Pages

Wednesday, March 24, 2010

Jalur Lebar Kebangsaan Telah Dilancar (High Speed Broadband)

Hari ini Perdana Menteri telah melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High Speed Broadband - HSBB) di Dataran Merdeka.....

Ini bertepatan dengan Bajet 2010 yang telah diumumkan oleh PM tahun lepas:

"Dalam memantapkan bidang ICT, Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan HSBB dengan jumlah kos sebanyak RM11.3 bilion. Sejumlah RM2.4 bilion datangnya daripada Kerajaan dan RM8.9 bilion lagi daripada Telekom Malaysia. Sebagai permulaan, perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 10 megabit sesaat akan disediakan di kawasan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor menjelang akhir bulan Mac 2010. Seterusnya, perkhidmatan ini akan diperluas ke kawasan terpilih di seluruh negara dalam tempoh 2010 hingga 2012."

Buat permulaan HSBB adalah di empat kawasan iaitu Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar.

Hmmm, nampaknya pelancaran ini dalam waktu yang dijangkakan, dan di harap perkhidmatan internet bertambah baik nanti.... Kalau 10 megabit per second tu memang laju le.... Hmmmm so far nak dapatkan 100kb/s pun susah... Apa-apa pun kita tengok dan lihat macam mana nanti service broadband yang ditawarkan oleh pengendali broadband.

3 comments:

IyouweBlog.com said...

saya harap ini akan datang ke kawasan saya tidak lama lagi!!! huuray!!!

nanged u. Have u tried mouse noodles? haven't? nang & try it now!

Ken Wooi said...

why cant they just improve streamyx.. =/

Cikgu Dahlia said...

Memang laju sungguh laa kan..
Tapi sejak nama HSBB ni panas, Streamyx aku lak buat hal memalam...apa kes?? huhuhuh..padahal aku berada jauh di Kuantan...