEDARA -MARA K0RANG YANG BERTUGAS DI ATM.....

Anonymous said...

Senang aje, kalau rasa gaji tak cukup minta ajelah. Kalau tak dapat tukarlah kerja. Apa nak bising2 minta dihargailah, kerja susahlah, kena tinggal keluargalah dll. Inikan negara demokrasi.

Unknown said...

apapun semoga kementerian pertahanan menaikkan gaji angkatan tentera. hidup tentera hidup malaysia...................

Anonymous said...

Salam,kenaikan gaji bagi angkatan tentera adalah wajar kerana tugas sekarang yang memerlukan komitmen yang tinggi dan faktor kenaikan harga barang serta petrol...kenaikan gaji ini cuma adalah moral bagi anggota tentera untuk meneruskan perkhidmatan mereka..kenaikan gaji ini pun bukanlah untuk siapa pun tetapi lebih kepada keluarga anggota tentera itu sendiri..kepada anggota tentera yang telah berkahwin dan mempunyai anak, kenaikan gaji setiap tahun cuma 5 peratus dari gaji pokok sememangnya tidak mencukupi...bayangkanlah kos perbelanjaan anak-anak sahaja boleh mencecah RM 700 sebulan bagi satu anak..bagaimana sekiranya mempunyai lebih dari satu anak?... tetapi kenaikan gaji adalah sebanyak RM 100-RM 150 sahaja setiap tahun..bukan tidak bersyukur tetapi moral anggota akan menjadi rendah kerana terpaksa memimikirkan keadaan keperluan keluarga yang tidak mencukupi...memang sepatutnya kerajaan membuat pelarasan gaji kerana gaji yang diperolehi adalah berdasarkan keadaan semasa ekonomi negara...tentera adalah tulang belakang negara...mereka bekerja 24 jam sehari, tanpa mengira kerana mereka tahu itu adalah tugas hakiki mereka, apalah sekiranya dengan keadaan ekonomi sekarang, kenaikan gaji diberikan kepada anggota tentera diberikan agar mereka dapat terus bersama dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Anonymous said...

buat saudara semua, tak guna kita taip panjang2 sedangkan org ATAS x baca langsung. sebenarnya dlm ATM ada 3 cabang LAUT, UDARA , DARAT. dan dalam cabang tersebut ada pelbagai cabang. dan mereka lakukan pekerjaan yg bserupa dgn pekerja awam di luar. akan tetapi mereka tiada keistimewaan (cuti raya,cuti anak nk sunat, anta mak ayah gi haji kat airport, kecuali dpt cuti yg 60% tak pasti cutinya lulus)
tentera wanita yg mengandung pun masih melakukan tugas seperti biasa. hargailah TUGAS mereka..

kencah said...

xpe klau xnk bg naik gaji..lg syok klau bg harga brg trun...sume merase..kn..kn

Anonymous said...

setuju gaji askar naik....please la jgn cakap askar ni takde kerja so tak layak naik..cume org yang....aishhhhh....kurang minded je ckap camtu......hanya mereka yang duduk dlm environment tentera je tahu camne susah askar nie....adik i dah dua tahun tak balik..kuar masuk hutan sbb kem operasi.....bofren i tak kuar hutan lagi.dah bape bulan nie...dapat cuti pun susah..nak bertunang pun kena tangguh..its difficult act but those who close to them will know...duty come first.....so kenaikan gaji tentera amat la disokong !!!!

Anonymous said...

senang cita..semua yg bukan dlm ATM jgn cite lebih lah..duk dlam ATM nie baru taw,,,betapa susahnya mereka..hargaila sikit..if negara..perang..sapa yg korg cari..TENTERA jugak kan...hurmm..so jgn cite banyak..mai cni masuk tentera..baru hang pa semua rasa..okes!! 1 malaysia..

Anonymous said...

sy sokong dgn olan... utk makluman, askar tak mintak gaji di naikkan.. tp bila polis dh mintak, askar terpaksa menuntut hak kitaorg.. mengikut akta, gaji tentera mesti la terkanan...diikuti dgn polis.. jd skrng keadaan nya, polis sudah lebih tinggi dari tentera, jadi, mana letaknya hak seorg tentera? perlukah adakan perhimpunan haram semua tentera menentang kerajaan baru nak bagi naik gaji?? haha gurau2... jd, fikir2kan

Anonymous said...

aku seorang tentera.kaki aku patah dalam tugas.3 bulan aje di bagi cuti.kaki pon dh capik.sape yg peduli??doktor??kenangi lah jasa tentera.tanpa mereka,kalian x bole idup senang mcm sekarang.

hud said...

khas untk mr.johari-
untk prhtian anda..polis dan cikgu pn naik jgak..and kmi dpd ATM ni bwu jew nk naik sdangkn kmi dpd ATM brisan hdpan untk ngra nie...untgla malaysia sbp,nk dbandingkan kat India dan Indonesia,,smua tentera mrk diberi layanan seperti org kenamaan,,cthnya:
Org awam xlyak duduk sblh mrk di dlm bas,,tmbg bus,teksi,bot smua free,,mknan penuh untk keluarga di kg,,pndidikn prcuma untk ank2 tntera selama 2 gnerasi,,dn byk lagi kelebihan,,kami x meminta,,ianya adalah cadangan dpd pcuk kepimpinan ATM dan kmi hnya mnrima smua nya dgn rela hati kmi,,x SELAYAK NYA KAMU untk mnyatakan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA <<MEMINTA2

Unknown said...

saya selaku anggota tentera mempelawa mereka yg pandai bersuara untuk sama-sama menyarung pakaian tentera dan lakukan ape yg anggota tentera lakukan rutin harian sebagai tentera. kenapa kenaikan gaji tentera dinaikan ramai yg mempersoalkan tp kenapa tidak mempersoalkan kenaikan gaji polis atau penjawat awam yg lain.

Apache said...

Golongan yg memilih kerjaya sbg tentera atas kerelaan diri sendiri trikat dgn undang2 dlm bentuk Paksaan.bknnya sesuka hati memakai pakaian ikut trend trkini..bertugas di tempat yg mereka inginkan..mereka cuma perlu satu saja Arahan..mereka akn bangun, berlari, berbaris walau apa jua keadaan cuaca sekali pun..tinggalkn ank isteri..meredah hutan bukit bukau segala gunung..xkira hujan ribut sekali pun..makan entah ke mana..tidur bertilamkn tanah..berselimutkn langit..mampu kah kita sehebat mereka?? Selami dulu kehidupan Tentera..setakat lihat, tengok and komen tanpa selidik yg menyakitkan hati baik xoyh komen...HANYA ISTERI YG CEKAL MAMPU MLAHIRKAN ANAK YG KUAT MENTALNYA UNTUK SEORANG ANGGOTA TENTERA....